Sunday, January 30, 2011

Di mana tahap kewangan kita?

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..


Salam buat teman2 blogger dan pengunjung blog saya. Cuti raya cina dah bermula, saya pasti teman2 blogger pon ramai yang sudah balik ke kampung halaman masing2. Setiap kita mesti punya perancangan masing2. Yang pasti saya saya sendiri punya perancangan sendiri cuti ni. maklumla seminggu kot cuti.




Ada juga kawan yang mengajak untuk kerja part time tapi memandangkan ada komitmen lain saya tak jadi nak ikut kerja. Ketika saya menulis post ini saya sedang berada di sungai buloh di rumah seorang teman yang sangat baik. Semalam ada kejutan yang dia buat. FUH! makin semangat saya nak meneruskan...........hehe..............tak boleh bagi tau lebih2, kawan saya ni tak bagi.


Saya alhamdulillah mendapat satu idea bisnes sepanjang berjaulah semalam. Tak boleh nak cerite kat sini sebab belum jadi lagi.huhu..




Kini, setiap perancangan bisnes saya tidak akan memberitahu kepada orang lain kecuali orang yang saya percaya saja. Bukan apa jika perancangan tu tak menjadi saya juga yang terasa malu. Jadi biarlah saya yang simpan sendiri melainkan untuk meminta idea dan pandangan sesiapa baru saya akan beritahu, itu pun kalau perlu. Mungkin ni juga salah satu tip buat teman2 blogger yang berbisnes. Sebaiknya biarlah kita plan baik2 dulu.


Ok, sebenarnya saya nak berkongsi juga nota dari Dr. Irfan Khairi berkenaan kewangan. Tulisan beliau saya amik dari facebook.


Sila klik dimanakah tahap kewangan anda? untuk mengenal pasti dimana tahap kewangan kita dan pada tahap mana kita dapat capai secara realiti.


Selamat membaca!


Izzat Zainal
Sg. Buloh, Selangor.


Tuesday, January 25, 2011

Bisnes dan kita

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..



Salam buat teman2 blogger, kali ini saya mahu menulis tentang persepsi seorang bisnesman. Mungkin tulisan saya sebahagian kecil daripada pengalaman pembaca. Saya masih sangat baru dalam dunia bisnes, belum punya income yang konsisten lagi setiap bulan,insyaallah akan cuba diusahakan. Ternyata dunia bisnesman ni sangat mencabar, perlukan kesabaran, pemikiran yang kreatif bagi mengembangkannya, pembacaan yang meluas, ramai kenalan dan berbagai lagi.


Semalam berbual dengan seorang kawan hingga larut malam, die kate “Aku ni sejak join buat bisnes rase sibuk je memanjang, dengan kawan2 pun dah tak berapa nak gaul. Bizi la katekan..”hehe..ketawe saya sendirian. Itulah realiti bila kita mahu menjadi bisnesman. “bukan tu je, kepala ni asyik memikirkan strategi bisnes je” katenye. Memang begitulah, saya sendiri pon merasakan begitu sebelum ni dan saya sangat pasti mereka yang buat bisnes juga pasti merasakan begitu. Kepala ni asyik memikirkan je bagaimana nak habiskan stok jualan. Masa tu idea memang mencurah2, tinggal nak aplikasikan je. Kalau kene memang untunglah kan.


Seperkara yang saya nak kita sama2 fikirkan adalah keuntungan daripada setiap bisnes kita kemana ianya disalurkan. Adakah kita hendak menyimpan, membeli barang kesukaan, membeli hadiah buat insan tersayang atau macam2 lagi. Disini tergantung kepada kebijaksanaan dan strategi kita dalam membuat keputusan. Jujurnya saya tidaklah menspesifikkan kemana keuntungan daripada perniagaan sebelum ini kerana berasa teruja dengan keuntungan tersebut. Saya kemudiannya membeli barang2 kesukaan, lalu duit tersebut habis. Bila difikirkan balik kenapa la tak disimpan duit ni untuk pusing modal. Nah! Jangan jadi macam saya, anda mesti bijak merancang. Jadi, lepas ni saya akan berfikiran lebih matang dalam membuat keputusan. Saya terfikir begini sebab membaca sebuah buku, memang agak terkesan dengan idea tersebut. Maklumlah, baru nak mengenal duit.huhu..


Saya rasa setakat ni saja untuk kali ni, ingat! Duit keuntungan ke mana hendak disalurkan..

Komen anda?


Izzat Zainal

Pulau Gadong, Melaka.

Friday, January 21, 2011

Konvensyen 500 tahun..jom daftar..

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..

Buat teman2 blogger disini ada pengumuman tentang satu konvensyen yang akan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia. Konvensyen ini sangat penting kerana membahaskan isu dan sejarah yang sangat penting yang perlu di ambil perhatian oleh kita semua khususnya melayu islam. Justeru saya menyeru kalian untuk sama-sama terlibat sebagai peserta pada konvensyen ini. Penyertaan masih lagi di buka. Sila klik untuk pendaftaraan online.Dibawah saya sertakan secara ringkas berkenaan konvensyen. Teruskan membaca!




Sumber: abuhumaira.blogspot.com (bisnesman)


Realiti masyarakat melayu hari ini mengambarkan seolah-olah bangsa melayu telah hilang hakikat jatidiri mereka. Semua nilai negatif telah dilonggokkan pada imej mereka. Lebih malang lagi, senario politik semasa telah mengakibatkan perjuangan mereka ditentukan oleh agenda bangsa minoriti yang telah menjadi golongan pendesak. Adalah dipercayai, ini merupakan kesan langsung dari penjajahan jangka panjang yang bermula sejak tahun 1511 lagi.Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka


Penjajahan fizikal dan minda telah mengakibatkan mereka hilang jatidiri dan agenda perjuangan. Apa yang dapat kita dilihat pada hari ini adalah simptomnya yang zahir dalam masyarakat. Antara senjata utama penjajah adalah humanisme dan globalisasi yang telah memaksa bangsa ini menerima piawaian barat sebagai ukuran keadilan, kejayaan dan ketamadunan.

Justeru itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu Konvensyen yang bertajuk“Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka” sempena memperingati kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka 1511.

Ia bagi menyedarkan masyarakat Melayu Islam sejarah kegemilangan yang pernah dicapai oleh bangsa mereka yang didirikan dengan berpaksi kepada keutuhan jatidiri dan iltizam tinggi terhadap pelaksanaan syariat Islam.

Sabtu 29 Januari 2011
Universiti Teknikal Melaka (UTeM)

8.00 – 8.30 pg
Pendaftaran Peserta

8.30 – 9.30 pg
Pembentangan 1
“Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka
YBhg. Prof Emeritus Datuk Dr Yusuf B Hashim, Naib Cancelor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

9.30 – 10.00 pg
Kehadiran VVIP / VIP

10.00 – 10.45 pg
Majlis Perasmian – Ucapan Alu-aluan dan Perasmian
Ucapan Alu-aluan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Ucapan Perasmian oleh -
YB Dr Hj Mohd Puad B Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran

10.45 – 11.00 pg
Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta

11.00 – 12.00 tgh
Pembentangan 2
“Kejatuhan Melaka dalam Tahun 1511 sebagai Pelajaran Penting kepada Bangsa Melayu-Islam Hari Ini.”

– YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

12.00 – 1.00 ptg
Pembentangan 3
“Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam”
Al Fadhil Ust Mohd Fauzi Asmuni – Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

1.00 – 2.00 ptg
Rehat / Makan / Solat

2.00 – 4.00 ptg
Forum : “Mengambalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam”
- Pengerusi : Y. Bhg Tuan Hj Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA

Panelis
+ Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
+ Yg Bhg Dr Muhd Razak B Idris, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
+ Profesor Datuk Dr Abdul Latif B Abu Bakar, Ketua II, Gabungan Penulis Nasional , GAPENA
+ Yg Bhg Dato’ Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman, Mantan Menteri

4.00 – 4.30 ptg
Majlis Penutup Dan Ucapan Penangguhan
En Abdul Rahman Mat Dali, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

4.30 ptg
Majlis bersurai

Friday, January 14, 2011

Arghhhh!!! teringinnye iphone..tapi ape ade pada iphone..

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..

Salam 2 all..



teringin sangat..hehe..bile la leh dapat..


Tetibe rase nak tulis post tentang iphone, tapi saya xde iphone..sob3..teringin sangat nak pakai iphone..like3..tapi entah bile boleh pakai..takpelah, buat mase ni bukan keperluan lagi. Post kali ni saya nak bawakan perkongsian mengenai iphone 4 dari blog seorang sahabat saya iaitu faqih aqili. Beliau seorang pelajar engineering di oversea, bangga saya punya sahabat camni..huhu..


Saya pinjam post beliau ni kerana nak bagi tau kat pembaca saya teringin nak miliki iphone, mana la tau ada yang nak hadiahkan ke..hehe..tak2, gurau je..sebenarnya tujuan saya berkongsi tentang application yang terdapat iphone ni dari saudara faqih aqili adalah untuk memberi tahu ada application yang berguna dan sangat bagus untuk digunakan. Tekonologi harus di manfaatkan sepenuhnya untuk kita lebih dekat dan mudah belajar tentang islam..bagaimana? haaa....teruskan membaca post ini..


selamat membaca!

Jemput juga ke blog beliau yang bermanfaat : faqihaqili.blogspot.com

Posted by fiQ at 12:00 AM

Ex-murabbi saya pesan, apa yang tertunjuk daripada diri kita,

itulah yang akan jadi syiar yang kita bawa.

Part I

Untuk jadi hebat, kita perlu efficientnya setiap apa yang kita ada. Ini tips yang aku pegang dan cuba untuk aplikasikan dalam hidup ni. Bila cerita pasal IPhone, aku harapkan aku dah sedaya upaya memaksimumkan penggunaannya. So, kalau nak tambah efficiency, kongsi-kongsilah yer :)

Wallpaper

Futaz n Quranic Circle selalu tukar-tukar jadi wallpaper lock screen sebab biasanya aku pilih wallpaper poster aktiviti terdekat yang akan dijalankan. Macam dalam gambar, itu aktiviti yang kami buat 10 Muharam lepas. Tiga hari sebelum aktiviti, dah kena tukar n mula pakai wallpaper baru. Biar ada anticipation.



Wallpaper dalam pun aku letak untuk aktiviti Jums yang akan start hari ni. Senang nak promote n tunjuk. Dan gambar atas ni merupakan top apps yang aku pakai. Off course Phone, Setting, Messages, Mail, Safari tu benda penting mesti ada. Yang lain tu, ada explanation di bawah.

E-Mail

Zaman semakin maju. Setiap benda semua melalui e-mel jer. E-mel pun kena ada banyak sekarang. Ada untuk universiti, ada untuk personal, ada untuk info (macam pakbelang), ada jugak untuk baca discussion dalam YG tu jer, eg: (eramuslim, PKS, kolejislam etc). Update discussion n planning aktiviti dakwah pun guna e-mel. So, terima kasih IPhone sebab kasik saya notification bila e-mel masuk. Tak de lah ketinggalan sangat. Masalah pun tak banyak berlaku.



Calendar

Setiap pagi kena bukak, nak tengok appointment apa ada hari ni. Kadang-kadang bila terasa kepala berserabut sebab banyak benda nak kena buat, akhirnya sort dalam calendar, then terasa semua benda tu jadi ringan. Boleh lupakan aktiviti yang lambat lagi akan berlaku, hanya letakkan reminder untuk ingatkan dua hari sebelum kejadian. Pepatah kan ada mengatakan: Jadilah Munazzam Syuunihi, jangan jadik Ghairu Munazzam Syuunihi =)



Notes

Benda penting jugak. Untuk catat apa-apa penting yang berlaku. Kalau terlupa bawak buku pergi usrah / kelas, kenalah hadap IPhone. Yang bagus, note ni terus synchronize masuk e-mel. Automatic save la lebih kurang. Idea yang tiba-tiba masuk kepala pun akan terus ditulis sini.



How Stuff Works - HSW

Ini versi apps dari website asal. Sebenarnya azam aku sempena Maal Hijrah lepas, nak baca everything yang ada dekat website ni. So, disebabkan aku perlu stick dengan azam ni, apps ni aku letakkan di muka depan. Kadang-kadang, penat jugak nak baca n faham, tapi tak pe la, mana ada azam yang senang nak buat. Kalau senang, tak azam la namanya.



Quran - القراَن الكريم

Benda paling penting dunia akhirat. Mesti letak depan. Quran ni dah menggantikan mushaf yang biasa aku pakai. Features menarik, apps ni boleh carikan apa-apa perkataan dalam Quran, terus bagitau perkataan itu ada pada ayat n surah mana. Contoh ada kat bawah ni, nak cari perkataan al Ajilah (sifat tergesa-gesa). Sangat membantu sebagai rujukan, selain tafsir ringkas dan terjemahan yang memang biasa ada.



RSS - MobileRSS

Kalau tak update rss n baca blog orang, rasa ada something tak kena dengan hidup ni. Selagi mana ada benda yang unread, selagi tu aku mesti cara masa untuk read. Inilah sebabnya RSS duduk di Front Page. Apa yang aku baca? Banyak jugak. Selalunya ada lah lebih kurang 200 benda unread setiap kali update. Blog orang, komen, news dan update-update lain biasanya aku tak terlepas. Tak jadi follower tak bermaksud kita tak baca setiap entri blog orang tu, betul tak? Alhamdulillah, iman pun selalu "recharged" bila baca news dan blog orang lain. Terima kasih diucapkan kepada blogger yang telah menyentuh iman aku sepanjang ni.



Yang best, semua ni Free Apps. Pasal apps lain, kita share next time pulak k.

sekian dari saudara faqih aqili


Komen anda?


Izzat Zainal

Pulau Gadong, Melaka


Monday, January 10, 2011

Dapat anak..wow..bapak mesti seronok!


Bismillahirrohmaanirrohim, Assalamualaikum..


Salam 2 all..




Tengah hari tadi sewaktu membuka facebook saya dapat satu mesej daripada pak ude, mesej 2 gni :

January 11 at 12:16pm Reply Report

“salam smua...klu sempat baca msg ni arini,tlg pkat2 doa lepas solat subuh bagi permudahkan mak uda bersalin,jgn lupa inform kat sapa2 yang tak dak facebook.”

t/kasih.


Pak ude saya nak dapat anak ke-2, mesti seronok die sekarang nih. Maklumlah anak akan bertambah. Hati ayah mana yang tdk gembira. Apatah lagi yang belum nikah ni..erk, ape kaitan..huhu..


Lepas je buka facebook saya terus buka malaysiakini.com untuk bace perkembangan dunia hari ni. Mak ai, tekejut saye bile bace tentang kes buang bayi. Ape nak jadi daa..bila di fikir balik benda ni cam dah jadi trend. Suke buat “projek” tapi bila dpt anak buang2..hmm..


Malas nak ulas panjang, awk sume bacelah berite nih.


Baru seminggu, sudah 7 kes buang bayi

Jan 8, 11 7:58pm

Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan.

Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.

"Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.

Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.

- Bernama

Komen anda?

Rujukan: malaysiakini.com


Izzat Zainal,

Kampus Bandar, 1:18 pm

Sunday, January 9, 2011

Jumaat dan kita

Bismillahirrohmaanirrohim, Assalamualaikum..



Salam 2 all. Ni entry ke-2 utk tahun 2011. Saya berharap dapat terus menulis bagi menyebarkan fikrah2 islam. Saya cuba untuk terus memperbaiki diri meskipun sering berbuat dosa.

Post kali ni ingin saya petik daripada satu majalah yang sekarang ini sedang meningkat naik namanya di Malaysia. Satu masa dulu ketika saya di tingkatan 5 ada satu majalah islamik yang konsisten saya langgan setiap bulan iaitu majalah i. Kini tidak lagi, huhu..

Majalah yang saya maksudkan ialah solusi. Pembaca yang punya wang lebih dapatkanlah di mana2 kedai berdekatan. Isi kandungan yang memang mantap, kupasannya juga cukup menarik. Perbincangan ilmiah asas kepada perbincangan.

Post yang saya kira sangat perlu dibentangkan di sini untuk kali ini adalah berkenaan amalan sunat hari jumaat. Sejak dari sekolah kita sudah di beri faham bahawa jumaat adalah Penghulu segala hari dan ada amalan2 yang sangat digalakkan pada hari jumaat.

Bagi mereka yang bersekolah agama kesedaran untuk berbuat mungkin lebih tinggi jika nak dibandingkan dengan pelajar sekolah harian biasa atau sekolah yang tidak memberatkan subjek agama.



Kebiasaannya amalan2 yang biasa dibuat itu semakin lama semakin melebur, hinggalah kemuncaknya di alam ipt. Satu2 nya alam yang sangat mencabar. Di sinilah pelajar akan di bentuk dengan pelbagai pola fikir.


Malangnya, pelajar2 islam yang mempraktikkan amalan2 islam sekarang amat2 lah kurang termasuk diri saya yang sangat tipis dengan ilmu agama.


Baik, straight to the point. Saya nak berkongsi satu info fiqh berkenaan hari jumaat iaitu amalan sunat hari jumaat. Disini ada 5 amalan daripada sekian banyak amalan pada hari jumaat. Kita bace yg ni dulu eh.


1.Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w pada malam jumaat dan pada siang hari jumaat. Sabda Baginda s.a.w. maksudnya: “Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat. Sesiapa yang berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali.”(Riwayat al-baihaqi)


2.Membaca surah al-kahfi pada hari jumaat atau malam jumaat. Abu Sa’id meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat , maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua jumaat.” (Riwayat al-Nasa’I dan al-Baihaqi).


3.Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian. Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak.” (Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)


4.Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegara ke masjid bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada rasulullah s.a.w, yang diringkaskan seperti berikut:

Waktu masuk ke masjid… seolah-olah berkorban…

-awal waktu -seekor unta

-waktu kedua -seekor lembu

-waktu ketiga -seekor kambing kibas

-waktu keempat -seekor ayam

-waktu terakhir -sebiji telur


5.Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : “Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya.” (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Cukup 5 lima nih. Nak amalkan pon belum tentu konsisten.huhu..Tapi kita cuba dulu minggu nih..selamat beramal ye..


Rujukan:Solusi isu no.27

Izzat Zainal,

Pulau Gadong, Melaka

6:47am


Monday, January 3, 2011

Azam ku

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum…

Salam 2 all. Sudah beberapa hari saya meninggalkan sekejap blog ini daripada post2 yg baru. Hari ini sudah masuk hari yang ke-4 tahun baru 2011. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan kepada pembaca blog saya. Selamat tahun baru kepada awak semua..hihi..


Apabila masuk je tahun baru kita sering berbicara tentang azam baru, tekad baru dan perkara yang berkaitan dengan azam. Tapi, sering kali azam itu kandas di pertengahan tahun, ada yang lagi menyedihkan tak sampai pun setengah bulan..huhu..


Saya nak tergelak apabila terbaca satu sketsa kartun di akhbar pada 1 januari 2011 lalu. Apabila kawannya yang seorang ni dok berfikir2 apakah azam yang nak di buat tahun ni, lalu di pangkah dengan lajunye oleh temannya, “baik ko selesaikan azam2 ko yang banyak tertangguh tahun2 lepas.” Dengan selambenye..huhu..tersengih la kawan tu.



Bila baca memang la kite rase nak tergelak, tapi bila fikir balik. Oh! Terkene kat batang hidung sendiri. Jom cek balik azam kita yang belum terlaksana tahun-tahun yang lalu. Haa….banyakkan, huhu..


Tapi tak kisahlah, ape pun setiap orang pasti ada azam yang tersemat di hati masing2. Azam saya tahun ni nak membaca sebanyak mungkin buku2 yang saya beli. Sudah hamper 2 tahun saya memaksa diri untuk minat pada buku, Alhamdulillah sekarang ni sudah suka dan mula membeli buku. Malah duit saya tak kedekut untuk membelinya. Walaupun saya jarang menghabiskan keseluruhan isi buku namun saya puas kerana memadai bagi saya dapat point yang saya mahukan.


Tapi, bila difikirkan balik masih perlu di perbaiki. Saya tidak boleh hanya berpuas hati dengan pencapaian itu. Terlalu naïf jika nak di bandingkan dengan pemikir2 dan jutawan2 diluar sana. Tuan Azizi Ali seorang pakar kewangan di Malaysia membaca 600 buah buku sehinggalah dia menjadi seperti hari ni. Sekali lagi saya ulang Tuan Azizi Ali telah menghabiskan 600 buah buku sepanjang hidupnya.


Awk semua mesti terkejut beruk kan.haha..tapi itulah realitinya jika hendak menjadi seorang yang hebat. Sebab itu saya mesti menambahkan pembacaan saya. Insyaallah, semoga tercapai azam saya ini.


Awk semua pula bagaimana?


Izzat Zainal

Pulau Gadong, Melaka

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails