Salam 2 all.
Tiba-tiba teringatkan pensyarah saya yang seorang ni. Beliau seorang yang bijak pada saya kerana punya strategi yang tersendiri dalam menguruskan fakulti.
Beliau sebelum memulakan sesi pembelajaran sering kali memberi sedikit nasihat kepada kami. Memang agak membosankan jugakla kelasnya sebab terpaksa gabung kelas. Agak huru-hara jugakla dibuatnya kelas ni. Tu yang malas je nak masuk belajar.
Ada suatu hari tu dia bercakap tentang duit. Nah! bernas juga ideanya. Quite simple but great! Pada saya la kan.
Ok, saya nak tanya. Apa tindakan korang jika duit dalam dompet tidak mencukupi ketika berada di kaunter bayaran? Fuh! gelabah la kan. Dahla beratur panjang tadi. Penatla beratur panjang2 tapi akhirnya duit tak cukup. Sob3..
Kalau nak pulangkan barang tersebut ke tempat asal memang boleh je. Tinggalkan je barang2 tu kat kaunter nanti pekerja hantarkan. Tapi! penatla cari tadi kan, pusing2 melilau. Yang penting nak guna barang tu bila balik nanti.
haa.. cane nak buat kalau jadi camni? Jawab2..hehe..
Sebenarnya saya pon kalau jadi camtu tak tahu nak buat apa. Kalau ada kawan2 masa tu boleh la pinjam, isteri ke..huhu..Tapi pepatah mengatakan mencegah lebih baik dari merawat.
Kalau ada poket doraemon bolehla kan ..hehe..
Anggapla tip saya nak kongsikan ni cam poket doraemon ye. Jadinye, apa yang pensyarah saya bagi tahu dia akan simpan duit “spare” yang tak akan usik langsung kecuali keadaan yang sangat mendesak. Kalau tak silap beliau kata hari tu rm200. Duit ni boleh diselitkan dicelah2 ruang beg duit yang ada. Pastikan tidak letak sekali dengan duit2 yang lain diruang utama. Nah! ok tak idea ni. Jadi bolehla praktikkan ia. Ni la tip yang saya nak kongsikan. Sangat praktikalkan ? Boleh la nanti digunakan duit ni ketika keadaan mendesak.
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment