Thursday, June 3, 2010

Sebab-Sebab jahiliyah...(2)

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..



Jahiliyah merujuk kepada bodoh, apa yang dimaksudkan bodoh pada masyarakat jahiliyah bukanlah pada nilai intelektual mereka tetapi kerana tidak mahu menerima kebenaran yang dihamparkan di depan mata. Masyarakat jahiliyah juga enggan ditarbiah walaupun telah di’offer’ banyak kali.

Inilah fenomena yang berlaku kala mana Rasulullah s.a.w. berdakwah di bumi mekah dan akhirnya terpaksa berhijrah ke bumi madinah yang lebih menjanjikan sinar dakwah yang lebih cerah.

Bila difikirkan kembali fenomena ini sama juga dengan abad yang kita lalui ini. Jika dilihat ramai saja orang islam yang masuk ke Universiti, terdapat juga ipta yang majoritinya umat islam. Namun, pelbagai masalah sosial tetap juga timbul dan makin lama kian parah.

Jika kita melihat pada bapa saudara Rasulullah s.a.w. iaitu Abu Jahal yang terkenal dengan kebijakannya, hebat dan berkarisma. Juga dikenali Abu Hakam(bapa kebijaksanaan) dikalangan Arab Jahiliyyah.

Namun, kerana menolak islam maka hinalah ia disisi Allah swt.

Aku sebenarnya seperti tidak percaya menjadi seperti sekarang, iaitu seorang yang ditaklifkan untuk berdakwah (walaupun masih banyak kekurangan).

Sungguhpun begitu banyak dugaan yang ku tempuhi dalam melalui liku-liku ini, baik dari segi pelajaran yang merosot, kesempitan wang dikala memerlukan dan pelbagai lagi.

Aku harap dapat istiqomah dijalan ini..amin..(doakanku ikhwah sekalian)..

Sungguh bibit-bibit futur kini kuat mencengkam hatiku ini. Resah dihati hanya Allah saja yang tahu.

Namun, insyaAllah aku masih memilih jalan ini.

Allah swt berfirman “ Dan barang siapa berjihad, maka sesungghnya jihadnya itu untuk diri sendiri. Sungguh, Allah Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (29:6)

Sungguh mendalam maksud firman Allah swt ini.

Tapi mengapa masih ada yang masih enggan menyertai kelompok orang-orang yang berdakwah. Mungkin kenyataan ini tidak disukai oleh mereka yang mempunyai orientasi dunia melebihi orientasi akhirat.

Ingatlah, kamu adalah orang-orang yang di ajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan Allah. Lalu di antara kamu ada orang yang kikir, dan barang siapa kikir maka sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah Yang Maha Kaya, dan kamulah yang membutuhkan (karunia-Nya). Dan jika kamu berpaling (dari jalan yang benar) dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu. (47 : 38).

MasyaAllah, persoalan mengapa kita perlukan tarbiah rasanya sudah terjawab dengan ayat ini.

Satu hal yang aku dapat ketika ziarah ikhwah UTP masa psn adalah ketika berbual dengan seorang ikhwah tentang futur dan keluarnya seorang ikhwah di jalan dakwah.

Beliau kesal kerana kata-kata ikhwah ini suatu saat dahulu telah dimungkiri dan seolah-olah mengubah haluan hidupnya kini.

Beliau mengatakan pentingnya tarbiah pada kita kerana ada proses pemantauan dari seorang murobbi dari segi mutabaah, tsaqofah dan lain-lain. Walaupun ini bukanlah segalanya namun ia merupakan perkara yang sangat diperlukan saat ini bagi membentengi diri daripada serangan yang amat dasyat diluar sana.

Katanya, jika kita ni soleh dari kecil mungkin dapat menjaga lagi amal-amal soleh seperti solat berjemaah, puasat sunat dan lain-lain kalau keluar halaqah, tapi macam mana kelompok seperti kita yang baru terngadah untuk menjaga amal-amal tersebut ketika mula melalui proses tarbiyah.

Kalau keluar dan tiada lagi pantauan apakah kita masih mampu menjaga. Keluhnya sendirian..

Aku mengiyakan saja apa yang dikatakan.

Memang benar apa yang dikatakan akhi 125z, aku mengakui benda ini berdasarkan pengalaman yang aku sendiri lalui dan cerita-cerita yang pernah ku dengar sebelum ini.

Kini, sudah mejadi trend umat islam mengambil islam secara separuh-separuh walaupun telah ditegaskan dalam quran “Wahai orang-orang yang beriman ! Masuk lah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” (2:208).

Ketahuilah islam merupakan satu agama yang perlu kita ambil secara pakej. Ini kerana pakej yang islam berikan sudah cukup lengkap untuk penganutnya meneruskan kehidupan dengan aman damai.

Tetapi dah namanya manusia, kadang-kadang degil tak mau dengar kata !, tengoklah apa dah jadi sekarang. Segala macam penyakit ada pada umat islam.

Mungkin ini pengajaran yang harus kita renung sedalam-dalamnya.

Lagi parah jika kita menjauhi tarbiah dan dakwah. Justeru pilihlah jalan ini !

Baiklah, terdapat enam sebab-sebab yang mengantarkan seseorang kepada jahiliyah. Di antaranya ialah :

  1. Prasangka buruk terhadap Allah

Terdapat satu hadith qudsi berkenaan dengan Allah menurut perasangka hamba-Nya (maaf tidak membawa mafhum hadith kerana buku hadith qudsi tertnggal di bumi Melaka), dalam realiti dunia hari ini terdapat juga manusia yang berprasangka buruk dengan Allah swt.

Mereka menganggap Allah swt zalim terhadap mereka, maka itulah yang akan terjadi.

Sebaiknya kita wajib husnuzon terhadap Allah swt. Kadang-kadang ada juga manusia mengatakan, “Oh, aku memang sudah ditakdirkan oleh Allah untuk jadi kurang baik atau jadi jenis orang tidak berminat mendalamiilmu agama atau bukan kelompok tersebut.” Naif sungguh jika kita bersikap sedemikian, dalam quran dengan jelas Allah swt menerangkan dalam surah As-Syams ayat ke 8,9 dan 10.

Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.

Nah, jadi pilih lah jalan yang paling selamat iaitu orang yang menyucikan jiwa. Ikhwah dan Akhwat fillah sekalian, mari sama-sama kita bersangka baik terhadap apa yang dah terjadi pada diri kita.

Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita, jangan lupa berdoa!

Contoh prasangka buruk lain adalah yang selalu terjadi dikalangan ikhwah dan akhwat adalah menganggap disebabkan dakwah ibu bapa jauh dari mereka.

Walhal yang salah adalah kita kerana tidak me’manage’ masa dengan sebaik mungkin bersama keluarga

Apakah melibatkan persoalan akidah seperti keyakinan dan sebagainya wajib kita percaya 100% terhadap Allah swt. Jika ada sedikit keraguan maka akidah kita tidak akan selamat.

Jika kita menelusuri mengapa suuzon ini terjadi mugkin kerana keyakinan kita terhadap Allah swt yang sangat lemah, inilah yang dihadapi kebanyakan umat islam kini termasuklah para du’at.

Ketahuilah terdapat tiga maratib (tingkatan) keyakinan :

· Yakin

Mereka ini hanya mendengar kata orang sebagai contohnya apabila mendengar orang mengatakan ular berbisa maka dia terus yakin walaupun tidak bisa melihat.

· Yakin dengan melihat

Mereka akan yakin sekiranya melihat sendiri orang yang dipatuk ular itu mati.

· Yakin dengan hak

Yakin jenis ini adalah paling benar kerana ia merasa sendiri patukan ular tersebut.

Jika kita berkehendakkan peningkatan keyakinan maka wajib bagi kita berkomitmen dengan iman.

Wajib untuk kita berkomitmen dengan islam. Kita perlu berinteraksi terlebih dahulu dengan islam dan iman.

Justeru, apa caranya ? maka marilah kita sama-sama komitmen dengan usrah, halaqah dan carilah gerakan islam @ dakwah untuk langkah pertama.

Moga kita dapat merasakan maratib yakin yang paling tinggi. insyaAllah.. Bersambung........

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails