Tuesday, July 13, 2010

Kerisauan seorang mujahid..

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum...






Salam ukhwah buat pembaca yang sudi menjengah ke blog saya ini. Terasa seperti sudah lama tak menulis. Maklumlah, saya baru saja masuk semula ke ipt. Agak sibuk menguruskan keperluan untuk mendaftar dan pelbagai lagi.



Bermula dari hari pendaftaran hati dan fikiran saya mula memainkan peranannya. Hati ini gusar apabila memikirkan dosa-dosa lalu yang mungkin menghambat gerak kerja dakwah. Ini kerana keberkahan sangat penting dalam dakwah. Lihat saja hasil kerja dakwah hassan al-banna serta pendokong ikhwanul muslimin yang kesan dakwahnya terasa hingga sekarang. Kebanyakan gerakan dakwah di Malaysia klim mengambil manhaj ikhwan sebagai cara mereka bergerak.




Di sebalik kegusaran itu saya rasa sangat bersyukur kepada Allah swt kerana masih lagi membuat hati ini kuat untuk berada di jalan dakwah. Masa depan di jalan ini agak sedikit kabur kerana perancangan menaiki ‘kapal’ baru masih di peringkat perbincangan qiyadah. Saya mengharapkan proses ini dapat berjalan seperti yang di rancang.




Alhamdulillah, beberapa gerakan islam sudah mula menjalankan gerak kerja masing-masing. Saya ada di jemput oleh seorang pensyarah untuk ke program rehlah yang objektifnya memang tepat pada masanya iaitu memperbaharui komitmen dakwah. Asalnya memang nak pergi tapi ada halangan pula ketika itu.




Setakat ini saya tidak nampak lagi reaksi atau perihal yang kurang sopan dengan memburuk-burukkan sesama gerakan kepada mad’u, tidak seperti di salah satu universiti swasta di Malaysia ni. Kesian saya lihat ikhwah-ikhwah yang sanggup bekerja bersungguh-sungguh tetapi di halang dakwah mereka. Saya di sini tenang je dari semua itu, yang ada cuma perebutan mad’u, biasalah tu siapa yang kuat bekerja maka dia lah yang dapat.




Ini yang di katakan fastabiqulkhairat seperti yang di firmankan Allah swt “Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Maha kuasa atas segala sesuatu.” (2:148)

Makanya itu yang menjadi salah satu pemangkin kepada setiap gerakan untuk terus bersemangat dalam mentajmi’(menarik) mad’u. Dr. Yusuf al-Qordhowi menulis dalam mukadimah bukunya fiqh ikhtilaf lebih kurang begini bunyinya “Saya tidak pernah bermimpi bahawa satu jamaah sahaja yang menggerakkan dakwah.” Lebih kurang beginilah bunyinya, saya pinjam dari seorang ikhwah je buku ni, tak dapat nak amik teks ayat yang tepat. Hanya ingat-ingat gitu ja. Minta pembaca tabayyun (cek) balik kata-kata ini.




Justeru buat aktivis daripada pelbagai gerakan di muka bumi Allah swt ini mari kita menjalankan kerja-kerja mulia ini tanpa pergeseran yang sifatnya sepele(remeh) kerana mad’u pasti akan hilang tsiqoh(kepercayaan) dan yang paling kita tak mahu mereka langsung tinggalkan dakwah.



Maka, janganlah kita lakukan itu jika sayangkan Allah, rasul dan jihad.



Mari berdakwah !!!

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails