Tuesday, August 24, 2010

Oh ! Ramadhan..

Bismillahirrohmanirrohim...Assalamualaikum..



Salam ukhwah buat pembaca yang sudi menjengah ke blog saya..fuh, memang lama sudah tidak masukkan post-post baru kat blog ni. Asyik bertangguh ja dari satu waktu ke waktu yang lain. Di tambah pula nak dapatkan internet di kolej kediaman pun susah.



Alasan je tuh sebenarnya..



Kini, ramadhan menjelang tiba..saya ingin berkongsi satu hadith rasulullah s.a.w..
Diriwayatkan dari Ka'ab bin Ujrah RA, dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda, Datanglah kamu ke mimbar". Kemudian kami datang. Maka, apabila beliau naik tangga pertama, beliau berkata, 'Amin, lalu apabila naik tangga kedua juga berkata, 'Amin'. Bila Baginda SAW melangkah naik tangga yang ketiga, Baginda SAW pun berkata, 'Amin'. Maka, ketika beliau turun kami berkata, Wahai Rasulullah, sungguh hari ini kami telah mendengar dari engkau sesuatu yang belum pernah kami dengar". Beliau bersabda, "Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku lalu berkata, Celakalah orang yang melewatkan bulan Ramadhan begitu saja sehingga dia tidak diampuni'. Aku berkata, 'Amin'. Lalu, ketika aku naik tangga kedua dia berkata, 'Celakalah orang yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak memohon shalawat ke atasmu'. Aku berkata, 'Amin'. Bila aku melangkah naik tangga ketiga dia berkata, 'Celakalah orang yang menjumpai kedua orang tuanya telah tua atau salah satu di antara keduanya, namun mereka tidak dapat memasukkannya ke surga'. Aku berkata, 'Amin'."
(HR Al-Bukhari, Al-Baihaqi, Al-Hakim, dan Ibnu Hibban)*




Mari kita muhasabah ya akhi wa ukhti. Bila pertama kali saya dengar hadith ini dalam pengisian taklim hati ini cukup rasa terpukul untuk berubah. Bayangkan saja yang mendoakan adalah malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasulullah s.a.w iaitu manusia yang maksum di atas muka bumi ini. MasyaAllah..tentu saja doa ini terkabul dengan mudah.




Ini adalah rahsia yang hanya di ketahui oleh mereka yang terpilih, maka anda dan saya adalah orang terpilih untuk membaca hadith ini.




Justeru, mari merancang perjalanan kita di sepanjang ramadhan ini.




Celaka bagi orang yang melalui ramadhan tapi tidak di ampuni :



Hadith ini juga satu amaran dari Allah swt kepada hamnba-Nya. Mari kita melakukan perubahan sedikit demi sedikit dari segi kualiti dan kuantiti ibadah. Bagi kita yang jarang bangun bertahajud dan solat subuh berjemaah maka inilah masanya.



Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh. Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak". Riwayat Bukhari Muslim.




Bulan ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita melakukan perubahan atau islah pada diri. Saya tertarik dengan kata-kata seorang ikhwah ketika buat liqo' dengan junior beberapa hari yang lalu. Katanya " 11 bulan yang lalu adalah penyakit dan ramadhan adalah penawarnya.




Ada seorang kawan sering mengadu masalahnya kepada saya, mungkin dia percayakan saya. Kadang-kadang dalam kehidupan kita ni perlu ada kawan yang sanggup untuk mendengar masalah kita. Luahan dari lubuk hati juga merupakan salah satu cara untuk menguraikan masalah yang menghantui diri kita.



Saya rasa bersyukur sangat kerana mengenali ikhwah. Merekalah tempat untuk saya berkongsi masalah dan luahan perasaan (terutamnya persoalan nikah..hehe..gurau je..). bukanlah saya tidak percaya dengan kawan-kawan sekuliyah dan sebagainya, tapi dengan ikhwah ni lain sikit. Nasihat-nasihat yang di lontarkan insyaAllah menambahkan lagi kekuatan untuk beristiqomah di jalan Allah yang penuh onak dan duri ini.



Sebagai contohnya jika result down, kalau kawan-kawan sekuliyah yang tidak bersama di jalan dakwah pasti akan menasihati sebegini. " Ko ni kadang-kadang aku tengok selalu keluar hujung minggu. Pergi kl lah, pinang lah, johorlah. Tu la sebabnya result ko jatuh. Dakwah-dakwah juga stadi kena jaga." Fuh, ayat ni pernah sampai ke telinga saya, memang downlah nak ikut tarbiah kalau dengar ayat camni.



Tapi tidak bagi ikhwah, pasti ayatnya berbunyi begini. "Akhi, ana rasa ni ujian yang Allah nak bagi pada antum. Kan Allah dah sebut dalam quran dalam beberapa tempat yang mana ujian-ujian ini adalah untuk menguji kita. Syurgalah tempat orang yang berjaya melalui ujian-ujian ini."



Fuh, memang bersemangat balik kalau dengar kata-kata sebegini. Kita kalau nak berjaya dalam satu-satu bidang perlukan motivasi yang konsisten dari orang sekeliling. Contohnya bisnes, saya teringat perbualan dengan seorang ikhwah yang begitu semangat mengusahakan bisnes webeducation nya. Katanya "kita kalau nak maju dalam bisnes kena selalu semangat dan termotivasi". Memang benar kata-katanya. Syukran akhi..




Celakalah orang yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak memohon shalawat ke atasmu :



Ikhwah wa akhwat fillah, bukanlah susah untuk kita memohon shalawat ke atas nabi. Hanya apabila mendengar nama baginda di sebut maka teruslah memohon. Tak susahkan ?. ingatlah, yang hanya dapat memberi syafaat kepada kita nanti di akhirat hanya baginda sahaja. Maka marilah berselawat ke atasnya. Mari kita mengenang kembali sirah perjuangan baginda. Moga kita lebih bersemangat di atas jalan dakwah.




Celakalah orang yang menjumpai kedua orang tuanya telah tua atau salah satu di antara keduanya, namun mereka tidak dapat memasukkannya ke surga :



Bila buka cerita tentang ibu bapa ni saya agak sebak juga. Antum tau kenapa ? ha, mana taknya dulu belajar kat matrikulasi perak pun jarang balik apatah lagi sekarang belajar kat melaka. Sedih2.. rindu nak jumpa mak dan abah kat rumah bila dah masuk ramdhan ni. Mak, abah along akan cuba ushakan supaya kita dapat syurga bersama kelak. Namun ini bukanlah mudah. Syurga Allah tu mahal, kita perlu membayarnya dengan jerih payah berjuang di jalannnya, beramal soleh dan pelbagai lagi. Dunia bukanlah tempat untuk berehat tapi tempat untuk kita mengumpul sebanyak mungkin pahala dan amal kebaikan supaya senang di akhirat nanti.
Mak, abah teringin sekali along nak kita sama-sama hidup dalam suasana islamik. Insyaallah mak, abah akan kita usahakan sama-sama supaya jalan hidup kita berada di dalam keridhoan Allah.



Nasihat ini buat saya khususnya, jika tak dapat balik ke rumah selalu, berusahalah untuk menelefon kedua ibu bapa sekerap mungkin supaya kerinduan mereka terhadap mereka terubat. Yakinlah tidak baliknya kita kerana bekerja di jalan Allah ini pasti akan di ganjarkan dengan pahala yang besar. insyaAllah..




Sekian sahaja untuk kali ini..Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails