Showing posts with label Fikrah. Show all posts
Showing posts with label Fikrah. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Cerita politik!!!

Salam seakidah to all Muslim.


Pertamanya terima kasih kerana sudi membaca blog ini, walaupun tulisan saya bukanlah terbaik seperti penulis-penulis yang lain. Saya baru hendak menceburi dunia penulisan dengan berblogging. Saya harap dapat terus istiqomah menulis.


Entry kali ini saya suka hendak berkongsikan dengan pembaca tentang politik masa kini. Saya tidak tahulah pembaca di pihak yang mana. samaada kerajaan(UMNO,MCA,MIC & GERAKAN) atau pembangkang(PR) saya hendak berkongsi sesuatu yang mungkin memberi sedikit pencerahan buat kita semua.


Apa yang maksudkan dengan perkongsian tersebut adalah tentang sebuah blog ahli politik iaitu http://zul4kulim.blogspot.com/ , beliau juga seorang ahli politik. Sepanjang saya membaca blog2 ahli politik saya merasakan fikrahnya untuk ummah jelas dan boleh dikatakan sebagai alternatif kepada kita untuk mencari kebenaran. Cubalah saudara/i pembaca mengikut perkembangan blog ini. Dibawah saya sertakan tulisan terkini beliau yang bertajuk "HILANGNYA SEJARAH HANG NADIM". Selamat membaca!


Salam 2 all.


Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Lee Kuan Yew & PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa umat Islam bangsa Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. Melayu yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang, dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang dari rumpun Melayu. Sejarah Sang Nila Utama dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles. Nama Singa Pura (Bandar Singa) dari sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore! Azan kat masjid pun dipertikai! Maka terloponglah bangsa Melayu meratapi kehilangan negaranya.


Kitsiang & DAP hari ini sanggup turun masjid naik surau untuk memikat Melayu. Siap isytihar diri sebagai Kalipah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan dia pun dijual takpe sebab Kitsiang dan anak lakinya sedara kita sekarang kata pak jangoat. Rupanya benar kata pujangga, memang bangsa Melayu mudah lupa.

Saja teman perturunkan artikel dibawah ini untuk menjadi renungan dan bahan buat umat Islam bangsa Melayu mencerminkan diri. Sejarah itu cermin suatu bangsa. Kalau bangsa itu memilih untuk membutakan mata kepada sejarahnya, maka itulah permulaan berakhirnya bangsa itu. Janganlah ulangi kesilapan dahulu. Na'uzubillah.


Wassalam.



Zulkifli Bin Noordin
Ahad
12 Muharram 1432
19 Disember 2010



#######################



Beberapa pemimpin DAP melenting apabila disebut DAP adalah parti paling rasis.


Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.


Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum.


Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.


Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri.


Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Lalu Awang ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?


Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.


Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan.


Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.


Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.


Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa dan kepimpinan PAS pula saperti tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu.

Friday, September 17, 2010

KEJUMUDAN MENATIJAHKAN KEBANGKITAN LIAR



KEJUMUDAN MENATIJAHKAN KEBANGKITAN LIAR

Oleh : Dr Mohd Asri bin Zainol Abidin





Berbeza pandangan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat manusia adalah perkara biasa. Apatah lagi dalam perkara-perkara yang sememang boleh diberikan berbagai andaian dan penafsiran.




Perbezaan pandangan dalam usaha mencari yang terbaik adalah satu keperluan hidup insan. Mengikut secara membabi buta tanpa mahu berfikir dan menilai adalah punca kepada kesesatan atau sebab kepada kemunduran sesebuah masyarakat.




Manusia yang buruk dalam masyakat ini ialah mereka yang menghalang pemikiran kedua, atau pandangan kedua dalam perkara-perkara yang dibolehkan untuk adanya perbezaan pendapat. Menghalang orang lain berfikir selain dari apa yang kita fikirkan adalah permulaan jalan menuju masyarakat jumud, atau kejumudan ilmu, bahkan jika itu membabitkan kekuasaan dan pentadbiran ia akan membawa kepada pemerintahan kuku besi.




Di samping banyak perkara yang mungkin kita berbeza dengan Barat, kelebihan mereka adalah ruang yang selalu diberikan kepada pemikiran baru, atau masyarakat mereka diizinkan untuk mempunyai pandangan yang berbeza sekalipun dengan ‘arus perdana’. Seseorang tidak merasa terancam untuk berbeza pendapat atau memberikan padangan yang kedua.




Rosaknya sesetengah negara, termasuk negara umat Islam adalah apabila pandangan yang berbeza dihalang, bahkan diambil tindakan. Maka lahirlah sikap keras dan kejam, ketidakadilan dan tidak berkembangnya ilmu pengetahuan. Sepatutnya pandangan yang berbeza selagi memenuhi peraturan norma-norma ilmu hendaklah diberi ruang dan kesempatan.




Lebih buruklah jika pandangan ilmiah yang berbeza itu ‘diharamkan’ atas nama agama. Lalu pihak yang menguasai urusan agama itu menghukum orang yang berbeza dengan mereka sebagai musuh agama, atau musuh Tuhan, padahal pendapat yang diberikan itu telah memenuhi piawaian ilmu dan tidak bertujuan menderhakai Tuhan.




Jika ‘kelompok agama’ itu adalah kelompok yang jumud, maka semua manusia yang mempunyai pemikiran yang luas akan menjadi mangsa atas nama agama. Inilah yang berlaku kepada gereja pada zaman kegelapan Eropah dahulu. Berapa ramai saintis yang diseksa dan dibunuh. Mereka dihukum sesat dan murtad hanya kerana memberikan pandangan tentang sains khusus tentang ilmu astronomi yang paderi-paderi jahil mengenainya.




Apatah lagi ketika dahulu umat Islam adalah pelopor yang maju dalam bidang-bidang sains yang berbagai, maka pihak gereja menuduh bahawa ilmu-ilmu sains tersebut adalah ajaran Islam dan sesiapa menganutnya mereka menjadi murtad.




Kejahilan mereka membawa kepada penentangan masyarakat Eropah terhadap kuasa agama yang akhirnya tercetuslah Revolusi Industri atau Revolusi Perancis pada 1789 yang akhirnya agama dihadkan pengaruhnya agar tidak masuk campur secara langsung dalam pentadbiran dan soal-soal kehidupan yang lain.




Maka hari ini, seni, hiburan, politik, perindustrian, sains dan sebagainya, agama tidak menjadi teras. Jika ada pun, ia hanya kesedaran individu, bukan dasar umum. Maka tidak hanya jika mereka ketika beraksi bogel depan kamera boleh menggantungkan salib di dada mereka. Demikian filem mereka boleh mempertikaikan agama mereka seperti ‘Da Vinnci Code”.




Bahkan tidak hairan kartun-kartun yang mereka lukis itu kadang-kala mempersendakan Jesus yang mereka anggap sebagai anak Tuhan mereka. Tidak hairan juga jika para sarjana mereka mempertikaikan kebenaran Bible dan sehingga meragui kewujudan Jesus. Inilah natijah yang dibayar oleh masyarakat Barat hasil dari kejumudan golongan agama mereka pada zaman yang lepas.




Hakikatnya, kejumudan pemikiran itu akan membawa kepada ledakan kebangkitan yang akan menghapuskan segala keterikatan, sekalipun keterikatan yang patut. Sebab itu Islam bukan sahaja mengharamkan sikap cuai dalam beragama, tetapi juga mengharamkan sikap melampau atau keras pada bukan tempatnya. Kedua-duanya jalan syaitan.




Nabi s.a.w mengingatkan kita dalam hal ini dengan bersabda:




“Jauhilah kamu ghulu (melampau) dalam agama, kerana sesungguhnya ghulu dalam agama telah membinasakan mereka yang sebelum kamu”. (Diriwayatkan oleh al-Nasa’i, Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan al-Albani).




Allah menegaskan dalam al-Quran agar Nabi s.a.w mengingatkan Yahudi dan Kristian agar jangan melampau dalam beragama. Firman Allah: (maksudnya)




“Katakanlah: “Wahai ahli Kitab! janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul” (Surah al-Maidah, ayat 77).




Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H):




“Sesungguhnya agama Allah adalah pertengahan antara yang melampau mengenainya dan yang meninggalkannya. Allah Ta`ala tidak memerintahkan hamba-hambaNya sesuatu perintah melainkan syaitan akan mengganggunya dengan dua cara. Syaitan tidak kisah yang mana satu dia berjaya. Iaitu samada secara ifrat (melampaui batasan yang sepatutnya dalam beragama) atau tafrit (cuai terhadap agama).”. ( Ibn Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa,2/. 236, Riyad: Maktab al-`Abikan).




Di Malaysia juga demikian, janganlah kuasa agama itu digunakan untuk menghalang orang lain memberi pendapat. Sehingga akhirnya muncul aliran Liberal yang Agama ini ditegak atas hujah dan fakta. Agama bukan pendapat semborono yang diberikan lesen kepada orang agama untuk bercakap apa yang dia mahu dan dengan siapa yang dia mahu.




Apa adanya fakta dan dalil yang menuruti disiplin keilmuan, maka agama memberi ruang untuk manusia memberikan pandangannya. Juga pihak yang bercakap atas nama Islam hendaklah berpijak atas dalil dan hujah yang dapat difahami oleh masyarakat yang sedang meningkat maju kemampuan fikiran mereka. Kejumudan hanya akan mengundang kebangkitan membebaskan diri dari ikatan agama.




Lihatlah kumpulan politik agama dalam negara kita yang dahulu begitu keras sehingga seringkali isu iman dan kufur itu dijadikan isu. Hari ini kita mula lihat betapa longgarnya sebahagian mereka, bahkan mula timbul dalam kalangan mereka sendiri kelompok yang bertentangan kononnya sebahagian mereka mula meninggal pegangan-pegangan keras yang awal.




Saya juga begitu dukacita, apabila dalam usaha sesetengah pihak agama di negara kita untuk membendung pemikiran pembaharuan yang ingin Islam lebih berteraskan nas dan berketerampilan, mereka menggunakan kelompok Ahbash yang mula aktif dalam negara kita. Kelompok ini yang terkenal dengan mengkafirkan sesiapa yang berbeza dengan mereka.




Di negara arab mereka menumpahkan darah dan mengkafirkan para ulamak yang berbeza dengan mereka. Melebelkan sesiapa yang tidak mahu menerima kekerasan mereka sebagai ‘wahhabi’. Laman-laman web mereka boleh dilayari, ia sarat dengan maki-hamun dan kafir mengkafir.




Saya ingin ingatkan pihak yang menggunakan mereka, walaupun anda tidak suka dengan aliran pembaharuan atau tajdid yang sedang berlangsung, namun janganlah menggunakan aliran yang seperti ini kerana natijahnya akan membawa kepada sikap permusuhan yang melampaui batasan yang patut.




Bukalah fikiran untuk melihat Islam dengan mata yang luas seperti yang difahami oleh golongan salafussoleh. Sikap yang jumud dan memusuhi pandangan tanpa alasan hanya akan membawa agama ke kancah kebencian dan akan menjadikan ada pihak yang berfikir seperti Barat, bahawa agama patut diasingkan campurtangan dalam urusan kehidupan.




Sumber : www.drmaza.com

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails