Tuesday, February 22, 2011

Duit poket doraemon.

 

Salam 2 all.

 

doraemon_cartoon

 

Tiba-tiba teringatkan pensyarah saya yang seorang ni. Beliau seorang yang bijak pada saya kerana punya strategi yang tersendiri dalam menguruskan fakulti.

Beliau sebelum memulakan sesi pembelajaran sering kali memberi sedikit nasihat kepada kami. Memang agak membosankan jugakla kelasnya sebab terpaksa gabung kelas. Agak huru-hara jugakla dibuatnya kelas ni. Tu yang malas je nak masuk belajar.

Ada suatu hari tu dia bercakap tentang duit. Nah! bernas juga ideanya. Quite simple but great! Pada saya la kan.

Ok, saya nak tanya. Apa tindakan korang jika duit dalam dompet tidak mencukupi ketika berada di kaunter bayaran? Fuh! gelabah la kan. Dahla beratur panjang tadi. Penatla beratur panjang2 tapi akhirnya duit tak cukup. Sob3..

Kalau nak pulangkan barang tersebut ke tempat asal memang boleh je. Tinggalkan je barang2 tu kat kaunter nanti pekerja hantarkan. Tapi! penatla cari tadi kan, pusing2 melilau. Yang penting nak guna barang tu bila balik nanti.

haa.. cane nak buat kalau jadi camni? Jawab2..hehe..

Sebenarnya saya pon kalau jadi camtu tak tahu nak buat apa. Kalau ada kawan2 masa tu boleh la pinjam, isteri ke..huhu..Tapi pepatah mengatakan mencegah lebih baik dari merawat.

Kalau ada poket doraemon bolehla kan Senyuman menjelir lidah..hehe..

Anggapla tip saya nak kongsikan ni cam poket doraemon ye. Jadinye, apa yang pensyarah saya bagi tahu dia akan simpan duit “spare” yang tak akan usik langsung kecuali keadaan yang sangat mendesak. Kalau tak silap beliau kata hari tu rm200. Duit ni boleh diselitkan dicelah2 ruang beg duit yang ada. Pastikan tidak letak sekali dengan duit2 yang lain diruang utama. Nah! ok tak idea ni. Jadi bolehla praktikkan ia. Ni la tip yang saya nak kongsikan. Sangat praktikalkan ? Boleh la nanti digunakan duit ni ketika keadaan mendesak.

Selamat mencuba! 

Saturday, February 19, 2011

Bedah buku : Berfikir gaya Trump (1)

 

Salam 2 all..

 

hikmah-puncak-cinta

 

Pertama sekali saya mahu minta maaf kerana semalam tidak post entri seperti yang dinyatakan sebelum ni kerana ada masalah teknikal sikit. Nama pon belajar kat universiti teknikal tapi ada masalah teknikal lagi..huhu..apapun manusia tak sempurna.

Dalam buku Donald John Trump yang saya baca ini di bahagikan kepada dua bahagian. Pertama berkenaan kisah kehidupan Donald John Trump dan keluarga dalam melalui liku-liku kehidupan. Kisah-kisah kejayaan beliau yang menbanggakan dan ada juga kisah kegagalan beliau dalam menguruskan perniagaan. Sudah menjadi lumrah kehidupan orang yang mengusahakan perniagaan pasti ada kegagalan disebalik sebuah kejayaan.

Bahagian kedua pula berkenaan MOTIVASI MINDA. Saya suka membaca tip-tip yang di berikan oleh Donald Trump. Gaya cerita buatkan mereka yang mahukan kejayaan terasa termotivasi. Untuk entri ini saya mahu kongsikan berkenaan bahagian ke-2.

GAYA 1 : LAKUKAN PERKARA YANG KITA CINTA

Diselitkan kisah kejayaan mereka yang berjaya dalam buku ini. Mereka yang berjaya ini juga berkata perkara yang sama.

Chef Wan : “Saya hanya melakukan perkara yang saya suka”

Nampak kan? ha, ini gaya pertama yang beliau beritahu. Buktinya chef wan mampu menjadi orang yang hebat dalam bidangnya. Ini tidak lain kerana minatnya yang mendalam. Bayangkan saja beliau meninggalkan bidang akauntan kerana mahu jadi chef. Tapi tidakla salah kerana ilmu akauntansi beliau boleh juga diaplikasi di mana-mana.

Tapi, kebiasaan orang yang dah dapat ijazah akauntan mesti nak jadi akauntan di bank kan.

Apa pun perkara yang kita minat kalau di usahakan sungguh-sungguh pasti ada hasilnya gempak! dan memuaskan! yang penting kepuasan qolbu kita dulu. (Baru belajar bahasa ni..huhu..)    

Kos yang tak diminati di ipt

Baru-baru ni ada jumpa junior yang nak “extend” belajar. Alasannya tak minat, tiap-tiap minggu balik rumah. Bukan dekat2, utara mari tu. Tu dia..

Kalau kes camni nak buat camane ek? dah kontra dengan gaya 1 dari Donald Trump pulak. Tenang.. pasti ada cara lain. Saya sebelum ni pun blur juga dgn subjek yang di ambil (Fakulti pengurusan teknologi dan teknousahawan : Pemasaran teknologi tinggi). ape tu ? mesti korang pon blur kan. kah3..Tapi tak pe. kite kena optimis.

Saya suka ayat yang digunakan dalam gaya pertama buku ini iaitu “Bagi meraih kejayaan dengan lebih bermakna, kita hanya mempunyai dua pilihan sahaja. Pertama, lakukan perkara yang kita cintai atau cintai perkara yang kita lakukan.” bukanlah saya mahu memuja kata-kata ini sehingga menidakkan quran dan hadith. Tapi ni mungkin hikmah yang orang bukan islam dapat. 

Jadinya, nasihat saya kepada junior ni belajar je dulu. Yang penting optimis, bidang apa pun yang penting '”be serius”. Kalau dapat kos medik pon kalau malas nak belajar kena “kick” juga. betol kan?  So, pilihla yang terbaik untuk diri dan bakal isteri (ehem..).

kembali membedah

Selingan sikit je tadi. Apa pun saya nak bagi tahu pembaca carilah perkara yang kita cinta atau minat kerana ianya akan sangat bermanfaat buat kita nanti. Asalkan benda tu baik dan berfaedah, contohnya berblogging ke dan bagai lagi la.

Rasanya sampai sini dulu, saya ada kerja lain nak buat ni. Saya akan update lagi 17 gaya/tip yang ditulis dalam buku Donald Trump. Insyaallah..

P/S : Ada yang komen penulisan saya ni boring..ermm..saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan ye.

Tengah belajar menulis penulisan kritis..huhu..doakan saya..Wassalam..

Thursday, February 17, 2011

Sibuk apa entah.

 

sibuk

 

Salam 2 all.

Buat teman2 blogger, saya akan update tentang buku yang saya baca dalam sikit masa lagi. Sekarang agak sibuk dengan urusan stadi dan ……… hehe ..

InsyaAllah, esok saya cuba update. Sekian, wassalam….

Tuesday, February 8, 2011

Bedah buku : Berfikir gaya TRUMP

 

cover

 

Salam buat teman2 blogger. Saya sedang cuba untuk menghabiskan buku ini setelah meminjam daripada seorang kawan. Hampir seminggu saya meminjam tapi belum habis juga. Maklumlah kalau motivasi membaca dah semakin sirna seronok macam mana pun susah untuk dihabiskan. InsyaAllah untuk menambahkan motivasi saya supaya habis membaca buku ini saya akan kongsikan hasil pembacaan saya dalam slot bedah buku kepada pembaca sekalian.

Dalam mengutip hikmah kehidupan bisa saja kita belajar daripada mereka yang bukan islam selagi ianya bermanfaat  buat ummah. Dewasa ini kita dapat lihat sendiri mereka yang bukan islam jauh lebih menonjol daripada kita umat islam. Alangkah lemahnya kita, justeru pembacaanlah salah satu cara atau  "The right way” yang dapat mengembalikan umat islam yang sekarang kepada kegemilangan yang pernah kita banggakan suatu ketika dulu.

Saya memilih buku ini untuk pembacaan saya seterusnya kerana melihat pada kebolehan, bakat serta pencapaian  Donald Trump dalam arena bisnes yang begitu mantap dan hebat. Ada saja Kelompok umat islam kita yang cemerlang, gemilang dan terbilang abad kini tapi sengaja saya pilih tokoh ini kerana kebetulan juga kawan saya memiliki buku ini. Jadi, sekali lagi tidak salah kita hendak mengambil pelajaran dan belajar dari pengalaman orang bukan islam yang sudah berjaya.

Nantikan bedah buku ini pada post akan datang.Senyuman

Tuesday, February 1, 2011

Jaulah Melaka-Selangor-Kuala Lumpur-Negeri 9

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..


Salam buat teman2 blogger dan pengunjung blog saya. Cuti raya cina ni rasa agak seronok kerana dapat ronda2 pusing KL dan selangor.

Rasa terisi la sikit cuti ni dengan benda manfaat daripada duduk rumah yang hanya makan, tidur dan lepak2 je. Kalau ronda2 dapatla ziarah kawan eratkan silaturahim. Jaulah(jalan2) juga dapat kita merenung kebesaran Allah, betapa ciptaan Allah ni Maha Luas, cantik dan indah.

Baru2 ni di johor banjir, mungkin musibah disana. Melaka pon ada terkena banjir juga. Kesian juga la bagi mereka yang terlibat. ada yang terpaksa dipindahkan ke sekolah dan sebagainya.

Saya sendiri tidak berkesempatan ke sana kerana banjir yang masih belum surut. Mungkin rezeki di hari lain. Apa pun saya seronok dapat berjaulah di sekitar KL dan selangor. Kadang2 ni bila berjalan ada idea2 atau ilham2 yang menarik yang Allah kurniakan. Itu sebabnya salah satu cara untuk tenangkan diri, dapatkan idea2 kita kena keluar berjalan2. Bagi yang ada duit sikit boleh la pergi ke luar negeri ke tempat2 yang menarik.

Kesesakan kota


Smart tag puas hati..hoho..


Kadang2 kita kena keluar juga dari persekitaran sedia ada. Kalau pelajar waktu cuti la dapat pergi ke mane2 yg suke asalkan ada duit. Simpanla sikit duit ptptn atau jpa.

Dapatla hilangkan sikit stress belajar, huhu..(aku tension belajar ke?)..Bagi mereka yang amik kos yang high level thinking tu mungkin la stress kan. Bagi pelajar cam saya ni tak stress kot. Ikut masing2 la.

Tapi yang pasti jaulah(jalan2) dapat membuat stress kurang, masalah dapat diselesaikan kerana fikiran waktu tu dapat lari dari kesesakan kota(stress kerja dan bagai lagi).

Benda baru


ade benda baru kat sini sy jumpe..ngee~


Ada benda baru saya belajar ketika jaulah ni, tentang munakahat, pengurusan dan beberapa hal lagi. Kita ni kalau buat apa pun kena pastikan ianya beri manfaat kerana setiap perkara yang tdk manfaat jdilah sia2. Mudah ja! so, pilihla yang mana kita nak.

Alhamdulillah, jaulah saya ni bersama teman yang baik. Pasti ada nilai yang baik saya dapat. Kita ni orang melayu islam kekurangan nilai pada diri. Bukannya kita lemah kerana tdk punya apa2. Tapi kita lemah kerana tdk mahu mencari nilai2 tersebut. Nilai ape? ha...nilai positif la..kalau nak tahu apa itu NILAI dapatkan majalah solusi isu no. 26. Huraian dan kupasannya cukup menarik dan praktikal. DApatkan segera!

Jama' dan qosar



buat jgn tak buat!


Ni satu keistimewaan bagi mereka2 yang bermusafir. Asalkan tujuan baik dan ckp jaraknya silakan jama' dan qosar. Ni hadiah dari Allah buat hamban-Nya.

Pustaka Indonesia


bagus buku ni. Kami beli 1.


Sewaktu ke KL saya sempat ke pustaka indonesia, dah lama nak pergi tapi baru kemarin berkesempatan dapat ke sana. Bagi orang KL mungkin dah biasa di jalan masjid india, rasa sedikit teruja kerana banyaknya buku2 agama yang pd saya cukup bermanfaat.

Belum lagi ke bandung, Indonesia yang pastinya lebih banyak buku disana dengan tawaran harga yang mengujakan. Saya berharap dapat ke sana suatu masa nanti kerana sangat berminat dengan buku2 tulisan gaya gitu.

Muhasabah diri



sob3..


Apa yang pasti jaulah saya ni matlamatnya adalah untuk bermuhasabah diri, rasanya sangat perlu saya merenung balik diri ni kerana rasa banyak khilaf yang dah di buat. Bila berjalan ni rasa termotivasi sikit untuk mengubah kembali kesilapan lama supaya berlaku transformasi ke arah yang lebih kemas dan tersusun baik diri, keluarga, teman2, bisnes, stadi dan lain2. InsyaAllah..


Jauh lg perjalanan kite..


Pusing2 kota sambil bergambar.

Saja buat kenangan. ngee~~~


HQ cimb kot ni..besor semacam je..

hehe..sekali-sekala..

Tinggi kot bangunan blkg ni..

pening nak pilih yg mane..sudahnye x beli ape pon..huhu..


Yahooo!!!!!!famili nak dtg negeri 9. So, jaulah ke negeri 9 pulak lepas ni..

ok, sekian utk post kali ni. Selamat bercuti semua!


Izzat Zainal

Sg. Buloh, Selangor


TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails