Sunday, January 9, 2011

Jumaat dan kita

Bismillahirrohmaanirrohim, Assalamualaikum..



Salam 2 all. Ni entry ke-2 utk tahun 2011. Saya berharap dapat terus menulis bagi menyebarkan fikrah2 islam. Saya cuba untuk terus memperbaiki diri meskipun sering berbuat dosa.

Post kali ni ingin saya petik daripada satu majalah yang sekarang ini sedang meningkat naik namanya di Malaysia. Satu masa dulu ketika saya di tingkatan 5 ada satu majalah islamik yang konsisten saya langgan setiap bulan iaitu majalah i. Kini tidak lagi, huhu..

Majalah yang saya maksudkan ialah solusi. Pembaca yang punya wang lebih dapatkanlah di mana2 kedai berdekatan. Isi kandungan yang memang mantap, kupasannya juga cukup menarik. Perbincangan ilmiah asas kepada perbincangan.

Post yang saya kira sangat perlu dibentangkan di sini untuk kali ini adalah berkenaan amalan sunat hari jumaat. Sejak dari sekolah kita sudah di beri faham bahawa jumaat adalah Penghulu segala hari dan ada amalan2 yang sangat digalakkan pada hari jumaat.

Bagi mereka yang bersekolah agama kesedaran untuk berbuat mungkin lebih tinggi jika nak dibandingkan dengan pelajar sekolah harian biasa atau sekolah yang tidak memberatkan subjek agama.



Kebiasaannya amalan2 yang biasa dibuat itu semakin lama semakin melebur, hinggalah kemuncaknya di alam ipt. Satu2 nya alam yang sangat mencabar. Di sinilah pelajar akan di bentuk dengan pelbagai pola fikir.


Malangnya, pelajar2 islam yang mempraktikkan amalan2 islam sekarang amat2 lah kurang termasuk diri saya yang sangat tipis dengan ilmu agama.


Baik, straight to the point. Saya nak berkongsi satu info fiqh berkenaan hari jumaat iaitu amalan sunat hari jumaat. Disini ada 5 amalan daripada sekian banyak amalan pada hari jumaat. Kita bace yg ni dulu eh.


1.Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w pada malam jumaat dan pada siang hari jumaat. Sabda Baginda s.a.w. maksudnya: “Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat. Sesiapa yang berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali.”(Riwayat al-baihaqi)


2.Membaca surah al-kahfi pada hari jumaat atau malam jumaat. Abu Sa’id meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari jumaat , maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua jumaat.” (Riwayat al-Nasa’I dan al-Baihaqi).


3.Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian. Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak.” (Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)


4.Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegara ke masjid bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada rasulullah s.a.w, yang diringkaskan seperti berikut:

Waktu masuk ke masjid… seolah-olah berkorban…

-awal waktu -seekor unta

-waktu kedua -seekor lembu

-waktu ketiga -seekor kambing kibas

-waktu keempat -seekor ayam

-waktu terakhir -sebiji telur


5.Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : “Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya.” (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Cukup 5 lima nih. Nak amalkan pon belum tentu konsisten.huhu..Tapi kita cuba dulu minggu nih..selamat beramal ye..


Rujukan:Solusi isu no.27

Izzat Zainal,

Pulau Gadong, Melaka

6:47am


0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails