Tuesday, July 13, 2010

Kerisauan seorang mujahid..

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum...






Salam ukhwah buat pembaca yang sudi menjengah ke blog saya ini. Terasa seperti sudah lama tak menulis. Maklumlah, saya baru saja masuk semula ke ipt. Agak sibuk menguruskan keperluan untuk mendaftar dan pelbagai lagi.



Bermula dari hari pendaftaran hati dan fikiran saya mula memainkan peranannya. Hati ini gusar apabila memikirkan dosa-dosa lalu yang mungkin menghambat gerak kerja dakwah. Ini kerana keberkahan sangat penting dalam dakwah. Lihat saja hasil kerja dakwah hassan al-banna serta pendokong ikhwanul muslimin yang kesan dakwahnya terasa hingga sekarang. Kebanyakan gerakan dakwah di Malaysia klim mengambil manhaj ikhwan sebagai cara mereka bergerak.




Di sebalik kegusaran itu saya rasa sangat bersyukur kepada Allah swt kerana masih lagi membuat hati ini kuat untuk berada di jalan dakwah. Masa depan di jalan ini agak sedikit kabur kerana perancangan menaiki ‘kapal’ baru masih di peringkat perbincangan qiyadah. Saya mengharapkan proses ini dapat berjalan seperti yang di rancang.




Alhamdulillah, beberapa gerakan islam sudah mula menjalankan gerak kerja masing-masing. Saya ada di jemput oleh seorang pensyarah untuk ke program rehlah yang objektifnya memang tepat pada masanya iaitu memperbaharui komitmen dakwah. Asalnya memang nak pergi tapi ada halangan pula ketika itu.




Setakat ini saya tidak nampak lagi reaksi atau perihal yang kurang sopan dengan memburuk-burukkan sesama gerakan kepada mad’u, tidak seperti di salah satu universiti swasta di Malaysia ni. Kesian saya lihat ikhwah-ikhwah yang sanggup bekerja bersungguh-sungguh tetapi di halang dakwah mereka. Saya di sini tenang je dari semua itu, yang ada cuma perebutan mad’u, biasalah tu siapa yang kuat bekerja maka dia lah yang dapat.




Ini yang di katakan fastabiqulkhairat seperti yang di firmankan Allah swt “Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Maha kuasa atas segala sesuatu.” (2:148)

Makanya itu yang menjadi salah satu pemangkin kepada setiap gerakan untuk terus bersemangat dalam mentajmi’(menarik) mad’u. Dr. Yusuf al-Qordhowi menulis dalam mukadimah bukunya fiqh ikhtilaf lebih kurang begini bunyinya “Saya tidak pernah bermimpi bahawa satu jamaah sahaja yang menggerakkan dakwah.” Lebih kurang beginilah bunyinya, saya pinjam dari seorang ikhwah je buku ni, tak dapat nak amik teks ayat yang tepat. Hanya ingat-ingat gitu ja. Minta pembaca tabayyun (cek) balik kata-kata ini.




Justeru buat aktivis daripada pelbagai gerakan di muka bumi Allah swt ini mari kita menjalankan kerja-kerja mulia ini tanpa pergeseran yang sifatnya sepele(remeh) kerana mad’u pasti akan hilang tsiqoh(kepercayaan) dan yang paling kita tak mahu mereka langsung tinggalkan dakwah.



Maka, janganlah kita lakukan itu jika sayangkan Allah, rasul dan jihad.



Mari berdakwah !!!

Friday, July 9, 2010

Aku suka ESQ





Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum...



Salam ukhwah buat pembaca yang di kasihi sekalian. Jangan terkejut dengan tajuk entry ini, saya percaya isu ini menjadi sedikit kontrovesi dikalangan masyarakat kita sekarang dek kerana fatwa pengharaman ESQ yang dikeluarkan mufti wilayah persekutuan iaitu Datuk Wan Zahidi Wan Teh.




Saya tak pernah mengikuti program ESQ yang di anjurkan mereka, tapi tahulah ESQ tu apa. Lebih kurang cam slot muhasabah yang memberi keinsafan la. Memang saya akui sendiri slot seperti ini memberi kesan mendalam kepada jiwa, ia juga tergantung kepada pengisi atau trainer itu sendiri. Mereka yang punya kekuatan ruhiyah serta di tambah pula dengan kemahiran psikologi yang tinggi sahaja mampu untuk menyentuh jiwa-jiwa manusia (Hidayah unsur pertama).



Saya sendiri jika ada slot muhasabah pasti akan cuba untuk menangis kerana elemen didalamnya yang memberi keinsafan. Dalam berdakwah ni ada pelbagai cara. Tak kan kita nak tolak method dakwah seperti ini jika ia memberi keinsafan dan kesedaran. Walhal di luar sana method dakyah puak yahudi dan nasrani semakin di pelbagaikan. Ada saja idea hiburan yang di jelmakan. Tidak risaukah kita ? Jika di lihat testimoni mereka yang pernah mengikuti program ini pasti kita temui terlalu banyak perkara positif
Kita sepatutnya lebih kreatif dalam berdakwah asalkan matlamat tidak menghalalkan cara sudah !



Menurut Ustaz Zaharuddin, “Sebelum saya mengulas, terlebih dahulu ingin saya nyatakan secara umum, kalaupun kandungan kursus ESQ tidak mempunyai sebarang kesilapan dari sudut Aqidah yang jelas, seluruh kursus ESQ ini AKAN TETAP DITOLAK oleh individu dan kumpulan yang mengikuti manhaj SALAF.



Ini kerana mereka TIDAK menerima konsep keharusan ijtihad dalam bab ibadah khusus (ta'abuddi) sama ada cara atau pendekatan tambahan, malah berzikir menggunakan biji tasbih turut tidak diterima oleh majoriti individu dari aliran ini, apatah lagi sebuah majlis seperti ESQ yang menggunakan pendekatan zikir yang lebih jauh dan pelbagai dari biji tasbih. Kesimpulannya, mana-mana individu yang kukuh dan utuh berpegang kepada aliran pendapat sebegini (khususnya dari kalangan yang dianggap ekstrem, keras serta tegas), kursus ESQ sememangnya TIDAK SESUAI atau boleh dikatakan sekitar 60 % pendekatan dan inti kursus akan diputuskan tidak menepati Syariah jika dinilai dari neraca dan pertimbangan aliran yang digelar salafi.



Pembaca tidak perlu merasa marah atau pelik dengan keadaan itu, ini adalah kerana mereka mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ibadah khusus dan teknik pelaksanaannya, malah kebanyakkan pegangan dan pendapat mereka sudah dari awal tidak selari dengan pendekatan dan majoriti kandungan kursus ESQ, justeru terlalu banyak dari pendekatan ESQ yang akan secara automatis tergolong dalam rekaan bentuk dan pendekatan baru bagi ibadah khusus, seperti zikir dalam suasana baru, teknik baru, tafsiran dan huraian baru dan macam-macam lagi.



Namun begitu, menurut pengamatan saya. Aliran Salaf di Malaysia boleh dibahagikan secara umumnya kepada tiga jenis, Pertama : Yang ekstrem lagi keras dan tegas. Kedua : Yang Sederhana (moderate), Ketiga : Yang lebih lembut dan toleran (Mild). Penolakan total ESQ yang saya maksudkan di atas pastinya dari kumpulan jenis pertama, manakala Salafi dari kumpulan kedua dan ketiga, banyak bergantung kepada perincian, perubahan dan perbincangan. Ada yang menolak dan ada yang boleh menerima. Justeru, bukan semua salafi akan menolak ESQ secara total.



Kesannya, perbincangan samada pendekatan dan kandungan kursus ESQ benar atau salah, tepat atau seleweng, hanya relevan bagi individu dan kumpulan yang berpegang kepada manhaj KHALAF, ahli takwil dan kumpulan sufi. Ini merupakan pegangan majoriti ahli agama dan awam di Malaysia.



Namun demikian, tidak ramai orang awam yang faham tentang kewujudan dua aliran kefahaman utama di kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Cuma jangan dipelikkan kerana ia perkara biasa malah turut wujud dengan luasnya di seluruh dunia umat Islam.”



Saya rasa antum pun faham dengan penjelasan Ustaz Zaharuddin ni. Setiap acara atau program pasti tak boleh lari dari kesilapan. Begitu juga ESQ, namun ruang pembaikan terbuka luas. Tak perlu untuk kita terus menghukum siapa salah, siapa benar, siapa sesat dan pelbagai lagi kenyataan untuk terus menghukum. Saya sertakan ustaz Zaharuddin untuk penjelasan yang lebih mendalam dan fatwa pengharaman mufti.



Selamat membaca..
http://www.zaharuddin.net/content/view/828/89/ & http://beliamuda.com/2010/07/fatwa-pengharaman-esq-oleh-mufti-wilayah-persekutuan/

Thursday, July 8, 2010

Buku terkini

Assalamualaikum buat teman-teman sefikrah. Tempahan buku-buku Indonesia dibuka sekarang. Selepas anda melihat katalog-katalog ini di bawah sekali saya ada sediakan bahagian cara-cara untuk membuat tempahan..Selamat melihat katalog, membeli dan membaca...Sila klik 2 kali untuk melihat tajuk buku dengan lebih jelas..Syukran..


Penerbitan Uswah

Penerbitan ProYou

Penerbitan Pro-You Media

Penerbitan Pro-You Media

Penerbitan Pro-You Media

Lain-lain penerbitan

Penerbitan al'tishom

Penerbitan al'tishom

Penerbitan Eraintermedia

Penerbitan Eraintermedia

Penerbitan Eraintermedia

Assalamulaikum..




1. Anda juga boleh melawat hanzalahquran.blogspot.com untuk melihat judul buku beserta sinopsis.




2. Tempahan dibuka dari SEKARANG sehingga 24/7/2010. Tempahan boleh di buat secara offline dan online. Offline jika anda tinggal berdekatan Ayer Keroh, Melaka. Boleh hubungi saya terus di 0135943359 (Izzat) untuk proses pembelian. Prosedur pembelian :




· Bayar deposit 50% daripada harga buku kepada penjual (agen).



· Isi borang pembelian yang disediakan oleh agen.



· InsyaAllah, tempahan akan di proses dan akan dihantar dalam julat masa yang telah ditentukan. Cth: penghantaran pertama 28/7/2010 sehingga 5/8/2010



· Setelah mendapat buku, pembeli perlu membayar baki harga buku kepada agen.



3. Online boleh di buat dengan mengisi borang yang disediakan di bawah.




4. Jika berminat menjadi agen sila hubungi : Izzat Zainal - 013-5943359 (Pelajar UTeM)












Name:




Email Address:




Nombor Telefon




Ipta




Judul buku, kod buku, Deposit




Alamat Kiriman




Cara Pembayaran

Bank Islam

Bank Simpanan Nasional (BSN)

CIMB Bank



Bukti Pembayaran









This form powered by Freedback

Wednesday, July 7, 2010

Pesanan buat junior...

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..




Salam ukhwah buat para pembaca sekalian. Puji dan syukur di panjatkan kepada Allah swt kerana masih lagi memberi kita kekuatan untuk membaca bahan-bahan yang berfaedah.




Pada entry kali ini saya mahu berpesan beberapa perkara kepada adik-adik junior yang telah pun mendaftar di ipta masing-masing. Pertama sekali ahlan wasahlan buat kalian dan tahniah kerana berjaya menempatkan diri di ipta/ipts.




Kalian sudah melepasi peringkat matrikulasi dengan jayanya walaupun mungkin ada yang down kerana dapat kos yang tidak minat atau bukan pilihan.




Alam matrikulasi boleh dikatakan juga separa ipt kerana mereka yang menjejak ke matrikulasi seolah-olahnya sebelah kaki dah masuk ipt.




Kehidupan di ipt sudah sedikit bebas jika nak dibanding dengan sekolah. Pelajar yang dulunya tidak pernah ‘lihat’ perempuan akan cuba-cuba untuk memandang. Maklumlah sekolah agama la katakan, ustaz nampak kang kena rotan. Saya kadang-kadang terperanjat juga bila melihat bekas smka bercouple, merokok, berseluar pendek dan pelbagai lagi kerana hal seperti ini tak sepatutnya berlaku.




Rupanya ada faktor mengapa mereka jadi begitu.




Kembali pada pelajar yang baru masuk ke ipt, saya ingin berpesan beberapa perkara buat kalian tanda kasih dan sayang sebagai seorang islam.




“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”(49:10)




Baik,




1. Jika di matrikulasi dulu kita dapat menjaga pergaulan dan tak mahu bercouple kerana kalau berdating kena tangkap dengan pak guard.




2. Jika di matrikulasi dulu kita tak bermain game kerana sibuk dengan tutorial dan sebagainya.




3. Jika di matrikulasi dulu kita tak keluar malam untuk lepak-lepak kerana tak dapat keluar ‘outing’ pada malam hari.




4. Jika di matrikulasi dulu kita jenis yang menjaga solat jemaah kerana ramai kawan-kawan yang mengingatkan. Maklumlah bukannya besar sangat matrikulasi ni.




