Friday, April 29, 2011

Penangguhan..

 

Salam 2 all..

Muslim_Tangguh

Hehe..saje letak..

Pagi yang nyaman ditambah dengan hujan renyai-renyai yang membasahi atap rumah bisa membuatkan sesiapa saja tidur dengan lenanya. Saya tak berminat untuk sambung tidur. Terasa mahu menulis sedikit pada pagi ini. Tulisan ini lanjutan daripada tulisan saya pada entri sebelum ini. Saya menjanjikan untuk memberikan cara dapat duit tanpa modal sebelum ini. Saya menangguhkan dulu cara tersebut kerana saya mahu mencuba dahulu sebelum menyebarkan kepada anda semua.

Saya kalau boleh perkara atau ilmu yang berkaitan bisnes dan internet ni mahu dipraktikalkan dulu untuk meyakinkan pembaca. Anda sendiri mesti mahu melihat bukti yang real kan? haa.. nantikan dalam sedikit masa lagi saya siapkan entri berkenaan “buat duit tanpa modal”. Selalulah update perkembangan blog ini ya..Senyuman kenyitan

Saya akan berkongsi tip, artikel dan perkara menarik dengan anda semua jika menjadi pembaca setia. Mudah saja untuk dapatkan. Selalulah sesakkan traffic blog ni..hehe..

Semalam baru sahaja habis menjawab exam kertas “distribution marketing channel”. Yang menariknya soalan berkaitan advantage dan disadvantage of using electronic management channel pun keluar. Ini menambahkan lagi ilmu tentang perniagaan internet. huhu.. kredit untuk saya..

Sekian saja untuk kali ini. Ingat saya menjanjikan “cara buat duit tanpa modal” kepada anda. Selalulah update dengan perkembangan blog ini ya.

Post seterusnya : Masa depan beli-belah di Malaysia secara online.Ibu jari ke atas

 

Izzat Zainal,Senyuman hangat

Jalan Mata Kucing Dalam, Melaka.

anakaya89@gmail.com

Monday, April 25, 2011

Perniagaan tanpa modal. Ada ke?

 

Salam 2 all..

affiliate-top

Affiliate = Best!

Apa khabar anda semua? Saya doakan semua semoga sihat. Amin..Saya cuba untuk menimbulkan satu persoalan pada hari ini tentang ada ke perniagaan tanpa modal dalam dunia kini, Haa.. mesti banyak persoalan yang bermain difikiran anda kan. Lepas saya fikir-fikir ada yang akan kata macam-macam kalau dengar tentang tajuk entri diatas. Mungkin :

Skeptikal

“Eh, mana ada! Ni skim pak man telo la ni. tak nak aku join dah!”

Ragu-ragu

“ermm..ko cube dulu. nant ko dah kaya bagi tau aku cara die ye..Senyuman menjelir lidah”(sambil perli)

Berminat (macam korang kot..huhu)

“yeke? realy? camne2..eh, aku nak tau!ajar aku au.Wah! boleh kwin cepat ak camni!”(ngeh3, ni cam aku kot..huhu)

Tak minat langsung!

“Huh! karut sume tu!malas aku nak niaga2 nih!aku dah selesa dengan kerja kerajaan. banyak manfaat! watpe niaga2 nih.”(nah, lebih2 lak..huhu)

Haa.. macam2 perspektif kan. Harapnya kita ni di kelompok orang yang berminat untuk tahu. Orang yang berminat = orang yang positif!

Saya nak nasihatkan kepada anda semua walaupun saya bukanlah expert, hanya newbie je bila kita dapat tawaran buat bisnes cuba la teliti dulu jenis perniagaan tersebut. Apa yang paling penting adalah halal haramnya. Memanglah rezeki dari perniagaan tu orang kata bersih. Tapi kena cek juga sumbernya, prosesnya apa semua.

Contohnya MLM, ada yang halal, ada yang tidak. Pada saya la buat ketika ini STORMREADERS, HPA dan SKOR A ada panel syariah. Ini yang saya tahu la. Kalau anda tahu MLM yang ada panel syariah selain dari tiga ni beritahu saya dan pembaca lain di ruangan komen ya. TQ!

OK! berbalik kepada topik utama tadi. Anda percaya tak? Dalam dunia ni susah dah nak jumpa benda yang mustahil.huhu..Ada ja yang mustahil..huhu..tapi dalam dunia perniagaan ni takda yang mustahil. Kadang-kadang rezeki datang melimpah. Kadang-kadang ada juga yang gulung tikar sekelip mata. Ada berani?

Teringat saya akan satu komen sahabat saya, ghazipasha nama die. Dia ada komen di entri saya tentang bisnes juga suatu masa dulu. katanya, ermm..x ingat la..huhu..tapi lebih kurang begini la. Ni edit2 sikit, tapi lebih kurang la..huhu..Hanya orang yang berjiwa kental saja dapat jadi orang bisnes yang berjaya. YA! saya setuju. Dalam dunia bisnes ni ada jatuh bangun, ada suka duka, Pahit getir, dan bagai lagi. Kalau kita ni jenis yang tak kuat semangat mesti putus asa cepat!

Sebab itu Rasulullah SAW insan yang sangat layak digelar usahawan berjaya. Tengok saja bagaimana baginda “handle” pernigaan dengan baik. Jom ikut baginda!

OK! Saya mahu berkongsikan kepada anda tentang perniagaan tanpa modal.Jika anda mahu tahu, sila komen “saya mahu tahu” diruang komen ya. Senyuman

 

Izzat Zainal,

Jalan Mata Kuching, Melaka.

Sunday, April 17, 2011

..Apa kepentingan motivasi?..

 

Salam 2 all..

motivation1

Apa kabar anda semua ? Saya doakan kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya kini sedang di berada di zone exam. Satu zone yang bisa membuat ramai stress kerana tidak akan tenteram selagi tidak habis menghadapinya. Baru rasa hendak update entri setelah beberapa ketika.

Terima kasih kepada kalian yang sudi singgah di blog kesayangan saya. Saya mahu membicarakan sedikit topik yang mungkin tidak penting bagi sesetengah orang tapi bagi saya ianya sangat penting dan perlu diwujudkan dalam diri setiap kita. MOTIVASI! haa, inilah yang saya katakan penting tadi. Sejak saya mula mahu mendekati al-quran sungguh saya sangat kagum dengan satu ayat Allah ini. Ianya berbunyi, mafhumnya “ Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu orang beriman.” boleh cek ayat ke-139 surah ali imran.  Nah! bukankah ini satu motivasi dari Allah buat kita? terasa ketenangan itu milik saya ketika merenung ayat ini. Tatkala resah dengan kehidupan sering kali saya teringatkan ayat ini.

motivasi2

Teman-teman sekalian, ada banyak faktor yang menyebabkan kita “down” dalam kehidupan ini.

Masalah dalam pelajaran

Ini satu hal yang sering menghantui mereka-mereka yang tidak berapa cerdik. Saya rasa termasuk dalam “group” ini. Kadang-kadang stadi lebih tapi keputusan sama ja dengan yang tak stadi. Haa, itu jam memang “down” la kan. kalau duduk sorang-sorang tu mula la fikir bukan2. Haish! kenapa la aku ni tak pandai2. Kalau tak da motivasi mesti dah malas nak belajar atau buat apa yang berfaedah lagi. Mana taknya, rasa konfiden dah jawab exam tapi markah rendah juga. Tapi kita kena tenang! ada la tu silapnya dimana-mana. Disini pentingnya kita mencari motivasi bagi menghidupkan kembali qolbu kita yang sangat memerlukan siraman untuk ia segar kembali. Qolbu yang kuat akan buat kita lebih bersemangat untuk terus berjuang di lapangan “belajar”.

Masalah dengan kawan-kawan

Percaya atau tidak kalian bahawa ada yang sanggup “extend” belajar kerana masalah dengan sahabat@rakan@teman ? YA! jawapan ada! Terpulanglah jika ia sudah meletakkan keputusan sedemikian. Saya tidak mahu mendesak supaya ia mengubah kembali keputusan yang telah dibuat. Mengapa ada masalah dengan kawan2? Saya sendiri sering kali bermasalah dengan kawan-kawan2. Terkadang tension sendirian, mana taknya seolah-olah kita ni harus “perfect”. Apa yang buat saya terkadang “panas” semacam kalau belakang kita dia kutuk macam2. Fuh! mendidih rasanya. Tapi jangalah sampai bergaduh bermasam muka. TAK BAIK!!!

Cari la motivasi balik. Camne tu? haa, maksud saya disini kita cuba la berbaik semula dengan kawan2. berlapang dada lah. Ego tu harus dibuang jauh! Saya sendiri cuba untuk berbuat demikian. InsyaAllah..

Masalah dengan bisnes

Nah! ini point saya sebenarnya. Kadang2 tu kita semangat sangat mahu berbisnes tapi bila diuji dengan sedikit rintangan kita mengalah. Suka saya listkan beberapa rintangan yang sering menghantui dalam melemahkan motivasi kita :

1. Tiada modal. Ini sering terjadi kepada saya. Akibat tidak pusing duit modal dan keuntungan saya terus tiada modal kembali. Memang agak down ketika itu. Baru la menyesal nape la enjoy dengan keuntungan yang tidak seberapa tu. Apala salahnya simpan untuk pusing modal. huhu..

2. Malas. Laa..simple je rintangan ni..tapi ini lah yang membuatkan kerja kita tak siap2. Sikap malas ni la yang membuatkan kita bertangguh dalam menyiapkan kerja. Saya baru sahaja terbaca entry terbaru di blog Bro Patric chan tentang The Secret How To Stop Procastination. Memang boleh dipraktiskan kalau kita mahu. cuba la baca dulu. Nice!(Klik saja pada tajuk entri atau nama beliau)Senyuman

3. Tak cukup ilmu. Ni satu rintangan juga. Tapi, apa pun kita yang malas nak mencari ilmu. Selalu teringat kata-kata abah saya “Along, nak jadi senang bukan senang”. Meski pun simple tapi pada saya ia membawa makna yang mendalam. Kadang-kadang kita selalu mahu mendapat sesuatu dengan cara mudah. Suka saya mengungkap kisah pak man telo yang menipu orang melayu kita. Nak salahkan dia pon tak boleh juga, dah memang mentaliti setengah kita yang mahu mudah saja mendapat duit tanpa usaha yang setimpal. Hmm.. ayuh! jom kita mencari ilmu. jangan malu nak bertanya kepada sesiapa pun jika mahu menambah ilmu. Normal la kan jika kita merasa rendah diri tapi sampai bila ? Tak kan melayu hilang di dunia! kerana apa? kerana kita ada ISLAM!, agama Allah yang akan sentiasa benar!

Pesanan buat diri saya khususnya :

1. Carilah ilmu sebanyak mungkin.

2. Jangan malu bertanya jika mahu dapatkan ilmu.

3. Mesti berani menyahut sebarang risiko tapi dengan kebijaksanaan yang dikurniakan Tuhan bukannya membabi buta.

4. Segeralah bertindak jika peluang itu sudah di depan mata.

Sekian saja coretan saya buat kali ini. InsyaAllah akan terus menulis di masa akan datang. Semoga ada manfaatnya buat diri saya dan kalian. Sebarang komentar sangat saya alu-alukan. Wassalam..

Monday, April 4, 2011

Jom kikis sikap suka berlengah!

 

images

Salam 2 all..

Sungguh rindu sekali dengan blog kesayangan saya ini. Hari ni saya ingin mula serius dalam penulisan di blog. Minggu lepas saya telah menghadiri seminar seorang otai IM iaitu Bro Mawardee Sebelum ini saya tidak mengenali beliau kerana hanya 2-3 orang otai IM sahaja yang saya “update” menerusi blog mereka. Selepas mendapat mailing list daripada Bro Raja Kamil tentang seminar, saya terus berminat untuk menghadiri seminar buat duit oline yang dikendalikan oleh Bro Mawardee. Meski pun yuran nya boleh dikatakan mahal oleh kebanyakan orang namun saya tidak mempedulikannya kerana dahagakan ilmu-ilmu sebegini. Alang-alang mahu serius tidak salah saya melaburkan sedikit wang untuk ilmu yang bermanfaat.

Selepas balik dari seminar saya rasa sungguh bersemangat untuk menjalankan perniagaan di internet. Sejak itu saya mula mengkaji perlahan-lahan mengenai buat duit online ini. Sedikit “update” berkenaan saya pada minggu lepas.

Ketika menulis ini saya berada di perpustakaan UTeM dengan hanya bertemankan laptop Dell kesayangan. Saya terfikir seperkara bagaimana Irfan Khairi menjana wang jutawan ringgit dengan hanya melalui perniagaan online. Walhal ketika zaman beliau perniagaan internet di Malaysia belum berkembang lagi. Dari satu aspek saya melihat siapa yang yang menjadi “pioneer” dia lah yang akan menjadi pakar. Memang benar sekarang beliau adalah seorang pakar dalam perniagaan internet. Alhamdulillah..seorang anak melayu beragama islam berjaya dalam bidang ini. setelah beliau muncul lah nama-nama besar yang lain dalam “industri” perniagaan internet ini.

Ketika saya membuka blog Eruwan Gurrey saya mendapat satu lagi point kenapa Irfan Khairi berjaya dalam bidang ini. Jawapannya adalah terus mempraktikkan ilmu yang beliau dapat. Nah! bunyinya mudah tetapi nak melaksanakan cukup susah. Hanya mereka yang bersungguh-sungguh sahaja dapat melaksanakannya.

Saya mahu berkongsikan tip2 daripada eruwan Gurrey bagaimana hendak mengikiskan sikap2 suka berlengah-lengah dalam diri.

1. Tetapkan masa untuk bermula sebaik sahaja mempelajari sesuatu ilmu baru. Sebaik-baiknya dalam masa 1 sehingga 2 minggu selepas kita mempelajarinya.

2. Tulis di atas kertas tarikh dan masa kita ingin melakukannya dan letakkannya di satu tempat yang mudah untuk kita lihat.

3. Apabila tiba tarikh dan masa yang telah kita tetapkan, terus lakukannya dan jangan berikan sebarang alasan kepada diri anda untuk tidak memulakannya pada masa tersebut.

4. Setelah mengaplikasikan ilmu yang telah anda pelajari, lakukan muhasabah diri dan lihat sejauh mana keberkesanan usaha yang telah anda lakukan.

5. Rancang strategi untuk memperbaiki usaha anda dan tetapkan semula tarikh dan masa untuk meningkatkan usaha anda itu.

6. Ulang semula tip-tip di atas daripada awal untuk lebih meningkatkan kejayaan usaha anda secara berperingkat-peringkat.

Pendek kata, jika kita mahu menjadi seseorang yang berjaya di dalam apa jua bidang yang kita ceburi, lebih-lebih lagi mengenai perniagaan internet, kita perlu terus mengaplikasikan apa jua ilmu baik yang telah kita pelajari. Berkat usaha dan kesabaran kita di dalam melakukannya, kita juga akan menjadi seorang yang berjaya seperti Jutawan Internet – Irfan Khairi.

Sekian dari saya buat kali ini. Nantikan post yang akan datang. Wassalam..Senyuman

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails