Thursday, November 18, 2010

Raya yang sepi?

Salam idul adha buat pembaca blog ini. Saya terasa hendak mencoret sesuatu pada hari ke-2 hari raya korban ini.



Entry kali ini merupakan kisah saya sendiri, orang kata curahan hati (curhat)..hehe..kalau siapa2 nak baca silakan, kalau taknak nantikan entry seterusnya..ok! selamat membaca..



Di Taman Tasik Utama, Ayer Yeroh Melaka kelmarin telah menyaksikan 16 ekor lembu di korbankan, banyak sungguh lembu yang di korbankan semalam. Maklumlah, jarang dengar di kebanyakan tempat membuat korban binatang sehingga berbelas ekor. Ini yang dikatakan rezeki..huhu..



Pun begitu saya dan teman-teman punya aktiviti sendiri untuk di isi pada hari raya pertama, selepas solat sunat idul adha kami telah di jemput ke rumah seorang kariah surau bertam perdana bernama pakcik Berahim, beliau memang baik dengan saya dan teman-teman sekuliyah. Kami sahaja yang diundang bersama dengan seorang lagi kariah dan seorang ustaz. Setelah bertakbir dan bacaan doa selamat kami telah dihidangkan dengan nasi impit, kek lapis(ni yang sedap), kari ayam dan beberapa menu lain. Memandangkan perut yang lapar sejak semalam terus di terkam makanan yang ada di depan mata.huhu..


Setelah kenyang dengan hidangan yang menyelerakan, kami berborak-borak sambil menunggu makanan hadam dan bergabung dengan asid-asid dalam perut, seperti biasa dalam berborak pasti ada gurauan yang mencuit, hilai tawa kami menghadirkan suasana yang meriah dalam rumah pakcik Berahim. Masing-masing cuba menghiburkan diri untuk menghilangkan sedikit kerinduan terhadap keluarga tercinta di kampung. Saya pula masuk tahun ke-2 beraya tanpa keluarga pada hari raya korban.sob3.. Pun begitu kerinduan sedikit terubat apabila menelefon keluarga. Saya percaya teman-teman lain juga sudah menelefon keluarga di kampung halaman.


Setelah beberapa ketika kami pun meminta izin untuk pulang dari pakcik Berahim, memandangkan masing-masing sudah kenyang dan perlu rehat (bajet je) untuk aktiviti seterusnya.



Belum pun kami keluar dari rumah, pakcik sekali lagi mengajak makan di kampungnya pula. Fuh!!!, setelah mendengar jemputan itu, masing-masing kelihatan gembira..huhu..memang rezeki kami lah pada hari itu.



Pada sebelah tengah hari kami pun pergi memenuhi jemputan pakcik Berahim memandangkan berkali-kali mendapat panggilan telefon supaya segera datang kerana Pak Imam sudah disana bagi mengetuai takbir dan bacaan doa.



Setelah sekali lagi kenyang dengan makanan kami pun beransur, apa yang mengejutkan (pura-pura terkejut je..hehe..) setiap kami mendapat duit raya..huhu..dah besar panjang pun dapat duit raya, ish3..



Kami punya perancangan ke Jasin selepas makan tengah hari. Meskipun langit nampak mendung menandakan hujan mau turun, kami seolah-olah tidak mengendahkan kehadirannya kerna masing-masing sudah tidak sabar untuk mandi di asahan.huhu..selain ke asahan kami juga ingin ke rumah teman sekelas yang juga tinggal di Jasin yang tidak jauh dari asahan.


Setelah 30 minit berlalu, masing-masing dengan motor sendiri, ada juga yang membonceng teman-teman yang lain, kami meneruskan perjalanan, tiba-tiba hujan turun..huhu..berhenti seketika menanti hujan reda. Setelah 10 minit berlalu hujan agak reda sedikit. Kami masing-masing tekad untuk meneruskan perjalanan, tidak ada kata 'tidak' untuk meneruskan perjalanan.



Setelah 15 minit perjalanan, tiba-tiba hujan mula lebat, dan terus lebat hinggakan kami tercari-cari port terbaik untuk berhenti. Kebetulan ketika hujan kami lalu pada jalan yang sedang dalam pembaikan, maka tiada tempat berteduh yang dapat berlindung. Kami meneruskan juga perjalanan walaupun masing-masing sudah basah kuyup..huhu..akhirnya kerana tidak tahan dengan kesejukan air hujan yang pastinya meresap ke liang roma paling dalam kami pun berhenti dan kebetulan ternampak masjid yang berdekatan. kami pun menyinggah untuk berteduh sambil-sambil berehat menukar pakaian. Setelah solat zohor secara berjemaah yang di imamkan penduduk tempatan kami masing-masing mencari port untuk tidur..huhu..saya lena di buai mimpi hinggalah teman mengejutkan untuk pulang.



Travel ke Jasin terpaksa di batalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Arghh!!! agak frust di situ..



Apepun keselamatan itu lebih penting, "ingatlah orang yang tersayang.". Saya tak nikah lagi..hehe..



Sebaik saja pulang ke rumah takda tempat yang terbaik hendak di tuju melainkan katil..huhu..Apabila tiba waktu asar mata ni memang susah nak di buka, tiba-tiba datang seorang teman ke bilik saya untuk di ajak ke surau. Nasib baik la ada teman macam ni kalau tak terkorban juga asar secara berjemaah.huhu..



Selepas mengimamkan solat serta takbir membesarkan kebesaran Allah, ada seorang hamba Allah ni menjemput jemaah surau untuk makan ke rumahnya sempena anak buahnya yang mendapat 5A dalam UPSR. Saya dengan kepenatan yang belum sirna mengikut saje 2 orang teman ke rumah abang itu.



Dari jauh lagi saya dah nampak orang bakar sate, fuh!!! memang terbaiklah..hoho..memang hari pertama raya rezeki melimpah ruah. Makan tak henti-henti..




huhu..menyelerekan..

Sebelah siang memang seronok, rezeki melimpah ruah. Ha..masuk je waktu maghrib datangla demam, seleseme dan batuk..huhu..memang nasib badan la..Bermula dari malam raya pertama saya sakit sehingga hari ke tiga aidil adha. Alhamdulillah, ada kawan yang baik menjaga saya. Sungguh terharu rasa hati, terubat rindu kat mak. Biasanya kalau demam mak la tempat mengadu, minta je nak makan apa mesti mak masakkan..sob3..sedih pulak..huhu..mak, nanti along balik ye, doakan along berjaya dunia, akhirat dan mendapat isteri yang solehah..hihi..mesti kena highlightkan juga..




Membesarkan Allah..



Pada hari ke-2 raya saya seperti biasa pada malam hari akan membuka laman sosial yang paling popular kini iaitu facebook. Terbaca satu status yang berbunyi "tgh on9, tetibe dgr takbir raya, baru sedar hari ni baru raye ke-2..sikit pon xde suasane raya..sob3.."



Rasanya betul juga luahan dia kat status tu, tidak seperti raya aidilfitri. Macam mana pendek cuti pun pasti akan balik merayakan bersama keluarga. Raya haji sunyi, tiada jualan murah, tiada kuih raya yang berlambak-lambak, lemang pun jarang dijumpai jika berkunjung ke rumah jiran dan sedara-mara, tiada rancangan khas di televisyen, tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan syawal dengan pelita dan sebagainya.



Apa yang sayup-sayup terdengar adalah laungan takbir membesarkan Allah, laungan takbir kedengaran di menara-menara masjid, surau dan di sesetengah rumah.



Tidak timbulkah persoalan, bukankah ini suatu kelebihan ?



Suatu nikmat pada yang tiada. Aidil adha tanpa jualan murah, pesta dan hiburan. Hanya takbir di hening dhuha dan kebersamaan jiran tetangga melapah daging. Hakikatnya, itulah makna hari raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala dan bukan hari melakar dosa.



Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil adha masih terpelihara daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.



Sekian sahaja untuk kali ini, semoga ada perkara yang boleh diambil pengajaran..Wassalam..

Monday, November 15, 2010

Subuh gajah?

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..







Salam ukhwah buat para pembaca yang saya kasihi sekalian, rasanya sudah hampir 2 bulan saya tidak menulis entry baru. Rasanya kalau rumah tidak di kemas dalam tempoh sebulan sudah pasti berhabuk dan bersawang. begitu jugalah dengan blog notalelaki ni.




Saya tidak punya mood yang baik untuk menulis dalam beberapa ketika berikutan masalah iman yang 'down' dan beberapa faktor lain juga. Pada post kali ini sengaja saya bawakan topik subuh gajah kerana melihat kepada masalah susahnya saya sendiri sejak akhir-akhir ini berjaga awal pada waktu fajar untuk mendirikan solat fardhu subuh secara berjemaah. Oh! terdapat beberapa untaian hadith yang mencemaskan saya bila dibaca. Tidak lain hadith berkaitan solat subuh secara berjemaah yang pastinya perlu dilaksanakan di surau atau masjid. Bukan mudah nak dapat solat kat surau atau masjid di pagi hari, ditambah pula dengan paper exam esoknya hingga memaksa untuk tidur lewat. fuh!!! memang berat sungguh.




"Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya' dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupun dalam keadaan merangkak." (Hadith riwayat bukhari dan muslim)




Jika di lihat pada hadith ini bukankah suatu ancaman jika kita berat dalam erti kata melewatkan solat subuh dan yang pasti akan mendapat 'title' munafik. Fuh, neraka paling bawah kalau munafik ini.Tak takut ke?




Saya tak bercadang untuk mengulas panjang tentang ini, secara praktikal apa yang saya lakukan untuk jaga kembali solat subuh di awal waktu dan yang terbaik itu mestilah secara berjemaah maka saya tidur di rumah seorang teman yang menjaga solat subuhnya secara berjamaah. Alhamdulillah, kerana Allah mengurniakan saya seorang teman sepertinya. Kami berukhwah kerana Allah, insyaAllah..




Sekian untuk warkahku kali ini..insyaAllah cube men'update' sekerap mungkin selepas ini..wassalam..

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails