Wednesday, May 26, 2010

Apa nak jadi dengan orang kita (Melayu)..

Seperti biasa pada waktu pagi aku akan membuka laptop untuk membuat sedikit ‘research’ tentang dunia perniagaan internet. Walaupun sekejap namun sudah membuatkan aku merasa gembira sekiranya pencarianku menemui sesuatu yang baru dan menarik.

Pagi ini tiba-tiba aku terasa hendak membuka lembaran beita harian di dada akhbar menerusi internet. Maklumlah, teknologi sekarang semakin canggih. Dalam telefon bimbit pun boleh membaca surat khabar.

Baru hendak membuka lembaran pertama sudah aku disajikan dengan berita yang kurang enak. Berita yang mungkin diulang-ulang di mana-mana akhbar.

Entah mengapa orang melayu kita yang memang sudah islam sejak lahir kini akhlak, tingkahlaku sudah bisa mengalahkan orang kafir. Sebelum ini aku sudah pernah membaca di akhbar tentang pelajar memukul guru.

Pagi ini, sekali lagi aku disajikan dengan beita yang sama. Aku tidaklah terlalu terkejut kerana sewaktu disekolah dulu pun perkara yang sama terjadi.

Aku kongsikan keratan akhbar disini buat tatapan kalian :-

Tumbuk muka cikgu

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/05/26

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun pelajarnya, malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami kecederaan.

Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.


Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah hari apabila guru berusia 24 tahun itu mengarahkan pelajar tertabit keluar dari kelasnya dan berdiri di hadapan pintu sebagai hukuman.


Menurut sumber, pelajar terbabit dalam keadaan marah keluar dan berdiri di hadapan kelasnya sambil mencaci guru berkenaan.


“Bagaimanapun, guru berkenaan tidak mengendahkan tindakan pelajar terbabit dan meneruskan sesi pembelajaran,” katanya.


Sumber itu berkata, sikap biadab pelajar itu berterusan apabila dia cuba mengeruhkan keadaan dengan mengganggu pelajar lain yang mengikuti pembelajaran.


“Setiap kali ditegur guru berkenaan, pelajar terbabit memaki-hamun mangsa menyebabkan keadaan tegang seketika. Bukan sekali dua ditegur, guru berkenaan menegurnya lebih 10 kali, namun dia masih berdegil dan cuba mengganggu sesi pembelajaran,” katanya.


Difahamkan, pelajar itu menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan lebih 20 minit menyebabkan mangsa mula berang.


Menurut sumber itu, guru berkenaan keluar dari kelasnya sebelum memukul bahu pelajar terbabit menggunakan buku teks dipegangnya.


Bagaimanapun, buku itu terjatuh apabila pelajar terbabit mengelak.


Tindakan guru berkenaan yang tunduk untuk mengambil semula buku itu mengundang padah apabila dia diserang pelajar terbabit.

Sumber itu berkata, guru berkenaan ditumbuk lebih lima kali pada muka menyebabkannya cedera.

Difahamkan, guru itu tidak melawan kerana terkejut tindakan berani dan melampau pelajar terbabit.

Menurutnya, kejadian itu bukan saja disaksikan pelajar lain, malah beberapa guru yang mengajar di kelas bersebelahan.

“Seorang daripada guru yang menyaksikan kejadian itu menghubungi polis sebelum sekumpulan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan memberkas pelajar terbabit yang sedang mengamuk,” katanya.

Pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Cheras di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.Guru berkenaan diarahkan tampil di balai polis untuk membuat laporan.

Difahamkan, pelajar terbabit sudah dibuang sekolah berikutan tindakan keterlaluannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu kes itu sudah dirujukkan semula kepada pentadbiran sekolah untuk tindakan lanjut.

Usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut pihak pentadbiran sekolah berkenaan gagal.

................................................................................................................

Aku amat sedih apabila membaca berita ini. Jika dilihat pada usia pelajar tersebut baru tingkatan satu. Tapi sudah berani untuk berlaku kurang ajar terhadap gurunya.

Tidak cukup dengan cacian kata-kata yang tidak sepatutnya dihamburkan kepada insan mulia bernama guru, pelajar tersebut turut menumbuk guru tersebut berkali-kali.

Astagfirullah..rosaknya akhlak pelajar tersebut. Kalau dengan guru sendiri pun tidak ada rasa hormat apatah lagi dengan kawan-kawan dan orang luar.

Seringkali aku terfikir dimanakah silapnya sistem pendidikan di Malaysia ini. Bukan saja akhlak dan sahsiah pelajar yang semakin merosot dan rosak, bahkan kualiti keilmuan pelajar sendiri pun tidak terlalu menonjol. Hmm..jika hendak membahaskan perkara ini memang panjang lebar.

Mungkin penulis akan membahas perkara ini dengan lebih detail pada penulisan akan datang.

Apa yang lebih parah, pelajar tersebut turut dibuang sekolah akibat tindakan agresif tersebut.

Apakah nasib masa depan pelajar tersebut nanti, sama-sama kita doakan pelajar ini ditunjukkan ke jalan yang lurus.amin..

Pada pandanganku sistem pendidikan sekarang perlu dinilai semula oleh pihak yang bertanggungjawab. Diharapkan pertukaran kabinet yang bakal berlansung sedikit sebanyak dapat memberi perubahan.

Bagi golongan rakyat seperti kita wajib untuk melihat masalah ini secara serius. Aku tidak dapat membayangkan keadaan negara kita 10 tahun akan datang nanti. Apakah makin membaik atau semakin parah.

Jadi, ikhwah dan akhwat fillah sekalian, mari kita sama-sama memikirkan strategi dan solusi terbaik untuk masalah ini.

Diharapkan dengan tulisan kali ini dapat menyedarkan kembali hati-hati yang lalai ini untuk melakukan amal islami yang diwariskan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..insyaAllah..

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails