Monday, May 9, 2011

Masa depan beli belah di Malaysia secara online.

 

Salam 2 all..

e5c9e63c

Alhamdulillah, exam baru sahaja berlalu pergi. Result tu nantilah baru tau, huhu..Baru hari ni nak update entri baru. Bukanlah kajian saya sendiri tapi lebih kepada sedikit ulasan berkenaan jual beli di Malaysia.

Berdasarkan analisa dan pemerhatian penganalisis luar negara, agensi pelancongan, kedai telefon bimbit dan bank mungkin hilang bisnes atau kurang sambutan daripada pelanggan berikutan revolusi perniagaan internet yang membuatkan pelanggan gemar membeli secara online. Penganalisis ini juga menambah pelanggan mungkin hanya keluar rumah membeli makanan, minuman dan barang-barang dapur sahaja.

Jika dilihat di luar negara seperti Britain mereka lebih gemar untuk menggunakan internet sebagai medium untuk berbelanja seperti untuk membeli barang-barang elektronik, memohon pinjaman bank dan pelbagai lagi. Ini sebenarnya memudahkan mereka dalam banyak hal seperti tidak perlu bersesak ditengah jalan dan dapat menjimatkan duit minyak. Ini sudah menjadi trend membeli-belah 50 % masyarakat disana. Menarik bukan ?

Hal ini seperti bisa terjadi di negara kita. Jadi bersiap sedia lah untuk melaluinya. Sekarang ni kita dah boleh berurus niaga secara online dengan mudah. Rugi lah bagi mereka yang buta mengenai hal ini. Jika dilihat sebelum ini kerajaan begitu menekankan mengenai teknologi IT dengan slogan yang diwarwarkan “ 1 rumah 1 komputer”. Adik saya pun akan dapat netbook secara percuma pada hari rabu ini.Senyuman kenyitan

Nampak tak? Apabila ramai yang dah celik IT maka revolusi perniagaan internet ini akan makin berkembang dan transaksi pada masa akan datang hanya akan melalui internet sahaja sebagai medium perantaraan. Waima nak bayar bil sekalipun hanya melalui internet sahaja. Ruginya kalau kita masih buta mengenai hal ini. Tulisan ini hanya sekadar membuka minda buat kita semua.

Ditambah pula dengan wujudnya sistem paypal sebagai medium transaksi pembayaran. Laporan daripada agensi pembayaran online, paypal dengan kerjasama penyelidik Nielsen Company mendedahkan pada 2010 saja kira-kira 1.1 juta rakyat Malaysia sanggup berbelanja dengan nilai purata RM2,461 untuk pembelian produk online.

Ini menjadikan perbelanjaan online di seluruh Malaysia mencapai angka sebanyak RM1.8 bilion tahun lalu bagi pembelian produk dan perkhidmatan dengan perbelanjaan terbesar dihabiskan untuk percutian seperti bayaran tiket penerbangan, pakej percutian dan pengangkutan yang berjumlah RM435 juta atau 24 peratus.

Besar tu! Jadi mari kita explore lebih lagi mengenai hal ini. Saya mengharapkan entry kali ini dapat membuka minda kita mengenai hal ini. Bukan apa, masih ramai lagi diluar sana ragu-ragu dengan transaksi di talian internet ini.

Sekian, Wassalam..

181701_191793467520626_100000699233296_562506_1397297_n

P/s : nantikan cara dapat duit mudah tanpa modal.

 

Izzat Zainal,

Seri Manjung, Perak. Senyuman lebar

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails