Monday, May 31, 2010

Sebab-Sebab Jahiliyah...(1)

Pada entry kali ini aku ingin menulis tentang satu bahan yang pernah aku dapat ketika halaqah suautu ketika dahulu.

Aku merasakan bahawa kekuatan untuk bermujahadah semakin longgar dan ini merupakan suatu penyakit yang perlu aku ubati segera.

Keikhlasan perlu dinilai semula supaya ini akan menjadi turning point untuk aku terus bertahan daripada futur yang digemari sang syaitan laknatullah.

..................................................................................................

Pada awal pembukaan murobbiku menceritakan kepentingan syukur dengan segala nikmat Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Mulk(67) ayat ke-23 katakanlah, “Dia-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.”

Mari kita merenung ikhwah dan akhwat sekalian apa-apa yang Allah s.w.t. berikan kepada kita akan ditanyakan kelak diakhirat. Hati kita pula, dimanakah letaknya kecintaan Allah s.w.t. Terasa tersentuh jiwa dan raga pabila mendengar huraian tersebut.

Betapa masih lemah lagi maratib (tingkatan) iman terhadap Allah s.w.t.

Dalam Tafsir Fizhilalil Quran Syed Quthb menggambarkan kehebatan orang yang bersyukur didalam quran bahawa malaikat yang memberi pahala tidak tahu untuk meletak banyak mana kiraan pahala, tetapi Allah minta supaya diletakkan saja syukur dan dia akan bagi ganjaran. (maaf kerana tidak memberi dalil yang jelas disini. Akan diusahakan mencari)

Subhanallah, sungguh besar ganjaran manusia yang bersyukur dengan nikmat yang mereka dapat.

Dalam surah Ibrahim(14) ayat 7 Dan (Ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”

Tetapi itulah manusia apabila mengejar dunia hingga melupakan orientasi akhirat maka sering saja tidak bersyukur. Nauzubillahiminzalik..

Justeru, inilah yang membuatkan aku berfikir bahawa wajib untuk mensyukuri nikmat tarbiyah yang ternyata sangat mahal ini. Moga dengan syukurku ini Allah akan menambahkan lagi nikmat-Nya supaya makin manis berada dijalan dakwah. Bersambung.....

Salah Faham Terhadap Puak Wahabi...(3)

Salah Faham Ketiga : Wahabi dan Peperangan.

Beberapa orang pernah menyatakan kepada saya bahawa syaikh mereka memiliki bukti yang lengkap dengan sanad bahawa gerakan Wahabi melakukan peperangan dan pembunuhan beramai-ramai di semenanjung Tanah Arab semata-mata untuk mengembangkan ajaran mereka.

Tuduhan ini tidak perlu diberi perhatian kerana sanad tersebut, jika ia benar wujud, tidak memiliki apa-apa nilai. Ini kerana orang yang duduk dirantaian sanad tersebut, biografi mereka tidak tercatat dalam mana-mana kitab al-Jarh wa al-Ta’dil.

Sekadar mengetahui nama dan status mereka sebagai “orang agama” adalah tidak memadai. Dalam ilmu hadis, mereka termasuk dalam kategori para perawi yang majhul, maka dengan sanad tersebut adalah dha’if. Sanad sebegini tidak boleh dijadikan hujah dalam membuat tuduhan atau menjadi bukti dalam kes jenayah.

Adapun peperangan yang berlaku di Semenanjung Arab, kedua-dua sumber sejarah Saada mencatatkannya. Sumber yang berpihak kepada dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab.

Salam Faham Keempat : Wahabi dam Tuhan.

Fahaman Wahabi sering dikaitkan dengan kepercayaan kononya Tuhan memiliki jasmani dan anggota.

Ini berlaku kerana fahaman Wahabi yang enggan mentakwilkan sifat-sifat Allah seperti tangan, muka dan kaki yang tertera dalan al-Quran dan al-Sunnah yang sahihi.

Ini jelas adalah satu salah faham kerana fahaman wahabi beriman kepada sifat-sifat Allah serta memahami maksudnya manakala bentuk atau tatacara sifat itu diserahkan kepada Allah, tanpa sebarang penyerupaan dengan mana-mana sifat makhluk-Nya.

Ini adalah juga fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah sebagaimana diterangkan oleh al-Tirmizi (279H) : “Dan sungguh telah berkata tidak seorang daripada ahli ilmu tentang hadis ini dan apa yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat tentang al-sifat dan (tentang) penurunan Rabb (Allah) Tabaraka wa Ta’ala pada setiap malam ke langit dunia. Mereka berkata riwayat seperti ini adalah benar (thabit) dan berimanlah kepada ia dan jangan dibayangkan (seperti apa) dan jangan ditanya bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat). Inilah yang telah diriwayatkan daripada Malik bin Anas dan sufyan bin ‘Uyaynah dan ‘Abdullah bin Mubarak, sesungguhnya mereka telah berkata tentang hadis-hadis seperti ini (yang berkaitan nas-nas al-sifat) : Terimalah ia (berimanlah kepadanya) tanpa mempersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifat). Dan demikianlah juga pendapat ahli ilnu Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

Manakala golonganal-Jahmiyyah mereka mengingkari riwayat-riwayat seperti ini (nas-nas al-Sifat) sambil berkata ini adalah tasybih (penyerupaan dengan makhluk). Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla telah menyebut hal ini tidak sekali dalam kitab-Nya (al-Quran) seperti Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan akan tetapi golongan al-Jahmiyyah telah mentakwilkan ayat-ayat ini dan menafsirkannya kepada sesuatu yang berlainan daripada tafsiran ahli ilmu. Mereka (al-Jahmiyyah) berkata sesungguhnya Allah tidak mencipta (Nabi) Adam (‘alaihissalam) dengan Tangan-Nya. Mereka berkata maksud Tangan-Nya disini adalah kekuatan-Nya.

Padahal berkata Ishaq bin Ibrahim : “Sesungguhnya yang diangggap tasybih (penyerupaan dengan makhluk) hanyalah apabila seseorang berkata tangan sepertimana tangan (makhluk) atau seumpama tangan makhluk. Justeru apabila seseorang berkata pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk) maka biarlah ia dianggap sebagai penyerupaan.

Namun apabila seseorang berkata seseorang berkata sebagaimana firman Allah Ta’ala didalam kitab-Nya (al-Quran) : Tangan dan pendengaran dan penglihatan tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri, dan tatacaranya (kaifiat) dan tidak dikatakan seumpama pendengaran (makhluk) dan tidak juga dikatakan sepertimana pendengaran (makhluk) maka ini tidak dianggap sebagai penyerupaan. Malah ia adalah sepertimana firman Allah Ta’ala didalam kitab-Nya (al-Quran) :Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [al-Syura 42:11]”[Sunan al-Tirmizi (tahqiq : Ahmad Syakir dan rakan-rakan; Dar al-Hadith, Kaherah 1999), jil. 3, ms. 33.]

Salah Faham Kelima : Wahabi dan Mazhab.

Fahaman Wahabi kononnya dianggap tidak mengikuti mana-mana mazhab fiqh yang empat. Sekali lagi ini adalah salah satu salah faham. Orang yang dituduh sebagai Wahabi, mereka masih mengikuti mazhab ditempat masing-masing. Hanya dalam beberapa persoalan terpencil, apabila didapati hujah mazhab lain adalah lebih kuat kerana lebih mendekati dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih, maka pendapat mazhab tersebut diikuti dalam persoalan tersebut.

Oleh itu, orang yang dituduh sebagai Wahabi di Malaysia masih mengikuti Mazhab al-Syafi’e, orang yang dituduh sebagai Wahabi di India-Pakistan masih mengikuti Mazhab al-Syafi’e, orang yang dituduh sebagai Wahabi di Timur Tengah masih mengikuti Mazhab Hanbali dan orang yang dituduh sebagai Wahabi di Afrika Utara masih mengikuti Mazhab Maliki.

Hanya dalam beberapa persoalan terpencil mereka mengikuti mazhab yang lain kerana faktor kekuatan dalil dan hujah.

Ini sebenarnya sikap yang benar yang diterangkan oleh Ibn Rajab al-Hanbali (795H) : “Berdasarkan keterangan-keterangan para imam mazhab, adalah menjadi kewajipan apabila seseorang itu menemui suatu perintah daripada Rasulullah s.a.w. atau mengetahuinya.

Untuk menerangkannya kepada sekian umat, menasihatkan mereka dengan penuh keikhlasan dan memerintahkan mereka untuk mengikutinya walaupun jika ia bertentangan dengan pendapat para imam mazhab atau seseorang lain yang terkemuka.

Ini adalah kerana kedudukan Rasulullah s.a.w. adalah yang paling hak untuk dihormati dan ditaati, melebihi dan mengatasi mana-mana pendapat orang atau tokoh lain yang mungkin atas sebab-sebab yang tidak disengajai telah bertentengan dengan perintah-perintah rasulullah. Oleh kerana inilah kita dapati para sahabat dan generasi selepas mereka membantah sesiapa sahaja yang didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah yang sahih.

Adakalnya bantahan ini mereka lakukan dengan amat keras, bukan disebabkan perasaan benci kerana para sahabat itu sememangnya amat menyayangi dan menghormati mereka, akan tetapi rasulullah s.a.w. itu lebih mereka sayangi dan perintahnya lebih tinggi kedudukannya berbanding perintah mana-mana makhluk lain.

Justeru itu, apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yan lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedudukan imam ikutan seseorang itu kerana secara pasti dia akan diampuni atas tidak kesengajaan dan silapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati bertentangan dengan ajaram Nabi s.a.w. yang sahih. [Dikemukakan oleh Salih al-Fulani dalam Iqaz al-Himan, ms. 93; dinukil dari Sifat Solat al-nabi oleh al-Albani (Maktabah al-Ma’arif, Riyadh, 1996), ms. 54-55]

Salah Faham Keenam : Wahabi dan Kekerasan.

Wahabi sering dihubungkan dengan kekerasan. Benarkah demikian? Realitinya, pihak yang menuduh itulah yang sebenarnya bersikap keras. Disana sini mereka menuduh sekian-sekian individu dan kumpulan sebagai Wahabi yang menyesatkan. Adakalanya tuduhan ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal, seperti mengharamkan penerbitan, menghalang kuliyah-kuliyah agama dan menangkap para tokoh yang mereka tuduh sebagai Wahabi. Tindakan-tindakan tersebut berlaku tanpa tersembunyi sehingga diketahui dalam media-media perdana.

Adapun dikalangan orang yang dituduh sebagai Wahabi, mungkin ada yang bersikap keras. Namun perlu juga ditinjau dari sudut yang lain, kerana istilas “Keras” itu sendiri boleh bersifat relatif. Keneranian, kesungguhan, ketegasan adalah sifat yang terpuji yang boleh ditafsirkan sebagai “Kekerasan” oleh pihak yang sukar menerima kenyataan. Demikian juga, menyatakan yang diatas yang batil boleh juga ditafsirkan sebagai kekerasanoleh pihak yang sekian lama telah selesa dengan kebatilan tersebut.

Oleh itu, kekerasan boleh disandarkan kepada salah satu dari dua pihak, yang dituduh atau yang menuduh.

Sunday, May 30, 2010

Salah faham terhadap puak wahabi.....(2)

Sengaja aku menyorot penulisan tentang isu ini supaya saudara pembaca tidak mengalami nasib yang sama seperti mana yang ku alami. Moga terbuka fikiran kita untuk mengkaji, meneliti dan menganalisa setiap pendapat dan yang paling penting adalah bersikap terbuka jika berbeza pendapat.

Oleh Hafiz Firdaus Abdullah..(Seorang pilot yang PROTAZ = Professional Ustaz)

“Wahabi” bukan sahaja salah dari sudut gelaran, ia juga salah dari sudut beberapa tuduhan dan salah paham yang disandarkan kepadanya.

Berikut dikemukakan beberapa salah paham tentang gerakan atau fahaman wahabi, diikuti dengan penjelasan bagi meluruskannya.

Salah faham pertama : Wahabi dan kuasa barat.


Salah faham pertama yang akan diluruskan ialah dakwaan bahawa gerakan Wahabi dimulai dan disokong oleh kuasa-kuasa Barat, khasnya Inggeris.

Bagi meluruskan salah faham ini, saya merujuk kepada sumber sejarah kuasa-kuasa Barat itu sendiri kerana ia adalah “sumber dalaman” yang lebih tepat bagi menggambarkan apa yang dilakukan oleh kuasa-kuasa tersebut pada zaman itu.

Pertama, kuasa inggeris memang wujud pada zaman itu, tetapi peranannya hanya bersifat komersial, iaitu jaga keselamatan perairan teluk bagi kapal-kapal perdagangannya dari India yang merupakan tanah jajahannya saat itu. [Sarah Searight - The British In The Middle East, dikemukakan oleh Jalal Abu al-Rub – Biography And Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab (Madinah Publishers & Distributors, Florida, 2003), ms. 76-77] Pihak Inggeris atau mana-mana kuasa Barat ketika itu tidak berminat untuk membantu mengembalikan umat islam kepada agamanya yang tulen.

Kedua : Bukan sekadar tidak minat membantu, kuasa-kuasa Barat sebenarnya amat membenci gerakan Wahabi kerana ia sebenarnya membangkitkan umat islam. Seorang ahli sejarah Perancis, Almosio Sidio, menulis :

“Apabila Inggeris dan Perancis mengetahui kesepakatan yang tercapai antara Muhammad bin Abdul Wahab dan Muhammad ibn Sa’ud untuk mentajdidkan agama (Islam) dan ramai masyarakat Arab yang mengikutinya, mereka bimbang ini akan membangkitkan umat islam dari kelekaan yang menyelubungi umat saat ini.

Justeru mereka (Inggeris dan Perancis) bimbang islam akan kembali kuat sebagaimana zaman Umar al-khattab.

Mereka khuatir peperangan atas nama agama akan kembali hidup, memberikan kemenangan kepada umat Islam dan kekalahan kepada kuasa-kuasa Eropah.

Atas dasar inilah Inggeris dan Perancis meminta khilafah Turki Uthmaniyah untuk memerangi gerakan yang disebut-sebut sebagai “Wahabi” itu dan pihak khilafah telah mewakilkan urusan ini kepada gabenor Mesir, Muhammad Ali Pasha.” [ The General History of The Arabs; dinukil dari Biography And Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab, ms. 78]

Salah Faham Kedua : Wahabi dan khilafah Islam

Masyhur dikatakan, gerakan Wahabi bertanggungjawab menjatuhkan khilafah Islam Turki Uthmaniyyah.

Salah faham ini dapt dijawab dari dua sudut. Pertama, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab tidak pernah menentang khalifah Turki Uthmaniyyah. Sikap beliau dalam persoalan ini adalah sebagaimana yang ditulis sendiri :

“Aku meyakini kewajipan mendengar serta mentaati pemimpin kaum Muslimin. Ia sama ada dikalangan pemimpin yang soleh mahupun yang buruk akhlaknya. Ini selagi mana tidak memerintahkan perkara kemaksiatan terhadap Allah.

Ketaatan ini ditujukan terhadap sesiapa sahaja yang dilantik sebagai khalifah yang dipersetujui lantikannya oleh orang ramai yang meredai kepimpinannya.

Ini walaupun dia memperoleh kekuasaan khalifah melalui jalan paksaan, tetapi menjadi suatu kewajipan mentaatinya dan dilarang melakukan penentangan terhadapnya. [Majmu’ah Muallafat al-Syaikh, Jil. 5, hlm. 11 ; dalam membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Aziz bin Muhammad al-Abd. Al-Lathif (Jahabersa, Johor Bahru, 2008), buku 3, ms. 159]

Kedua, sama ada wujud atau tidak gerakan wahabi, khilafah Turki Uthmaniyyah pada zaman itu memang memiliki pelbagai kelemahan dan masalah, dalaman dan luaran.

Sesiapa yang mengkaji sumber-sumber sejarah yang adil lagi jujur berkenaan kedudukan khilafah saat itu akan mengetahui ia dalam keadaan sedang jatuh dan akan jatuh.
Cuba fikirkan, dengan kejatuhan khilafah, siapakah yang akan mengambil alih menjaga dua bandar suci umat islam : Mekah dan Madinah?

Lebih-lebih lagi Semenanjung Arab ketika itu lebih bersifat “No man’s land” dimana ia hanya dikuasai oleh kabilah-kabilah kecil secara berselerakan. Shalih Abud mengulas :
“ Tiada bukti mennjukkan bahawa negeri Najd pernah tertakluk dibawah penguasaan atau autoriti khilafah Uthmaniyyah.

Selain itu tidak pernah wujud mahu pun sebuah batalion atau markaz ketenteraan khilafah Uthmaniyyah di sana. Ini kerana sebelum lahirnya pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam (Muhammad bin Abdul Wahhab).

Sebaliknya menerusi fakta kukuh berdasarkan kepada dokumen khilafah Turki Uthmaniyyah yang direkodkan oleh Yamen Ali Effendi (1018H/1609M) bertajuk “Qawaniyyin Aali Uthman Mudomin Daftar al-Diwan” ternyata khilafah Uthmaniyyah terbahagi terbahagi kepada 32 buah negeri atau wilayah. 14 daripadanya merupakan negeri-negeri tanah Arab. Namun negeri Najd tidak termasuk didalamnya.” [Aqidah al-Syeikh Muhammad bin abd. Al-wahhab wa Atharuha fi al-‘Alam al-Islami, Jil. 1,hlm. 27; dalam membersihkan salah faham..., buku 3, ms. 162]
Abdullah al-Utsaimin menambah : “Negeri Najd tidak pernah berada dibawah penguasaan kerajaan Uthmaniyyah sebelum lahirnya pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam (Muhammad bin Abdul Wahhab).

Selain itu, ia juga tidak pernah disatukan dibawah satu pemerintahan yang kuat dalam jangka masa yang lama. Ini sama ada ketika sebahgian wilayahnya berada dibawah penguasaan Bani Jabr atau pun Bani Khalid.

Ia disebabkan suasana peperangan yang silih berganti antara wilayah mahupun kabilah negeri Najd yang terdiri dari pelbagai jenis puak sehingga agak sukar untuk disatukan keseluruhannya.” [Muhammad bin ‘Abd. Al-Wahhab Hayatuhuwa Fikruhu, hlm. 11; dalam membersihkan Salah Faham..,buku 3, ms. 162]

Sekali lagi saya bertanya kepada para pembaca yang budiman sekalian, dengan kejatuhan khilafah, siapakah yang akan mengambil alih menjaga dua bandar suci umat Islam : Mekah dan Madinah? Diingatkan bahawa sekalipun kuasa-kuasa Barat wujud dikawasan itu atas tujuan komersil, tidak dapat dinafikan bahawa mereka juga tentu memiliki hasrat untuk mengambil alih kota Mekah dan Madinah.

Nah! Dengan kewujudan gerakana Wahabi yang dapat menyatukan umat Islam Semenanjung Arab, kedua-dua bandar suci tersebut tetap berada ditangan umat Islam.

Jika tidak, Masjid al-Haram dan Masjid an-Nabawi di Madinah akan menerima nasib yang sama sperti masjid al-Aqsa di Palestin. Fikir-fikirkanlah!

Bersambung....

Salah faham terhadap puak wahabi.....(1)

Pada setiap malam sabtu sudah menjadi kebiasaan Ustaz Amri untuk mengajar kuliyah bahasa arab di Masjid Al-Hidayah di Seri Manjung, Perak. Aku turut tidak ketinggalan untuk duduk mendengar disebabkan terasa minat disebabkan ajakan seorang abang yang aku kasihi.

Setelah hampir sebulan berlalu (walaupun aku ada hari yang tidak hadir) mengikuti pengajian ustaz Amri, aku agak sedikit kehairanan mengapa abang Asri tidak turut serta.

Kebiasaannya dialah yang berada didepan sekali setiap kali kuliyyah di masjid. Namun tidak hari ini, sedangkan aku nampak dia didalam bilik perpustakaan masjid tadi.

Aku hanya bersangka baik saja, mungkin abang Asri kepenatan atau mengantuk agaknya.
Abang Asri ni memang sangat berminat dan bersungguh-sungguh mempelajari ilmu agama. Hampir kesemua surau menjadi tempat beliau belajar ilmu agama.

Alhamdulillah aku ketemu dengan insan seperti ini untuk membimbingku ke jalan yang lurus. Sebak bila mengenang kembali detik-detik awal aku melalui kehidupan yang memberi sinar baru dalam kehidupan.

Pada keesokan harinya selepas zohor aku masuk ke bilik perpustakaan masjid untuk membaca surat khabar.
Kebetulan ketika itu imam masjid turut berada disitu membaca surat khabar.
Kemudian menyusul abang Asri masuk.

Memang sudah menjadi kebiasaan kami apabila selesai sahaja solat, kami akan terus ke bilik perpustakaan untuk membaca surat khabar.

Teringat zaman awal-awal aku hendak berubah dahulu begitu bersemangat membincangkan tentang agama lebih-lebih lagi berkenaan isu feqah.

Ketika itu aku masih blur lagi tentang isu mazhab. Lansung aku bertanya pada imam tersebut yang agak agresif dan punya ego tersendiri dalam mempertahankan pendapatnya.

Pertanyaan yang bertalu-talu aku lontarkan padanya sehingga berasa puas hati. Akhirnya aku menghentikan pertanyaan walaupun masih tidak puas hati.

Abang Asri hanya membaca surat khabar dari tadi. Namun aku yakin beliau mendengar perbualanku dengan imam tersebut.

Mungkin dia malas untuk masuk campur supaya tidak memeningkan lagi kekusutan di kepalaku.
Hampir 30 minit kami didalam bilik, naluri kebosanan pun datang dan mendesak diriku untuk pulang kerumah.

Apabila aku menyatakan hasrat untuk pulang kerumah pada abang asri terus dia memanggilku untuk membicarakan sesuatu “eh, jamnul abang ada perkara nak bercakap pada kamu.

Boleh luangkan masa sekejap ?” kata-kata abang Asri yang sopan membuatkan aku jadi serba salah untuk menolak. “Saya ok je bang, cakapla” terus menyatakan persetujuan. Barangkali ada perkara menarik abang Asri hendak beritahu, bisik hati kecilku.

Abang Asri mengajak aku untuk bersembang di tempat lain, ini membuatkan aku agak musykil kerana dalam bilik perpustakaan lagi selesa ditambah lagi dengan penghawa dingin yang biasanya di pasang hingga ke suhu paling rendah.

Tapi ku abaikan saja, terus aku mengekori abang Asri tanpa banyak bertanya lagi ke luar masjid dek kerana tidak sabar untuk mengetahui apa yang hendak dibicarakannya.

Dengan nada yang perlahan, “Sebelum abang bagi tahu perkara ni, adik kena janji dulu dengan abang jangan bagi tahu sesiapa. Sebab takut jadi fitnah, abang dengar pun dari ustaz Razali.” Tegas abang Asri. “yela bang, insyaAllah..ape die?”

“Sebenarnya dik ustaz Amri tu wahabi.” Terang abang Asri, aku mula kebingungan. “Tapi bang, wahabi tu ape?” soal ku ingin tahu.

“Wahabi ni die tak baca wirid dan doa selepas setiap solat fardhu.” Dengan konfiden abang Amri menjelaskan.

“Owh..begitu, patutla abang tak duduk sekali dalam pengajian semalam..”

“Tapi bang, takkan itu je..” Aku cuba untuk meminta penjelasan yang lebih mendalam. “Ada lagi die juga tak suka dengan cara pengajaran di pondok, golongan ini juga mengatakan menziarahi kubur adalah bidaah dan sangat menentang bidaah.” Jelas abang Asri.

“Owh..begitu..” Sekali lagi aku mengiyakan kata-kata abang Asri walaupun aku tidak lagi berpuas hati kerana hujah-hujah yang disampaikan tidak ada dali yang kukuh. Abang juga hanya berpegang pada satu sumber.

Abang asri juga mengatakan bahawa ustaz Razali berpesan supaya jangan menghadiri kuliyyah ustaz Amri.

Disebabkan ustaz Razali adalah guru tasauf yang sangat ditsiqohi oleh abang Asri maka dia mengambil keputusan untuk tidak mahu menghadiri lagi kuliyah ustaz Amri kerana takut terpengaruh dengan fahaman wahabi yang dibawa oleh ustaz Amri.

Sejak dari itu aku pun sudah mula merasa berat untuk hadir pada kuliyah ustaz Amri kerana sudah termakan dengan kata-kata abang Asri. Maklumlah pada ketika itu pun aku baru mula nak naik, tidak tahu untuk mencari sumber-sumber yang boleh dipercayai lagi.

Namun, aku tidaklah meninggalkan persoalan ini terkubur dalam lubuk mindaku. Sejak dari itu juga aku mula merasakan kepentingan untuk membaca supaya fikiran lebih matang dalam isu-isu sebegini.

Sehinggalah suatu hari aku terdapat artikel tentang wahabi di dalam surat khabar, tak ingat akhbar apa tetapi ditulis oleh Dr. Uthman el-muhammady.

Seorang ulama’ di Malaysia yang pandangannya hampir sama dengan apa yang abang Asri perkatakan padaku.

Ini membuatkan aku lebih memandang wahabi sebagai suatu fahaman yang di jauhi sejauh-jauhnya.

Namun, selepas berkali-kali aku terbaca tentang wahabi pemahaman aku selama ini salah rupanya. Mungkin aku tidak memperhatikan dalil-dalil yang dikemukakan sebelum ini dengan teliti.

Aku juga membaca tulisan-tulisan dr.Asri iaitu bekas mufti perlis yang juga dilabelkan berfahaman wahabi dan lain-lain...

Bersambung....

Thursday, May 27, 2010

USTAZ ZAMBRI BERCERITA..

Ketika bangun saja dari tidur pada petang tadi terus aku ke dapur untuk mengambil segelas air teh. Fuh, terasa lega kerana suasana petang yang sedikit sebanyak memberi kehangatan pada diriku walaupun kipas sudah ku pasang sehingga ‘level’ ke lima.

Memang beginilah aku sehari-harian, asyik panas-panas saja. Ermm..mungkin lapisan ozon yang semakin menipis dek kerana gelojohnya manusia mengejar teknologi tanpa mengambil kira faktor alam sekitar.

Setelah ku habiskan minum segelas air terus aku ke ruang tamu untuk minum petang bersama ibuku yang sememangnya selalu menyiapkan juadah waktu petang. Ibuku memang rajin menyiapkan makanan untuk anak-anaknya. Aku yakin semua ibu seperti itu.

Kadang-kadang kami sekeluarga akan berkumpul diruang tamu, dari yang paling besar hingga yang paling kecil masing-masing punya cerita untuk dikongsikan.

Memang riuh-rendah suasana, apatah lagi aku yang sering men’drop’ apa yang adikku suarakan dari segi pendapat mereka dan sebagainya. Mana tidak riuhnya, saat-saat seperti inilah yang sering kurindukan apabila berjauhan dengan mereka.

Pada petang itu, aku tertarik dengan sebuah rancangan seolah rancangan reliti TV tetapi bukanlah bercorak pertandingan seperti Akademi Fantasia, Bintang Kecil, Malaysian Idol serta banyak lagi di Malaysia yang jelas-jelas berunsurkan hiburan ynag melampau semata.

Beda dengan rancangan yang aku lihat petang tadi, rancangan tersebut bertajuk USTAZ ZAMBRI BERCERITA.

Alhamdulillah, hiburan alternatif untuk kanak-kanak. Aku mengatakan demikian kerana ia adalah rancangan yang bercorak islamik dan pendekatan yang digunakan oleh penerbit dalam menyusun slot ditambah pula dengan penampilan Ustaz Zambri yang bersahaja menambahkan lagi keceriaan rancangan tersebut.

Syabas! buat penerbit, aku tertarik kerana Ustaz Zambri menceritakan juga kisah-kisah nabi dan pelbagai lagi.

Kanak-kanak juga dilibatkan dalam rancangan tersebut supaya nampak lebih ceria dan sesi penyampaian maklumat juga berkesan kerana sesi dua hala ditonjolkan sebagai contah Ustaz Zambri bertanya kepada mereka dan ada yang menjawab. Kadang-kadang mengamitkan keadaan.

Sebaiknya ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak menonton rancangan tersebut bagi menambahkan lagi kefahaman terhadap islam itu sendiri.

Ini juga merupakan langkah awal untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak..

Huhu..aku pun belum nikah lagi nak bercerita pasal anak pada orang lain. Tak mengapalah, mungkin ini cuma nasihat dariku. Bak kata pujangga jangan melihat siapa yang berkata ,tapi lihat apa yang diperkatakan, setuju? (mesti antum setuju punya..hehe..).

Justeru, pesanan dariku buat mereka-mereka yang punya minat dalam bidang penerbitan rancangan televisyan, buatlah rancangan-rancangan yang dapat membina kefahaman umat terhadap islam.

Marilah kita menjadikan Iran sebagai negara contoh dalam hal mendidik umat kerana mereka sangat bersungguh menjaga hal-hal berkaitan kefahaman terhadap agama, sirah dan lain-lain.

Walaupun mereka puak syiah, tetapi perkara sebegini mereka titik beratkan dan apa yang mengejutkan dunia mereka juga sudah pun mempunyai senjata nuklear hingga menyebabkan Israel pun takut dengan mereka. Dimanakah kita ? sebagai puak sunni yang terang-terang dipihak yang benar. Fikir-fikirkanlah...

Wednesday, May 26, 2010

Apa nak jadi dengan orang kita (Melayu)..

Seperti biasa pada waktu pagi aku akan membuka laptop untuk membuat sedikit ‘research’ tentang dunia perniagaan internet. Walaupun sekejap namun sudah membuatkan aku merasa gembira sekiranya pencarianku menemui sesuatu yang baru dan menarik.

Pagi ini tiba-tiba aku terasa hendak membuka lembaran beita harian di dada akhbar menerusi internet. Maklumlah, teknologi sekarang semakin canggih. Dalam telefon bimbit pun boleh membaca surat khabar.

Baru hendak membuka lembaran pertama sudah aku disajikan dengan berita yang kurang enak. Berita yang mungkin diulang-ulang di mana-mana akhbar.

Entah mengapa orang melayu kita yang memang sudah islam sejak lahir kini akhlak, tingkahlaku sudah bisa mengalahkan orang kafir. Sebelum ini aku sudah pernah membaca di akhbar tentang pelajar memukul guru.

Pagi ini, sekali lagi aku disajikan dengan beita yang sama. Aku tidaklah terlalu terkejut kerana sewaktu disekolah dulu pun perkara yang sama terjadi.

Aku kongsikan keratan akhbar disini buat tatapan kalian :-

Tumbuk muka cikgu

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/05/26

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun pelajarnya, malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami kecederaan.

Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.


Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari apabila guru berusia 24 tahun itu mengarahkan pelajar tertabit keluar dari kelasnya dan berdiri di hadapan pintu sebagai hukuman.


Menurut sumber, pelajar terbabit dalam keadaan marah keluar dan berdiri di hadapan kelasnya sambil mencaci guru berkenaan.


“Bagaimanapun, guru berkenaan tidak mengendahkan tindakan pelajar terbabit dan meneruskan sesi pembelajaran,” katanya.


Sumber itu berkata, sikap biadab pelajar itu berterusan apabila dia cuba mengeruhkan keadaan dengan mengganggu pelajar lain yang mengikuti pembelajaran.


“Setiap kali ditegur guru berkenaan, pelajar terbabit memaki-hamun mangsa menyebabkan keadaan tegang seketika. Bukan sekali dua ditegur, guru berkenaan menegurnya lebih 10 kali, namun dia masih berdegil dan cuba mengganggu sesi pembelajaran,” katanya.


Difahamkan, pelajar itu menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan lebih 20 minit menyebabkan mangsa mula berang.


Menurut sumber itu, guru berkenaan keluar dari kelasnya sebelum memukul bahu pelajar terbabit menggunakan buku teks dipegangnya.


Bagaimanapun, buku itu terjatuh apabila pelajar terbabit mengelak.


Tindakan guru berkenaan yang tunduk untuk mengambil semula buku itu mengundang padah apabila dia diserang pelajar terbabit.

Sumber itu berkata, guru berkenaan ditumbuk lebih lima kali pada muka menyebabkannya cedera.

Difahamkan, guru itu tidak melawan kerana terkejut tindakan berani dan melampau pelajar terbabit.

Menurutnya, kejadian itu bukan saja disaksikan pelajar lain, malah beberapa guru yang mengajar di kelas bersebelahan.

“Seorang daripada guru yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis sebelum sekumpulan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan memberkas pelajar terbabit yang sedang mengamuk,” katanya.

Pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Cheras di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.Guru berkenaan diarahkan tampil di balai polis untuk membuat laporan.

Difahamkan, pelajar terbabit sudah dibuang sekolah berikutan tindakan keterlaluannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu kes itu sudah dirujukkan semula kepada pentadbiran sekolah untuk tindakan lanjut.

Usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut pihak pentadbiran sekolah berkenaan gagal.

................................................................................................................

Aku amat sedih apabila membaca berita ini. Jika dilihat pada usia pelajar tersebut baru tingkatan satu. Tapi sudah berani untuk berlaku kurang ajar terhadap gurunya.

Tidak cukup dengan cacian kata-kata yang tidak sepatutnya dihamburkan kepada insan mulia bernama guru, pelajar tersebut turut menumbuk guru tersebut berkali-kali.

Astagfirullah..rosaknya akhlak pelajar tersebut. Kalau dengan guru sendiri pun tidak ada rasa hormat apatah lagi dengan kawan-kawan dan orang luar.

Seringkali aku terfikir dimanakah silapnya sistem pendidikan di Malaysia ini. Bukan saja akhlak dan sahsiah pelajar yang semakin merosot dan rosak, bahkan kualiti keilmuan pelajar sendiri pun tidak terlalu menonjol. Hmm..jika hendak membahaskan perkara ini memang panjang lebar.

Mungkin penulis akan membahas perkara ini dengan lebih detail pada penulisan akan datang.

Apa yang lebih parah, pelajar tersebut turut dibuang sekolah akibat tindakan agresif tersebut.

Apakah nasib masa depan pelajar tersebut nanti, sama-sama kita doakan pelajar ini ditunjukkan ke jalan yang lurus.amin..

Pada pandanganku sistem pendidikan sekarang perlu dinilai semula oleh pihak yang bertanggungjawab. Diharapkan pertukaran kabinet yang bakal berlansung sedikit sebanyak dapat memberi perubahan.

Bagi golongan rakyat seperti kita wajib untuk melihat masalah ini secara serius. Aku tidak dapat membayangkan keadaan negara kita 10 tahun akan datang nanti. Apakah makin membaik atau semakin parah.

Jadi, ikhwah dan akhwat fillah sekalian, mari kita sama-sama memikirkan strategi dan solusi terbaik untuk masalah ini.

Diharapkan dengan tulisan kali ini dapat menyedarkan kembali hati-hati yang lalai ini untuk melakukan amal islami yang diwariskan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..insyaAllah..

Kekecewaan yang terubat..

“Memang kecewa tol , jauh-jauh datang tidak dapat juga menyelesaikannya. Ini bermakna aku terpaksa datang lagi ke ipoh.” Keluh hatiku setelah pejabat tersebut tutup kerana buka separuh hari sahaja.

Nasib baik aku mengajak Ridan menemaniku, terubat sedikit ketensionanku.
Untuk menebus kekecewaan tersebut aku mengajak Ridan ke ipoh parade. Sengaja aku mengajak Ridan ikut supaya memudahkan untuk menunjuk jalan serta dapat berukhwah dengannya sekali gus.

Sewaktu di ipoh aku sudah maklum sebelum ni memang penuh dengan kaum cina, di mana-mana sudut ada sahaja kaum cina. Habis pahalaku terhakis dek terpandang perkara-perkara yang haram.


Tidak dapat mengelak sepenuhnya kerana terlalu ramai dan mereka ni kalau boleh nak pakai pakaian paling seksi. Huh..tidak boleh nak buat pa.


Maklumla, kawasan ipoh seolah-olah dikuasai orang mereka..hmm..kecewa jugalah bila memikirkan..

Tujuanku mengajak Radin ke ipoh parade untuk membeli buku tentang bisnes internet. Ternyata kali ini tidak mengecewakan kerana aku menjumpai buku yang selama ini ku cari.

Aku ni memang gila dalam membeli buku, walaupun tidak semua buku aku dapat habiskan. Namun bagiku, itu tidak penting asalkan aku dapat nilai dan ibroh daripada buku yang aku beli selain sebagai pahala buatku diakhirat kelak jika ada yang meminjam bagi menambah tsaqofah.

Tiga hari berikutnya aku tergerak untuk pergi semula ke ipoh untuk menyelesaikan urusanku. Terus aku menelefon seorang ikhwah UTP iaitu Zizi. “ Salam, akhi boleh ana pinjam motor antum ? nak setelkan urusan di ipoh.” Zizi sempat berseloroh denganku. Memang beginilah aku dan ikhwah UTP. Bicaraan kami jarang sekali bersifat serius. Ada saja point untuk dikenakan..huhu..mungkin inilah faktor yang merapatkan lagi hubungan.

Setelah itu, aku terus ke UTP apabila urusan dengan JPJ selesai. Sampai-sampai saja aku terus menelefon Zizi dan dia mengajak aku untuk makan dan solat terlebih dahulu. Selesai saja makan dan solat aku terus gerak ke Ipoh.

Dalam perjalanan, aku sempat lagi mesej dengan Radin untuk mengajaknya menemaniku sekali lagi. Aku sungguh berbesar hati kerana Radin sudi menemaniku sekali lagi. Radin memang begitu dari dulu. Jarang sekali menolak ajakan sesiapa untuk kemana-mana (x tau la klu dh nikah nant cne..hehe..jangan mrh Radin).

Sungguh perjalanan hari ini sangat panas. Aku merasakan kepanasan sehingga ke tulang (huhu..analogi melampau).

Tapi, memang benar kepanasan hari tu memang luar biasa padaku. Namun ku gagahi juga demi menyelesaikan urusanku.

Ketika hendak ke pejabat tersebut aku dan Rizan melalui satu tasik dan ianya dikelilingi kawasan pasir (ibarat seperti padang pasir). Terus aku terkenang perjuangan Rasulullah dan para sahabat.

Bagaimana para sahabat sanggup untuk berhijrah ke madinah dalam keadaan persediaan yang tidak cukup disertai pula dengan perasaan yang sangat berat untuk meningglkan keluarga dan terpaksa melalui padang pasir yang panasnya lebih dari kepanasan yang kurasakan kini walaupun aku hanya menaiki kotor jika nak dibandingkan dengan para sahabat yang hanya berjalan kaki dan menaiki unta.

Untuk pengetahuan, suhu darjah kepanasan padang pasir di tanah arab jauh lebih tinggi kerana disana tidak mempunyai awan tidak seperti mana di Malaysia yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan terjahan cahaya matahari ke muka bumi.

Benarlah firman Allah swt didalam kalam-Nya yang Maha Benar surah at-taubah ayat ke 42 “ Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah.” “Jikalau kami sanggup niscaya kami berangkat bersama-samamu.” Mereka membinasakan diri sendiri* dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang yang berdusta.

Hanya mereka yang terpilih saja dapat berada diatas jalan-Nya. Jadi berusahalah untuk menjadi pengikut dan pendokong dakwah ini. Janganlah kita banyak beralasan dek kerana terpesona dengan fatamorgana dunia.


Akhirnya, selesai juga urusanku di ipoh. Rupanya urusan tersebut tidaklah sukar untuk disiapkan. Alhamdulillah..


Selesai saja urusan aku terus menghantar Rizan pulang walaupun terasa hendak berjalan-jalan lagi di sekitar Ipoh. Memandangkan aku pun hendak mengejar masa dan perlu sampai ke rumah sebelum maghrib, maka aku membatalkan niat untuk mengelilingi bandaraya ipoh.

Sekian sedikit coretan dariku. Moga pembaca dapat mengambil sedikit ibroh..Wallahualam..


*Mereka akan binasa disebabkan sumpah palsu mereka.

Tuesday, May 25, 2010

Perjalanan ke teratak..


Habis je program aku tidak fikir apa dah kecuali nak balik rumah, maklumla sudah hampir dua bulan tidak menjenguk keluarga dirumah. Program je memanjang, kalau tiada program pun ada je assignment yang nak disiapkan.


Macam-macam la dunia siswa ni. Penat memang penat, ditambah dengan ragam kawan-kawan lagi. Tapi inilah keseronokan sebenarnya, saat ini aku perlu menghargai kehidupanku sebagai mahasiswa sebuah ipta. Alhmdulillah, dapat juga masuk ipta banding mereka yang tidak dapat dek kerana result matrikulasi yang tidak memenuhi piawaian. Nasib baik aku lepas..huhu..


Pengalaman menaiki ktm waktu kemuncak amat melelahkan, nasib baik aku bersama seorang al-akh (xde la tension sgt). Bayangkan kami terpaksa berhimpit dengan bercampur laki dan perempuan.(hbs la amal aku mlm td, monolog dalaman berkata-kata.

Di sepanjang perjalanan aku dan lani bersembang tentang dakwah di tempat masing-masing. Kesian Lani, agak berat tugas yang perlu dipikul dek kerana masalah internal.


Aku hanya memberikan sedikit motivasi dan semangat. Itu yang mampu, nak lebih-lebih tempat aku pun huru-hara lagi.huhu..Biasalah, dah namanya dakwah banyak perkara perlu disumbangkan.

Tetapi antara yang berat adalah korban perasaan. Fuh, memang aku cukup terasa waktu itu. Hampir-hampir saja aku futur.


Namun, jika jiwa besar pasti dapat mengatasi semua itu. Aku perhatikan pada ikhwah yang semangat dan masih istiqomah sehingga sekarang punya jiwa yang besar bagi mengemban dakwah.

Justeru aku mengambil itu sebagai motivasi dan terus ak menempelkan pada diriku. Terasa tenang kembali setelah mengingati masalah tersebut jika kita menanamkan jiwa yg besar untuk sama-sama mengemban dakwah.
Kadang-kadang kita harus menyedari tidak semua orang memahami akan sesuatu masalah dgn satu pola fikir yang sama.

Ada yang masih tidak, oleh itu menjadi tanggungjawab yang fahamlah memberitahu yang tidak faham. Jika, aktivis dakwah berfikir sebegini pasti masalah syu'ur tidak berlaku.


Pun begitu, bukanlah mudah untuk berhadapan dengan masalah ini, ianya memrlukan mujahadah sebenarnya bg mereka yang mempunyai jiwa sensitif dan mudah terasa dgn sesuatu perkara. Namun, optimislah wahai para kader dakwah..

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails