Salam 2 all..
Pertama sekali saya mahu minta maaf kerana semalam tidak post entri seperti yang dinyatakan sebelum ni kerana ada masalah teknikal sikit. Nama pon belajar kat universiti teknikal tapi ada masalah teknikal lagi..huhu..apapun manusia tak sempurna.
Dalam buku Donald John Trump yang saya baca ini di bahagikan kepada dua bahagian. Pertama berkenaan kisah kehidupan Donald John Trump dan keluarga dalam melalui liku-liku kehidupan. Kisah-kisah kejayaan beliau yang menbanggakan dan ada juga kisah kegagalan beliau dalam menguruskan perniagaan. Sudah menjadi lumrah kehidupan orang yang mengusahakan perniagaan pasti ada kegagalan disebalik sebuah kejayaan.
Bahagian kedua pula berkenaan MOTIVASI MINDA. Saya suka membaca tip-tip yang di berikan oleh Donald Trump. Gaya cerita buatkan mereka yang mahukan kejayaan terasa termotivasi. Untuk entri ini saya mahu kongsikan berkenaan bahagian ke-2.
GAYA 1 : LAKUKAN PERKARA YANG KITA CINTA
Diselitkan kisah kejayaan mereka yang berjaya dalam buku ini. Mereka yang berjaya ini juga berkata perkara yang sama.
Chef Wan : “Saya hanya melakukan perkara yang saya suka”
Nampak kan? ha, ini gaya pertama yang beliau beritahu. Buktinya chef wan mampu menjadi orang yang hebat dalam bidangnya. Ini tidak lain kerana minatnya yang mendalam. Bayangkan saja beliau meninggalkan bidang akauntan kerana mahu jadi chef. Tapi tidakla salah kerana ilmu akauntansi beliau boleh juga diaplikasi di mana-mana.
Tapi, kebiasaan orang yang dah dapat ijazah akauntan mesti nak jadi akauntan di bank kan.
Apa pun perkara yang kita minat kalau di usahakan sungguh-sungguh pasti ada hasilnya gempak! dan memuaskan! yang penting kepuasan qolbu kita dulu. (Baru belajar bahasa ni..huhu..)
Kos yang tak diminati di ipt
Baru-baru ni ada jumpa junior yang nak “extend” belajar. Alasannya tak minat, tiap-tiap minggu balik rumah. Bukan dekat2, utara mari tu. Tu dia..
Kalau kes camni nak buat camane ek? dah kontra dengan gaya 1 dari Donald Trump pulak. Tenang.. pasti ada cara lain. Saya sebelum ni pun blur juga dgn subjek yang di ambil (Fakulti pengurusan teknologi dan teknousahawan : Pemasaran teknologi tinggi). ape tu ? mesti korang pon blur kan. kah3..Tapi tak pe. kite kena optimis.
Saya suka ayat yang digunakan dalam gaya pertama buku ini iaitu “Bagi meraih kejayaan dengan lebih bermakna, kita hanya mempunyai dua pilihan sahaja. Pertama, lakukan perkara yang kita cintai atau cintai perkara yang kita lakukan.” bukanlah saya mahu memuja kata-kata ini sehingga menidakkan quran dan hadith. Tapi ni mungkin hikmah yang orang bukan islam dapat.
Jadinya, nasihat saya kepada junior ni belajar je dulu. Yang penting optimis, bidang apa pun yang penting '”be serius”. Kalau dapat kos medik pon kalau malas nak belajar kena “kick” juga. betol kan? So, pilihla yang terbaik untuk diri dan bakal isteri (ehem..).
kembali membedah
Selingan sikit je tadi. Apa pun saya nak bagi tahu pembaca carilah perkara yang kita cinta atau minat kerana ianya akan sangat bermanfaat buat kita nanti. Asalkan benda tu baik dan berfaedah, contohnya berblogging ke dan bagai lagi la.
Rasanya sampai sini dulu, saya ada kerja lain nak buat ni. Saya akan update lagi 17 gaya/tip yang ditulis dalam buku Donald Trump. Insyaallah..
P/S : Ada yang komen penulisan saya ni boring..ermm..saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan ye.
Tengah belajar menulis penulisan kritis..huhu..doakan saya..Wassalam..
ghazipasha: ok r 2 komen. kan kite kene optimis? xgtu? ana lg, xdpt komen pn. tp kte kne optimis kn.
ReplyDeleteana dtg ngn post baru.
hahahaha
Salam,
ReplyDeleteTerutamanya Pemilik blog ini..
Nama saya Mr.os hehe orang panggil
saya wald,saya orang baru kat blog ini
diharap kedatangan saya di sini di alu-alu
oleh pemilik blog ini,....:)
Saya akan kembali lagi
dengan tips yang berguna:)
Terima Kasih
oswald
Berfikir Cara Saya