5. Jika di matrikulasi dulu kita seorang yang sukakan program-program agama. Bila ada kuliyah di masjid kita selalu pergi.




Itu semua mungkin kita dapat buat di matrikulasi kerana sebab-sebab yang saya nyatakan tadi.

Tapi bila dah masuk ipt




1. Bagi lelaki keinginan mencari teman hidup seawal usia sangat tinggi kerana jika disekolah dan matrikulasi jumlah pelajarnya yang terhad serta tidaklah terlalu ramai. Di ipt ni kita akan berjumpa dengan pelbagai watak, wajah dan sikap yang mungkin sedikit waktu disekolah dulu.




Saat itu pasti teruji dengan godaan sang perempuan yang boleh menjelma dalam pelbagai watak. Perlu saya tekankan di sini soal perempuan kerana



“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.” (3:14)




Jadi, berjaga-jagalah kalian. Pesanan ini dari saya yang pernah terjerat dengan perangkap syaitan. Jika perempuan pasti lelaki adalah ujian baginya.




“(setan itu) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal setan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka.” (4:120)




Ia (iblis) berkata, “Tuhanku, oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (15:39)



Peliharalah diri sebaiknya dari godaan ini. Ia bisa membuatkan kerja jadi terbantut, cinta kepada Allah pasti ternoda dengan maksiat ini. Maka urgensi untuk menjaga hati sangat di tuntut pada fasa ini.




2. Di matrikulasi mungkin dah ramai yang terjebak dengan gejala game, namun saya percaya ia masih di tahap minimun memandangkan jadual kelas yang padat serta tutorial yang pasti perlu disiapkan segera.




Jika di ipt ni kadang-kadang masa terluang sangat banyak sehinggakan tidak tahu nak buat apa. Ini yang menjadikan suasana bosan dan menuntut pelajar mencari sesuatu bagi tujuan menghilangkan kebosanan itu. Nah, itu jam kalau dapat kawan sebilik yang kaki game memang parah.



Ia akan bertambah parah kalau tak dibendung dari awal. Saya pernah berjumpa dengan mereka yang satu hari bermain game kerana tidak tahu nak buat apa.



3. Di ipt juga pelajar bebas untuk keluar dan masuk. Walaupun tidaklah semua ipt membenarkan pelajarnya keluar masuk lewat malam. Tapi pelajar ni akalnya panjang, ada saja tempat untuk melepak di luar sehingga pagi. Di tempat saya sendiri senang je nak keluar malam.



Kalau dimatrikulasi dulu saya percaya ramai nak fly keluar tapi masih takut-takut kerana mungkin kedudukan yang terperosok jauh ke dalam hutan sehingga sukar untuk keluar pekan.



Sekali lagi di ipt memang bebas untuk keluar masuk ke bandar. Dari sini budaya clubbing, karoke dan pelbagai unsur hedonisme akan menular dengan pantas hingga seolah-olah tidak dapat di rawat lagi.



Kawan merupakan faktor yang menyumbang kepada gejala ini. Berhati-hatilah memilih kawan !



4. Pengalaman saya di matrikulasi dulu kebanyakan pelajar mesti hadir ke masjid paling minima satu waktu walaupun ada juga yang ketegaq tak nak pergi. Ini kerana suasana tu ada dek kerana malas untuk balik ke bilik waktu rehat jam 1 – 2 pm kerana kompem tidur dan susah nak bangun.



Tapi bila di ipt ni kadang-kadang solat di rumah pun tidak apatah lagi nak berjemaah. Saya melihat karenah rakan-rakan membuatkan hati sedih sekali, mana taknya jangankan subuh gajah solat pun boleh tinggal-tinggal.



Itu hal yang sangat parah sebenarnya kerana mana mungkin seorang itu di gelar muslim yang baik kalau tidak jaga solatnya.



5. Sekali lagi jika di matrikulasi masih ada kuliyah agama yang wajib dihadiri, kalau tak pun di masjid setiap minggu pasti ada kuliyah anjuran ustaz. Jaraknya pun tidak terlalu jauh dan boleh berjalan kaki saja.



Namun, apabila di ipt ni kekangan untuk ke kuliyah agama memang banyak. Antaranya kedudukan kolej kediaman yang agak jauh daripada masjid setempat. Di surau kolej jarang terdapat kuliyah agama anjuran ustaz. Tapi tidak semua tempat begitu. Masih ada surau-surau kolej aktif dengan majlis ilmu.



Terkini kita di kejutkan dengan kenyataan dari pihak mana entah tentang isu Jemaah Islamiyah. Saya pun tak paham dengan orang yang membawa isu ni.




Yang pasti ini datang selepas isu kepulangan wira kita yang ikut serta dalam konvoi menghantar bantuan ke palestin tempoh hari.



Selepas kepulangan mereka ini terus bangkit isu JI. Ini kerana rakyat Malaysia seperti terjaga dengan isu ini hingga menyebabkan kutipan infak meningkat secara mendadak. Bermakna semangat jihad dikalangan rakyat sedang menaik dan isu ini berfungsi untuk menjatuhkan semangat jihad ini.



Makanya, yang menjadi mangsa adalah aktivitis dakwah itu sendiri. Baru-baru ini yang dituduh bukan calang-calang orang. Dr. Asri, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Dr. Juanda. Tambahan pula di khabarkan proses rekruit dilakukan di ipt. Fuh, lagi la budak-budak tak nak ikut majlis ilmu. Ini semua agenda tersembunyi yang wajib kita perhatikan secara serius. Cuba kita bayangkan kalau pelajar sudah takut untuk ke majlis ilmu kerana isu ini di tambah pula masalah mereka sendiri yang malas hendak ke masjid pasti bahana besar bakal melanda negara.



Mana taknya kalau dah tak menuntut ilmu islam pasti lahirnya generasi jahil dan maksiat akan terus berleluasa, akhirnya hanya menanti azab dari Allah swt. Aduh, takut sekali kalau tsunami datang lagi. Bukan mereka yang bermaksiat saja yang kena mereka yang ada ilmu tetapi tak mahu berdakwah pun turut terkena. Nauzubillah..



Perkara-perkara di atas pasti akan berlaku pada mereka yang masuk ipt. Saya tak sapu bersih semua tapi mungkin satu, dua kena pada kita. Saya sendiri pernah merasainya dan tulisan ini untuk kita saling mengingatkan.




“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang beriman.” (51:55)




Jadi apakah solusi terbaik ?




Di sini saya ingin berpesan satu pesanan yang sangat penting buat kalian yang dikasihi kerana Allah swt.




1. Carilah wasilah-wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengikut mana-mana usrah yang ada di ipt masing-masing. Jangan takut dengan ancaman-ancaman yang bersifat duniawi seperti “ Ko ni student lagi, janganlah aktif sangat dengan dakwah-dakwah ni, fokus belajar dulu. Dah kerja nanti boleh la.”



Ni kenyataan paling biasa kita dengar. Orang yang mentaliti islam secara suku-suku je berfikir begini. Ops, kasar pulak bahasa saya.huhu.. percayalah alam pekerjaan cabaran akan lagi besar dan pasti tiada masa untuk menelaah bahan-bahan islami di tambah dengan anak-anak lagi.



Namun tak dinafikan ada juga aktivis yang kecundang dalam stadi di medan dakwah. Boleh saja itu ujian dari Allah untuknya. Apa pun mereka dah membantu agama Allah, kita yang mengikuti mereka harus mengambil pengajaran. Yang penting adalah diri kita sendiri bagaimana nak menentukannya.



Sekali lagi !!!. carilah usrah di ipt anda.



2. Peruntukkan masa membaca bahan-bahan islami, tambahkan tsaqofah islam dalam diri kita.




3. Hadiri majlis-majlis ilmu anjuran surau dan masjid.




4. Carilah kawan yang punya semangat dan pendirian untuk beramal dengan islam. Merekalah antara insan yang bisa membantu kita menaikkan iman kita ketika down. Terus terang saya katakan jika tidak ada insan yang bergelar ‘ikhwah’ di sisi pasti saya hanyut di landa badai dunia. Syukur pada Allah .....




Saya rasa cukup untuk setakat ini penulisan saya, jika saudara/i pembaca rasa terdapat perkara yang perlu di tambah sila berikan di ruang komen. Masukkan yang membina sangat di perlukan bagi membantu menyelesaikan penyakit yang membarah dalam masyarakat kita dan dunia islam amnya. Wallahualam..

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails