Tuesday, February 1, 2011

Jaulah Melaka-Selangor-Kuala Lumpur-Negeri 9

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..


Salam buat teman2 blogger dan pengunjung blog saya. Cuti raya cina ni rasa agak seronok kerana dapat ronda2 pusing KL dan selangor.

Rasa terisi la sikit cuti ni dengan benda manfaat daripada duduk rumah yang hanya makan, tidur dan lepak2 je. Kalau ronda2 dapatla ziarah kawan eratkan silaturahim. Jaulah(jalan2) juga dapat kita merenung kebesaran Allah, betapa ciptaan Allah ni Maha Luas, cantik dan indah.

Baru2 ni di johor banjir, mungkin musibah disana. Melaka pon ada terkena banjir juga. Kesian juga la bagi mereka yang terlibat. ada yang terpaksa dipindahkan ke sekolah dan sebagainya.

Saya sendiri tidak berkesempatan ke sana kerana banjir yang masih belum surut. Mungkin rezeki di hari lain. Apa pun saya seronok dapat berjaulah di sekitar KL dan selangor. Kadang2 ni bila berjalan ada idea2 atau ilham2 yang menarik yang Allah kurniakan. Itu sebabnya salah satu cara untuk tenangkan diri, dapatkan idea2 kita kena keluar berjalan2. Bagi yang ada duit sikit boleh la pergi ke luar negeri ke tempat2 yang menarik.

Kesesakan kota


Smart tag puas hati..hoho..


Kadang2 kita kena keluar juga dari persekitaran sedia ada. Kalau pelajar waktu cuti la dapat pergi ke mane2 yg suke asalkan ada duit. Simpanla sikit duit ptptn atau jpa.

Dapatla hilangkan sikit stress belajar, huhu..(aku tension belajar ke?)..Bagi mereka yang amik kos yang high level thinking tu mungkin la stress kan. Bagi pelajar cam saya ni tak stress kot. Ikut masing2 la.

Tapi yang pasti jaulah(jalan2) dapat membuat stress kurang, masalah dapat diselesaikan kerana fikiran waktu tu dapat lari dari kesesakan kota(stress kerja dan bagai lagi).

Benda baru


ade benda baru kat sini sy jumpe..ngee~


Ada benda baru saya belajar ketika jaulah ni, tentang munakahat, pengurusan dan beberapa hal lagi. Kita ni kalau buat apa pun kena pastikan ianya beri manfaat kerana setiap perkara yang tdk manfaat jdilah sia2. Mudah ja! so, pilihla yang mana kita nak.

Alhamdulillah, jaulah saya ni bersama teman yang baik. Pasti ada nilai yang baik saya dapat. Kita ni orang melayu islam kekurangan nilai pada diri. Bukannya kita lemah kerana tdk punya apa2. Tapi kita lemah kerana tdk mahu mencari nilai2 tersebut. Nilai ape? ha...nilai positif la..kalau nak tahu apa itu NILAI dapatkan majalah solusi isu no. 26. Huraian dan kupasannya cukup menarik dan praktikal. DApatkan segera!

Jama' dan qosar



buat jgn tak buat!


Ni satu keistimewaan bagi mereka2 yang bermusafir. Asalkan tujuan baik dan ckp jaraknya silakan jama' dan qosar. Ni hadiah dari Allah buat hamban-Nya.

Pustaka Indonesia


bagus buku ni. Kami beli 1.


Sewaktu ke KL saya sempat ke pustaka indonesia, dah lama nak pergi tapi baru kemarin berkesempatan dapat ke sana. Bagi orang KL mungkin dah biasa di jalan masjid india, rasa sedikit teruja kerana banyaknya buku2 agama yang pd saya cukup bermanfaat.

Belum lagi ke bandung, Indonesia yang pastinya lebih banyak buku disana dengan tawaran harga yang mengujakan. Saya berharap dapat ke sana suatu masa nanti kerana sangat berminat dengan buku2 tulisan gaya gitu.

Muhasabah diri



sob3..


Apa yang pasti jaulah saya ni matlamatnya adalah untuk bermuhasabah diri, rasanya sangat perlu saya merenung balik diri ni kerana rasa banyak khilaf yang dah di buat. Bila berjalan ni rasa termotivasi sikit untuk mengubah kembali kesilapan lama supaya berlaku transformasi ke arah yang lebih kemas dan tersusun baik diri, keluarga, teman2, bisnes, stadi dan lain2. InsyaAllah..


Jauh lg perjalanan kite..


Pusing2 kota sambil bergambar.

Saja buat kenangan. ngee~~~


HQ cimb kot ni..besor semacam je..

hehe..sekali-sekala..

Tinggi kot bangunan blkg ni..

pening nak pilih yg mane..sudahnye x beli ape pon..huhu..


Yahooo!!!!!!famili nak dtg negeri 9. So, jaulah ke negeri 9 pulak lepas ni..

ok, sekian utk post kali ni. Selamat bercuti semua!


Izzat Zainal

Sg. Buloh, Selangor


7 comments:

  1. jaulah macam best tapi gambar kurang best untuk dilihat la akh

    ReplyDelete
  2. oh, sekarang ana ade kat negeri sembilan. taknak singgah ke?

    ReplyDelete
  3. shahniz:suke no buat cam 2.
    ibnusarha: ape yg ish ish, udah le x singgah melake..
    Abu Dzar: gmbr krg best?
    ibnu_ghazali: singgah seremban kot hri ahad 2, antm je yg xde.

    ReplyDelete

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails