Showing posts with label Tip kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Tip kehidupan. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Azam ku

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum…

Salam 2 all. Sudah beberapa hari saya meninggalkan sekejap blog ini daripada post2 yg baru. Hari ini sudah masuk hari yang ke-4 tahun baru 2011. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan kepada pembaca blog saya. Selamat tahun baru kepada awak semua..hihi..


Apabila masuk je tahun baru kita sering berbicara tentang azam baru, tekad baru dan perkara yang berkaitan dengan azam. Tapi, sering kali azam itu kandas di pertengahan tahun, ada yang lagi menyedihkan tak sampai pun setengah bulan..huhu..


Saya nak tergelak apabila terbaca satu sketsa kartun di akhbar pada 1 januari 2011 lalu. Apabila kawannya yang seorang ni dok berfikir2 apakah azam yang nak di buat tahun ni, lalu di pangkah dengan lajunye oleh temannya, “baik ko selesaikan azam2 ko yang banyak tertangguh tahun2 lepas.” Dengan selambenye..huhu..tersengih la kawan tu.



Bila baca memang la kite rase nak tergelak, tapi bila fikir balik. Oh! Terkene kat batang hidung sendiri. Jom cek balik azam kita yang belum terlaksana tahun-tahun yang lalu. Haa….banyakkan, huhu..


Tapi tak kisahlah, ape pun setiap orang pasti ada azam yang tersemat di hati masing2. Azam saya tahun ni nak membaca sebanyak mungkin buku2 yang saya beli. Sudah hamper 2 tahun saya memaksa diri untuk minat pada buku, Alhamdulillah sekarang ni sudah suka dan mula membeli buku. Malah duit saya tak kedekut untuk membelinya. Walaupun saya jarang menghabiskan keseluruhan isi buku namun saya puas kerana memadai bagi saya dapat point yang saya mahukan.


Tapi, bila difikirkan balik masih perlu di perbaiki. Saya tidak boleh hanya berpuas hati dengan pencapaian itu. Terlalu naïf jika nak di bandingkan dengan pemikir2 dan jutawan2 diluar sana. Tuan Azizi Ali seorang pakar kewangan di Malaysia membaca 600 buah buku sehinggalah dia menjadi seperti hari ni. Sekali lagi saya ulang Tuan Azizi Ali telah menghabiskan 600 buah buku sepanjang hidupnya.


Awk semua mesti terkejut beruk kan.haha..tapi itulah realitinya jika hendak menjadi seorang yang hebat. Sebab itu saya mesti menambahkan pembacaan saya. Insyaallah, semoga tercapai azam saya ini.


Awk semua pula bagaimana?


Izzat Zainal

Pulau Gadong, Melaka

Tuesday, December 28, 2010

Sakit jantung?mude?haish!

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..


Ya Allah..aku redho...


Salam 2 all, haa..siapa2 yang tengok tajuk entry ni mesti cuak(risau) kan..huhu..ni reality tau, sekarang ni muda2 pun dah kena penyakit pelik2. Penyakit yang kebiasaannya di hidapi oleh golongan 40-an ke atas pun boleh terkena kepada yang 20-an. Fuh, risaunye saya!

Ramai yang beranggapan bahawa ajal dan maut di tangan Allah. Akhirnya, tidak langsung mempedulikan soal kesihatan. Main makan je ape yang ada kat depan mata. “Junk food” makanan harian, air gas sentiasa dalam peti ais. Nah!, bahaya sangat tu. Selain “junk food” ada juga jenis-jenis menu yang kita tidak boleh makan selalu.


fakta2 di akhbar

Contoh seperti mee segera, kalau hendak makan pastikan tidak berturut-turut. Paling kerap kalau hendak makan pastikan setiap 3 hari baru kita makan. Ini kerana mee segera di salut dengan lilin dan ianya akan hadam dalam perut setelah 3 hari. Bahaya tuh! Kebiasaanya pelajarla yang selalu makan mee segera secara kerap mungkin disebabkan kelaparan di malam hari.huhu..(based on experience)


argghhh!!!sakitnye..

Saya bukanlah pakar kalau nak bercakap soal kesihatan dan diet yang sihat ni. Tapi, kita harus sedar realiti hari ini, muda2 lagi sudah ada yang menghidap penyakit berbahaya. Semoga kita dijauhkan dari penyakit merbahaya nih.


Justeru, kita sendiri yang harus peka dengan kesihatan masing-masing. Cubalah cari sumber2 @ tip2 penjagaan kesihatan dari sumber yang sohih. Tulisan saya ni cume untuk menjdi booster supaya kita tergerak utk berfikir tentang kesihatan bermula dari muda2 lagi. Bak kata dlm TV tuh, mencegah sebelum terlambat..hehe.. Ayuh!!!


Sekian,

komen anda?


Izzat Zainal

Seri Manjung, Perak

Sunday, December 26, 2010

Korang suka marah2 ke?

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..





Salam 2 all

Post kali ini saya mahu bercakap soal panas baran atau pun cepat sangat rasa nak marah. Dalam dunia ni nak kata kebanyakan orang pun tidak juga tapi setiap orang ada tahap kemarahan yang tersendiri. Sejauh mana tahap kemarahan kita, hanya diri sendiri yang tahu dan boleh kawal.

Situasi di mana kemarahan sering memuncak:


kucing pun pandai marah..kih3..


Cikgu kepada anak murid


“Woiiiiiiiiiiiii.apenih! ckgu dah suruh siapkan kerja ni minggu lepas. Kenapa buku kamu kosong je?”Pang!!!!!. nah!kan dah kena penampar. Lepas tu mak bapak pun dtg sekolah..hihi..

Moral: cikgu kena beringat sikit, mendidik jgn menghukum.silap hari bulan kena saman dengan mak bapak.Ingat! anak2 murid sekarang beza dgn dulu. Makin liar dan ngade2..


Bapa kepada anak


Pang!!!!!!!!!!! “aku bela ko dari kecik, ini balasan ko, anak kurang ajar!!! X kenang jasa org tua”bentak seorang bapa. “Bapak yang salah! Bapak beri kesenangan kepada sazali, manjakan sazali.”

Moral: adeh! Macam ni punye anak pon ada ke. Taknak komen lebih, saya nikah pon belum..huhu..


Bos kepada pekerjanya



“Kau nih, yang buka fb tu kenapa???waktukerja sekarang nih. Jangan sampai aku potong gaji. Baru padan muka!” marah bos kepada izzat. “Adeh! Kantoi pulak”izzat mengeluh..

Moral: usha la kiri dan kanan dulu..kih3..satu lagi waktu kerja sebolehnya elakkan berfb..


Ketika di jalan raya


“woiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!, mau mati ka…@#$%^%&**((((*&&^$$$$!@@@@@$$$...(paham2 la.huhu..)” kebiasannya jika ada pemandu yang buat hal atau tersalah cara memandu.

Moral: Bila diatas jalan raya, berhati2 lah ye kita semua. Jangan ikutkan emosi tu,ingatlah orang tersayang..hihi..

Dan ada banyak lagi kes yang boleh menimbulkan kemarahan. Kalau baca di paper ada juga yang terbunuh hanya kerana marah.

Kita kena kawal panas baran, jangan sampai perkara tidak diingini berlaku. Marahla ketika perlu. Kalau diam dan senyap sangat pon x boleh nanti kena pijak kepala pulak. Berpada2 lah ketika marah ye.


Nah! Baca hadith nabi tentang marah serta cara rawatannya..


Perkara Marah dan Yang Berkaitan Dengannya


Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.


Penerangan Hadis


Adapun maksud perkataan “Janganlah Marah” yang dikatakan kepada lelaki tersebut ialah jangan menurut nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.

Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.

Wallahu A’lam

(sumber Hadith 40 , Mustafa Abdul Rahman)

Wednesday, December 22, 2010

Seronoknye kritik orang!

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..


Sekadar gambar hiasan

Orang yang cemerlang adalah orang yang bersyukur apabila dikritik atau ditegur.


Kadang-kadang bila di kritik tentang sesuatu hal yang kita lakukan pasti akan bederau darah dalam tubuh. Tambah2 jika apa yang kita lakukan telah diusahakan sepenuh hati. Namun kadangkala kita lupa, di sebalik kritikan itu rupanya ada hal yang perlu di fikirkan.


Jika kita hendak mengetahui kelemahan diri kenalah dengar dari musuh. Saya tak kata pengkritik adalah musuh tapi bolehla di anggap sebegitu kerana mereka kebiasaannya akan komen apa yang mereka perhatikan. Sudah tentu ia tidak di sertai dengan niat untuk menjadi kroni atau seerti dengannya. Maka, kita boleh mengetahui kelemahan apa yang kita buat melalui pengkritik2 di sekeliling kita.



Pengkritik yang jujur dan telus dapat membantu kita menyusun hidup dengan lebih mantap dan tersusun seterusnya menjadikan kita hebat!


Terdapat beberapa sikap pengkritik yang baik, antaranya ialah :


  • Ayat-ayat dan bahasa yang dilontarkan berhikmah.
  • Bercakap dengan cara yang merendah diri, bukan sombong yang hanya untuk meninggi diri bahawa dirinya sahaja yang sempurna.
  • Bercakap benar tanpa menyembunyikan kebenaran
  • Menegur secara bersendirian. Ini adalah antara perkara yang perlu di ambil perhatian oleh siapa2 yang mahu menegur atau mengkritik. Jika bukan ‘stage’ yang sepatutnya mengkritik di tempat awam seperti di Malaysian Idol dan seertinya haruslah di tegur secara bersendirian. Ini supaya tidak membuka aib orang yang di tegur.
  • Niatkanlah kritikan tersebut kerana Allah tanpa disertai niat untuk memalukan orang yang di tegur.
  • Kritikan yang di lontarkan sepatutnya jujur dan telus dari hati.


Sikap yang perlu ada pada orang yang di kritik :


  • Berlapang dada.
  • Berterima kasih kepada orang yang mengkritik kerana memberitahu kelemahan diri.
  • Membetulkan jika terdapat kesalahan fakta daripada orang yang mengkritik.
  • Berusaha mengubah kea rah yang lebih baik.


Terdapat juga kesan-kesan jika seseorang itu tidak mahu dikritik. Maklum sajalah, siapa mahu dirinya dikritik kan. Antara kesan2 tersebut ialah :


  • Tidak dapat mengevaluasi diri berikutan hanya syok sendiri dalam menilai diri.
  • Pasti tidak akan Berjaya menggapai kejayaan yang hakiki.
  • Menjadi orang yang ego dan sombong.
  • Pemikiran stereotype.
  • Tidak akan tahu kelemahan diri.


Akhir kalam, lebih baik musuh yang memberitahu secara telus dan jujur kelemahan diri daripada sahabat yang berdiam diri daripada bercakap benar. Makanya, mari menjadi orang yang berlapang dada apabila menerima kritikan dan orang yang mengkritik secara bijak!


Sekian, Wassalam..


Rujukan : Menerobos sempadan diri oleh DATO’ DR. HJ. MOHD. FADZILAH KAMSAH bersama HJ. MUHAMMAD ZAKARIA & ZIZI AZLINDA MOHD. YUSOF.

Kawan yang bagaimana sih

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..


Pepatah Melayu dahulu kala ada menyebut berkawan biar seribu, bercinta biar satu, bermusuh biar takda. Eh, itu saya tambah..huhu..


Bila cakap pasal kawan ni macam2 jenis ada. Nak hurai semua pening kepala..kih3. Sepanjang saya hidup kat atas muka bumi ni ada satu kelompok kawan2 yang ciri2 nya sangat saya suka. Juga telah di sebutkan oleh Rasulullah SAW suatu ketika dulu :



“Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadam Rasulullah SAW dari Nabi SAW sabdanya: Tiada seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.”(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)-Hadith ke-13 (Hadith 40 karangan Imam Nawawi).


Bukan senang nak dapat kawan yang ada ciri2 seperti ini melainkan ia punya kecintaan pada Allah, rasul dan jihad yang tinggi serta menjaga agamanya. Untuk kita mendapat kawan seperti ini seharusnya kita yang harus memulakan ia dahulu.


Kawan yang baik pasti ia akan menjaga hak-hak sahabatnya. Orang yang faham apa yang dikehendaki islam dalam persoalan berkawan pasti akan lebih terkehadapan menunaikan hak-hak tersebut itu pun seandainya ia beramal dengan apa yang ia ketahui.


Sekian dari saya, MARI BERUKHWAH KERANA ALLAH!!!

Monday, December 20, 2010

Cuti dan kita

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..

Cuti Ipta/s kini sedang menghampiri penghujungnya. Eh, yeke? Lagi 10 hari la..huhu..lambat lagi. Namun saya sendiri sedang menghitung hari dek kerana merasa bosan berada di rumah. Tapi di mulut je, di hati nak lepak lagi lama kat rumah. Mungkin ramai adik2 yang masih bersekolah berasa bosan juga berada dirumah. Bagi sesetengah pelajar ipta/ipts cuti semester digunakan untuk mencari wang lebih untuk belanja sendiri. Saya sempat jugalah bekerja selama 2 minggu walaupun perancangan asal selama sebulan, namun ketetapan Allah mengatasi segalanya. Setelah 2 minggu terus saya pulang ke teratak bonda.


Masa banyak dihabiskan di depan laptop mengexplore pelbagai perkara berfaedah. Kadang-kadang bosan juga. Maklumlah, sakit mata nih duduk depan skrin lame2.


Sebelum cuti semester bermula, sempat saya meminjam beberapa buah buku tentang kewangan dan gelagat pengguna di perpustakaan universiti untuk bacaan sepanjang cuti. Ini satu hal yang ingin saya kongsikan kepada pembaca sekalian. Statistik menunjukkan rakyat Malaysia kini membaca 7 buah buku dalam setahun, satu peningkatan yang baik berbanding sebelum ini yang hanya 2 buah buku setahun .


Persoalannya, adakah kita termasuk dalam kelompok tersebut ? Fikir dan muhasabahlah. Kadang-kadang buku akademik memang kita malas nak usik sebab tebal sangat. Saya sendiri akui , tapi janganlah kita padamkan terus rasa hendak membaca dalam diri kerana itu antara cara yang terbaik untuk mendapatkan ilmu. Iqro’!


Cubalah cari buku-buku yang boleh dikatakan “added value” buat diri kita seperti buku islamik dan sebagainya. Saya sehingga sekarang bingung apa nilai dan aspek yang boleh di aplikasi sepanjang 3 semester belajar dalam kos ‘marketing’ yang di ambil di Universiti. Nah!, makanya perlu ada nilai tambah dengan membaca dari sumber-sumber lain untuk memantapkan diri.


Justeru, pesanan untuk diri saya sendiri dan kawan2,dikala cuti masih berbaki ini, di samping online, tidur dan makan jom kita membaca!. Jika berat maka mulalah dengan novel2 picisan dan cubalah beralih ke bahan bacaan yang membina jika rasa sudah selesa dengan tabiat membaca.


Selamat Beramal!


Sekian dari Penulis, Wassalam…

Monday, September 6, 2010

Menjawab pertanyaan..

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..


"sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." 9:111


Tulisan kali ini bagi menjawab pertanyaan seorang saudara sehidup semati iaitu http://shahniz89.blogspot.com/ berkaitan tentang entry sebelum ini. Saya ni bukanlah tahu sangat apatah lagi belum punya core bisnes lagi. Tapi kalau teori sikit-sikit tu boleh la. Kebetulan kos yang saya ambil sekarang ni ada kaitan dengan dunia perniagaan dan usahawan. Jadi teori tu ada la..




Baik, saudara http://shahniz89.blogspot.com/ minta di jelaskan lagi kaitan 7 point yang diberikan Gay Hendriks dengan usahawan. Saya cuba sebaiknya menjawab, tapi kalau masih lagi tak menepati kehendak minta maaf ya..huhu..




Gay hendriks dan kate ludman di dalam bukunya pada bab akhir merumuskan terdapat tujuh ciri yang di perlukan oleh seseorang untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka mengumpulkan tujuh ciri yang diperlukan oleh seseorang untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka mengumpulkan tujuh ciri itu selepas menghabiskan waktu selama 1000 jam mewawancara para usahawan berjaya. Tujuh ciri itu adalah seperti berikut :




1. Selalu jujur dan telus dalam memimpin perusahaan, serta jujur dan telus juga kepada pekerja dan pelanggan.




Pandangan saya : bila kita sudah menjadi usahawan ni jujur aadalah satu eleman yang sangat penting dalam berurusan. Lihat saja Rasulullah, baginda terkenal dengan kejujuran hingga menyebabkan ramai pada ketika itu memberi kepercayaan kepada baginda supaya menjaga perusahaan mereka. Nah, kredibiliti baginda terbina di situ dan ini akan membuka peluang untuk baginda meng ‘explore’ perniagaan lain atau mengembangkan perniagaan sedia ada. Nampakkan ?




2. Selalu bertanggungjawab dan mampu menjadi contoh kepada orang lain supaya orang lain bertanggungjawab.




Pandangan saya : kita ambil contoh mudah, jika buat assignment yang melibatkan perlunya kumpulan. Kalau tidak ada yang mengingatkan sentiasa tentang perkembangan atau progress assignment pasti kumpulan ni akan buat kerja last minit dan kebiasaanya kualiti persembahan kurang menyerlah. Point saya di sini adalah yang mengingatkan itulah orang yang punya sifat bertanggungjawab. Maka, dalam perniagaan lagilah perlunya sifat bertanggungjawab. Siapa lagi yang nak membawa hala tuju perniagaan kita kalau bukan diri sendiri. Perihal pengurusan kewangan, stok, dan lain-lain, jadi kita perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil berat hal-hal begini walaupun ianya perihal kecil.




Bila kita sebagai bos sudah punyai sifat tanggungjawab pasti anak-anak buah akan terikut. justeru, mari pupuk rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dulu dengan cara membaiki diri!




3. Selalu menepati janji. Komited pada janji dan melaksanakan semua perkara yang di janjikan. Sekiranya janji dan komitmen tidak dapat dilaksanakan, segera memperbaikinya.




Pandangan saya : pada saya ini antara elemen yang sangat perlu di perhatikan. Mana taknya kalau kita selalu mungkir janji dengan kawan-kawan pun mereka semacam susah dah nak percaya pada kita kan apatah lagi orang yang berurusan dengan kita atas dasar orientasi perniagaan, maka pasti kredibiliti kita akan tercalar. Silap-silap dia sudah tidak mahu berurusan dengan kita. Saya takut akan perihal ini, sebelum ni pun dah beberapa kali meleset berjanji dengan orang untuk menghantar barang. Bila kita dah berjanji maka kotakan seadanya. In case, kalau tak dapat nak tunaikan janji cepat-cepat bagi tahu dan pastikan alasan yang di berikan munasabah.




4. Jangan sekali-kali mengumpat dan mencampuri urusan orang lain. Menetapkan tekad dan menghindari permusuhan, sebaliknya menumpukan perhatian pada usaha sendiri.

Pandangan saya : dalam perniagaan ni sebaiknya kita janganlah mengata terhadap perniagaan orang lain dengan menghamburkan kata-kata –ve seperti “ ntah ape2 la dorang tu, tak reti berniaga langsung.” atau ayat-ayat yang lain sebab kadang-kadang tu rezeki masing-masing. Jadi, janganla mengumpat atau ini yang di katakan mencampuri urusan orang lain. Kalau nak bagi nasihat atau skil boleh saja tapi biar beradab dan kena pada tempatnya.




Jangan sesekali mewujudkan permusuhan dengan sesiapa bila kita berniaga. Saya pernah bersembang dengan seorang peniaga ni di tempat belajar saya. Aduh, jarang sekali saya mendapat pandangan yang baik tentang sikap orang kita. Mesti ada juga dengki, bomoh dll. Sedih tau dengan keadaan camni. Di ipoh bangsa lain dah kuasai dan mereka mewujudkan empayar perniagaan yang besar, hmm..




Kepada pembaca blog ini, mari kita ubah pemikiran yang singkat iaitu nak cepat kaya tanpa usaha yang sapatutnya. Mari kita ubah mind set ini. Lagi satu masalah orang kita, dengki je memanjang usaha taknak, pastu takleh tengok orang lain maju sikit, bomoh jalan penyelesaian..ish, tak faham betul!




Insaflah peniaga-peniaga begini, mari kita kukuhkan ekonomi umat islam dengan strategi yang di ajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w kalau kita nak berjaya. Alhamdulillah, kini kita sudah boleh dapatkan buku-buku bisnes yang bercorakkan islami yang di ambil dari kisah hidup baginda, tinggal nak beli dan baca je..saya baru-baru ni baru je beli buku islami yang bertajuk RAHSIA BISNES RASULULLAH (12 RAHSIA KEJAYAAN RASULULLAH MEMIMPIN DAN MEMBANGUN EMPAYAR BISNES YANG SENTIASA UNTUNG SEPANJANG PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN). Tak sabar nak baca kandungannya. Ayuh!!! Dapatkan di pasaran sekarang.




5. Luangkan sedikit waktu setiap hari untuk berfikir secara kreatif dan bertafakur seketika bagi menenangkan fikiran.




Pandangan saya : jika perniagaan down atau tak berapa menyerlah maka perlunya kita untuk bertafakur dan berfikir di mana silapnya dan perlunya inovasi serta kreatif, bukan dengki seperti yang saya huraikan seperti di atas. Dalam hal ini saya nak bawakan satu contoh usahawan yang kreatif. Baik, di tempat saya sebelum ni agak terkenal dengan jus buah. Apa yang saya tertarik kat sini adalah jus buah gelas besar. Awak semua bayangkan kalau ada 3 buah kedai yang juga jual jus buah tapi yang satu ni ada gelas besar. Kadang-kadang pelanggan dok sebut-sebut “ nak makan kat ne bro ?”..kadang-kadang gelas besar yang terfikir di benak fikiran mereka. “ermm, kedai jus gelas besar lah.” Ha, nampak tak, ni satu contoh kreatif. Ada juga contoh lain seperti roti canai terbang, pesanan makanan melalui sms dan sebagainya.




Justeru usahawan perlu kreatif, kalau kita takda idea pun cubalah tanya pada otai-otai yang dah lama dalam bidang usahawan. Sebaiknya, carilah mentor supaya kita boleh dapatkan nasihat untuk perniagaan kita. Tips ni saya dapat ketika pergi kursus asas keusahawanan (kaks) anjuran hepa UteM. Memang terbaik dari ladang!!!




6. Buat senarai perkara yang perlu dilakukan dan memperbaharui senarai itu setiap hari. Menyediakan diri bagi melakukan semua pekerjaan dan mendahulukan kerja yang lebih penting.




Pandangan saya : benda ni dalam lapangan apa pun kita patut buat. Menyenaraikan perkara yang perlu di buat mengikut prioriti. Sebagai seorang usahawan tentu saja perkara ini penting. Setiap transaksi saja perlukan catatan, apatah lagi temu janji. Sebelum kita terlupa atau terlewat maka segeralah mencatat perkara-perkara penting sebelum kita terlepas daripada mendapat apa yang sepatutnya contohnya projek atau tender dan sebagainya.




7. Luangkan masa bertemu dengan orang-orang yang ingin meluahkan perasaan tidak puas hati mereka. Berikan perhatian kepada keluhan mereka.




Pandangan saya : mula-mula tak terfikir juga apa point yang nak di sampaikan..pastu fikir punya fikir ada pun ilham. Dalam perniagaan ni bak kata pepatah langit tidak selalunya cerah, mungkin hari ni nasib kita baik, tapi esok belum tentu. Jadi, kadang-kadang ada rakan niaga kita yang mengalami kesusahan dek kerana bisnes mereka. Pointnya kat sini, kitalah antara orang-orang di sekeliling mereka yang boleh support. Mungkin nak support dari sudut kewangan kita pun tak mampu. Nah, hadirkan diri kita di depan mereka dengan mendengar segala luahan isi hati mereka. Sebolehnya jadi pendengar yang baik dan berikan komentar yang membina jiwa dan semangat mereka kembali. Saat ini, orang di sekeliling lah yang boleh memberi semangat selain yang utama dan pertama tu mestilah bertemu dengan Allah terlebih dahulu.




InsyaAllah, kalau hari ni kita dengar luahan orang dan cuba sedaya upaya membantu, nanti lain masa ada juga orang akan dengar luahan kita saat memerlukan. WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK!




Sekian ini merupakan pandangan saya terhadap 7 point yang di kemukakan oleh Gay Hendriks hasil kajiannya dan rakan-rakan. Saya harap dapat diaplikasikan dalam bisnes saya suatu hari nanti. It’s hard to practical, but bothing impossible in this world. Demi islam tercinta ayuh kita bina empayar ekonomi !!!. kata-kata yang senang diungkap tapi sukar untuk di praktikkan.

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails