Tuesday, January 25, 2011

Bisnes dan kita

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..



Salam buat teman2 blogger, kali ini saya mahu menulis tentang persepsi seorang bisnesman. Mungkin tulisan saya sebahagian kecil daripada pengalaman pembaca. Saya masih sangat baru dalam dunia bisnes, belum punya income yang konsisten lagi setiap bulan,insyaallah akan cuba diusahakan. Ternyata dunia bisnesman ni sangat mencabar, perlukan kesabaran, pemikiran yang kreatif bagi mengembangkannya, pembacaan yang meluas, ramai kenalan dan berbagai lagi.


Semalam berbual dengan seorang kawan hingga larut malam, die kate “Aku ni sejak join buat bisnes rase sibuk je memanjang, dengan kawan2 pun dah tak berapa nak gaul. Bizi la katekan..”hehe..ketawe saya sendirian. Itulah realiti bila kita mahu menjadi bisnesman. “bukan tu je, kepala ni asyik memikirkan strategi bisnes je” katenye. Memang begitulah, saya sendiri pon merasakan begitu sebelum ni dan saya sangat pasti mereka yang buat bisnes juga pasti merasakan begitu. Kepala ni asyik memikirkan je bagaimana nak habiskan stok jualan. Masa tu idea memang mencurah2, tinggal nak aplikasikan je. Kalau kene memang untunglah kan.


Seperkara yang saya nak kita sama2 fikirkan adalah keuntungan daripada setiap bisnes kita kemana ianya disalurkan. Adakah kita hendak menyimpan, membeli barang kesukaan, membeli hadiah buat insan tersayang atau macam2 lagi. Disini tergantung kepada kebijaksanaan dan strategi kita dalam membuat keputusan. Jujurnya saya tidaklah menspesifikkan kemana keuntungan daripada perniagaan sebelum ini kerana berasa teruja dengan keuntungan tersebut. Saya kemudiannya membeli barang2 kesukaan, lalu duit tersebut habis. Bila difikirkan balik kenapa la tak disimpan duit ni untuk pusing modal. Nah! Jangan jadi macam saya, anda mesti bijak merancang. Jadi, lepas ni saya akan berfikiran lebih matang dalam membuat keputusan. Saya terfikir begini sebab membaca sebuah buku, memang agak terkesan dengan idea tersebut. Maklumlah, baru nak mengenal duit.huhu..


Saya rasa setakat ni saja untuk kali ni, ingat! Duit keuntungan ke mana hendak disalurkan..

Komen anda?


Izzat Zainal

Pulau Gadong, Melaka.

2 comments:

  1. dunia bisnesmen bukn utk org ylemah
    bukn jga ntok org yIngin besuka ria
    Dunia bisnesmen adalah dunia nabi
    dunia nabi bukan dunia gembira
    Asamnya penat lelah,
    Garamnya harta yang ditarah,
    Halwanya cinta al ilah.
    dunia nabi tagih korban sini dan sana
    Jadi janganlh rungut dok kt dnia bsnesmen ni
    KALAU TAKUT, JANGAN IKUT!

    ReplyDelete
  2. to admin:betul2..setuju sgt dengan komen awk, bukan semua org sanggup sperti itu. hanya mereka yg terpilih, cekal dan bersungguh mengikut karakter nabi saja dapat mengharunginya dan berada dimedan bisnes.takbir!!!

    ReplyDelete

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails