Friday, July 9, 2010

Aku suka ESQ





Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum...



Salam ukhwah buat pembaca yang di kasihi sekalian. Jangan terkejut dengan tajuk entry ini, saya percaya isu ini menjadi sedikit kontrovesi dikalangan masyarakat kita sekarang dek kerana fatwa pengharaman ESQ yang dikeluarkan mufti wilayah persekutuan iaitu Datuk Wan Zahidi Wan Teh.




Saya tak pernah mengikuti program ESQ yang di anjurkan mereka, tapi tahulah ESQ tu apa. Lebih kurang cam slot muhasabah yang memberi keinsafan la. Memang saya akui sendiri slot seperti ini memberi kesan mendalam kepada jiwa, ia juga tergantung kepada pengisi atau trainer itu sendiri. Mereka yang punya kekuatan ruhiyah serta di tambah pula dengan kemahiran psikologi yang tinggi sahaja mampu untuk menyentuh jiwa-jiwa manusia (Hidayah unsur pertama).



Saya sendiri jika ada slot muhasabah pasti akan cuba untuk menangis kerana elemen didalamnya yang memberi keinsafan. Dalam berdakwah ni ada pelbagai cara. Tak kan kita nak tolak method dakwah seperti ini jika ia memberi keinsafan dan kesedaran. Walhal di luar sana method dakyah puak yahudi dan nasrani semakin di pelbagaikan. Ada saja idea hiburan yang di jelmakan. Tidak risaukah kita ? Jika di lihat testimoni mereka yang pernah mengikuti program ini pasti kita temui terlalu banyak perkara positif
Kita sepatutnya lebih kreatif dalam berdakwah asalkan matlamat tidak menghalalkan cara sudah !



Menurut Ustaz Zaharuddin, “Sebelum saya mengulas, terlebih dahulu ingin saya nyatakan secara umum, kalaupun kandungan kursus ESQ tidak mempunyai sebarang kesilapan dari sudut Aqidah yang jelas, seluruh kursus ESQ ini AKAN TETAP DITOLAK oleh individu dan kumpulan yang mengikuti manhaj SALAF.



Ini kerana mereka TIDAK menerima konsep keharusan ijtihad dalam bab ibadah khusus (ta'abuddi) sama ada cara atau pendekatan tambahan, malah berzikir menggunakan biji tasbih turut tidak diterima oleh majoriti individu dari aliran ini, apatah lagi sebuah majlis seperti ESQ yang menggunakan pendekatan zikir yang lebih jauh dan pelbagai dari biji tasbih. Kesimpulannya, mana-mana individu yang kukuh dan utuh berpegang kepada aliran pendapat sebegini (khususnya dari kalangan yang dianggap ekstrem, keras serta tegas), kursus ESQ sememangnya TIDAK SESUAI atau boleh dikatakan sekitar 60 % pendekatan dan inti kursus akan diputuskan tidak menepati Syariah jika dinilai dari neraca dan pertimbangan aliran yang digelar salafi.



Pembaca tidak perlu merasa marah atau pelik dengan keadaan itu, ini adalah kerana mereka mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ibadah khusus dan teknik pelaksanaannya, malah kebanyakkan pegangan dan pendapat mereka sudah dari awal tidak selari dengan pendekatan dan majoriti kandungan kursus ESQ, justeru terlalu banyak dari pendekatan ESQ yang akan secara automatis tergolong dalam rekaan bentuk dan pendekatan baru bagi ibadah khusus, seperti zikir dalam suasana baru, teknik baru, tafsiran dan huraian baru dan macam-macam lagi.



Namun begitu, menurut pengamatan saya. Aliran Salaf di Malaysia boleh dibahagikan secara umumnya kepada tiga jenis, Pertama : Yang ekstrem lagi keras dan tegas. Kedua : Yang Sederhana (moderate), Ketiga : Yang lebih lembut dan toleran (Mild). Penolakan total ESQ yang saya maksudkan di atas pastinya dari kumpulan jenis pertama, manakala Salafi dari kumpulan kedua dan ketiga, banyak bergantung kepada perincian, perubahan dan perbincangan. Ada yang menolak dan ada yang boleh menerima. Justeru, bukan semua salafi akan menolak ESQ secara total.



Kesannya, perbincangan samada pendekatan dan kandungan kursus ESQ benar atau salah, tepat atau seleweng, hanya relevan bagi individu dan kumpulan yang berpegang kepada manhaj KHALAF, ahli takwil dan kumpulan sufi. Ini merupakan pegangan majoriti ahli agama dan awam di Malaysia.



Namun demikian, tidak ramai orang awam yang faham tentang kewujudan dua aliran kefahaman utama di kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Cuma jangan dipelikkan kerana ia perkara biasa malah turut wujud dengan luasnya di seluruh dunia umat Islam.”



Saya rasa antum pun faham dengan penjelasan Ustaz Zaharuddin ni. Setiap acara atau program pasti tak boleh lari dari kesilapan. Begitu juga ESQ, namun ruang pembaikan terbuka luas. Tak perlu untuk kita terus menghukum siapa salah, siapa benar, siapa sesat dan pelbagai lagi kenyataan untuk terus menghukum. Saya sertakan ustaz Zaharuddin untuk penjelasan yang lebih mendalam dan fatwa pengharaman mufti.



Selamat membaca..
http://www.zaharuddin.net/content/view/828/89/ & http://beliamuda.com/2010/07/fatwa-pengharaman-esq-oleh-mufti-wilayah-persekutuan/

1 comment:

  1. try la g esq.feel da experience.seriusly menusuk dalam kalbu..banyak dapat ilmu dari esq:)

    ReplyDelete

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails