Monday, March 7, 2011

Mee + kuetiaw Tomyam = save bajet

 

tomyam ayam

Salam buat teman-teman blogger yang dikasihi. Sudah hampir 2 minggu saya tidak update blog ini. Maklumlah, pengurusan masa yang kurang efektif. Banyak pembaziran masa berlaku. Apa-apa pun terima kasih kepada yang jalan-jalan kat blog ni.

Kali ini saya nak berkongsikan tip untuk mereka yang “kuat makan'” tapi nak berjimat. Ini khusus untuk pelajar seperti saya yang agak kuat makan tapi nak berjimat. Sebelum ni saya suka makan nasi goreng biasa kalau makan diluar. Tapi malangnya tak berapa nak kenyang, hehe..(tak baca doa kot).

Tapi saya baca doa la, biasa la kan kalau dah kuat mencekik. Hinggalah satu malam tu saya makan dengan kawan saya ni. Dia pesan mee campur kuetiaw tomyam. Mula-mula saya kata dalam hati kenyang ke mamat ni makan. Takde nasi leh kenyang ke. Tomyam memang saya suka tapi takde nasi kan. Tu yang tak berapa pandang sangat. Bila saya rasa, fuh sedapnye..ngee~

Malam esoknya saya terus pesan makanan yang sama dan terasa masih belum kenyang terus minta nasi dan makan dengan kuah tomyam. Pergh! kesannya mengantuk dan rasa nak tidur kat kedai makan tu..huhu..ish2, tak patut.

Nah! point saya kat sini bukan la nak merepek cerita pasal makanan dan bagai lagi. Tapi lebih kepada cara nak berjimat tapi dapat makan banyak. Bukan saya nak mengajar makan sampai muntah-muntah tapi ada sesetengah orang ni kuat makan tapi tak gemuk2.huhu.. cam saya la, maintain ja..hehe..Mengikut apa yang saya pernah belajar sebelum ni ada orang kuat makan mungkin kadar metabolisme dia tinggi..huhu..kalau tak silap la. Tapi cam silap je..Tak berapa nak minat sangat belajar sains hayat ni. Gitu2 je. Tu yang kena buang ke UTeM tu. Tapi camne pun bersyukur sebab “course” saya sekarang ni nice!

Takpelah tak dapat sambung medic lagi pon tak minat sebab tettttt…huhu. Jadi dapat tak apa yang saya nak sampaikan pada post kali. Kita boleh makan banyak dalam masa yang sama dapat berjimat. Dalam tomyam ni pon ada ayam dan lauk2 lain. Kita boleh makan mee atau kuetiaw dalam satu masa sekali dengan nasi. Kan untungtu. Tak caye cube la. Kalau kat tempat saya cuma RM5 je. Air kosong jadi la kan. Siang makan rm3 je. Agak save la..

Mee bandung

mee-bandung-muar-copy

Cukup stakat ni dulu perkongsian dari saya. 1 lagi kalau dah jemu makan tomyam boleh pesan mee bandung pulak. Ada juga lauk2 ayam dan lain2. Boleh pesan nasi putih 1. haa..menarik tak..cube la ye..

InsyaAllah akan saya kongsikan lagi tip2 pada post akan datang.

sekian, wassalam..

p/s : Niche blog notalelaki.blogspot.com kini fokus kepada perkongsian kewangan, perniagaan dan tip2 yang bermanfaat buat pembaca. Jadi jom jadi follower saya!

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails