Thursday, July 1, 2010

Camane ek nak approach junior ?

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..




Salam ukhwah buat para pembaca sekalian, entry kali ini bagi menjawab pertayaan seorang pembaca di formspring.me di blog ini.




Soalannya berbunyi begini, “Bagaimana nak approach junior sebab nak buka sem ni.” Oh ! soalan yang sebenarnya sukar dijawab sebab takut saya tak buat. Huhu...




Lagipun buka sem ni juga saya masuk sem ke tiga dan sem pertama bakal menerima junior. Namun bukanlah alasan untuk tidak menjawab pertayaan tersebut. Saya akan menjawab berdasarkan pengalaman yang sangat sedikit sebelum ini serta perancangan yang disusun dalam kepala saya sendiri.




Sebenarnya perbincangan sebegini akan saya dan beberapa orang ikhwah bincang sebelum masuk ke ipt. Minggu ni saya akan menghadiri satu daurah berkenaan hal ini. Meskipun berat kaki mahu melangkah tambah pula dengan karat jahiliyah yang masih ada pada diri tetap juga kena pergi kerana siapa lagi nak buat kan ?




Sebenarnya kita jangan fikir kita sangat dibutuhkan oleh dakwah, tetapi hal sebaliknya iaitu kita yang sangat membutuhkan dakwah. Dakwah yang akan mengheret kita kepada erti kehidupan sebenar. Believe me !




Toyyib, Dah lari topik pulak..huhu..




Berikut antara perkara yang bermain di dalam kepala saya bila memikirkan tentang approach junior :




1. Minggu orientasi dan boleh memulakan gerak kerja. Ramai yang kata tidak efektif ziarah minggu ini sebab kebanyakan pelajar sibuk dengan aktiviti. Biasanya habis sampai tengah malam dan pelajar akan lelah kerana seharian berprogram. Baik, saya pun pada mulanya terfikir gak apakah cara yang efektif. Tiba-tiba teringat waktu orientasi yang saya tempuh dulu, ada dua orang brother yang berlainan ‘kapal’ approach saya ketika orientasi.




Ha..seorang ni approach waktu lepas solat subuh. Waktu itu kami sedang lepak-lepak kemudian dia datang dan sembang-sembang sikit. Sebelum beredar dia minta nombor phone, katanya nak ajak joging ke bukit beruang (tempat riadah di Melaka).




Brother ni memang buat apa yang dia cakap. Dia mesej saya lepas habis program orientasi dan ajak saya panjat bukit beruang. Malangnya saya tak dapat joi, sebab apa entah.huhu..




Brother sorang lagi ni approach waktu solat maghrib di masjid. Ketika menunggu solat isya’ dia datang dekat saya, sembang-sembang sikit dan terus minta nombor phone dengan alasan yang sama iaitu nak ajak ke program. Saya pun bagilah sebab dah tau dia dari ‘kapal’ mana.




Jadi, ini strategi yang boleh digunakan waktu orientasi. Bayangkan satu malam dapat 2-3 nama, 5 hari dah leh dapat 10-15 orang. Jadilah tu, tak perlu ramai-ramai kang tak menang tangan. Capai yang dekat dulu bak kata seorang ikhwah. Saya pun dah lupa sapa. Oh !




Makanya, kenalah balik awal seminggu..hoho..




2. Baik, yang kedua ni pernah la buat masa di matrikulasi dulu. Di ipt tak pernah lagi lah, tapi insyaAllah dalam kepala dah ada.huhu..




Taklim mega, mungkin ada yang familiar dan mungkin ada yang tidak. Baik, taklim mega adalah satu program yang biasa aktivis buat untuk mentajmi’ mad’u. Macam-macam benda kita boleh buat dalam taklim ni seperti tayangan, ceramah dan sebagainya.




Saya lebih prefer untuk mengadakan tayangan palestin kerana isu ini tak pernah habis selagi mana umat palestin bebas. Ramai yang masih tidak peka dengan isu ini. Maka sangat sesuai dibawa dalam taklim mega tersbut. Dengan sedikit penerangan tentang tayangan selepas ditayangkan akan memberi lebih input kepada mad’u.




Semasa tayangan dijalankan edarkan risalah-risalah serta yang paling penting nama kehadiran mad’u yang hadir ke taklim untuk follow up selepas program.




Ini antara kaedah yang baik jika dipraktikkan. Tentu saja mad’u yang datang berminat dengan islam, maka jangan tunggu lagi. Cubalah buat !




3. Yang terakhir tiada cara lain melainkan ringan kaki pergi ziarah mereka. Cubalah kenal di surau dulu kemudian minta nombor bilik supaya senang ziarah.




Jadi saya rasa cukup setakat ini cara-cara nak approach junior, ni cuma yang ada dalam kepala saya je, kalau pembaca ada cara lain boleh la tambah lagi di ruangan komen ye. Saya sangat berharap dapat laksanakan 3 perkara di atas ketika sampai di ipt nanti. Bukan apa hati ni kan Allah yang pegang. Bisa saja dia tak mahu gerakkan hati ini buat kerja dakwah yang mulia ini. Nauzubillah...




Doakan sama-sama kita buat supaya suasana ISLAMIC dapat kita warnai di ipt masing-masing.




INGAT !




DAKWAH TAK PERLUKAN KITA, KITA YANG PERLUKAN DAKWAH !

2 comments:

  1. salam sharing yang baik..

    maybe nak tambah sikit,
    mungkin boleh menyasarkan junior2 kita di sekolah dahulu,dan masuk satu ipt dengan kita..
    boleh beri tunjuk ajar pada mereka,menceritakan pengalamn etc,dan sekaligus mentajmi' mereka..

    sekadar cadangan..moga dipermudahkan urusan kita semua..amin~

    ReplyDelete
  2. To Amin Baek : Syukran atas perkongsian..InsyaAllah, sama-sama kita mencari junior sekolah lama kita..

    ReplyDelete

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails