Salam 2 all..
Apa kabar anda semua ? Saya doakan kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya kini sedang di berada di zone exam. Satu zone yang bisa membuat ramai stress kerana tidak akan tenteram selagi tidak habis menghadapinya. Baru rasa hendak update entri setelah beberapa ketika.
Terima kasih kepada kalian yang sudi singgah di blog kesayangan saya. Saya mahu membicarakan sedikit topik yang mungkin tidak penting bagi sesetengah orang tapi bagi saya ianya sangat penting dan perlu diwujudkan dalam diri setiap kita. MOTIVASI! haa, inilah yang saya katakan penting tadi. Sejak saya mula mahu mendekati al-quran sungguh saya sangat kagum dengan satu ayat Allah ini. Ianya berbunyi, mafhumnya “ Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu orang beriman.” boleh cek ayat ke-139 surah ali imran. Nah! bukankah ini satu motivasi dari Allah buat kita? terasa ketenangan itu milik saya ketika merenung ayat ini. Tatkala resah dengan kehidupan sering kali saya teringatkan ayat ini.
Teman-teman sekalian, ada banyak faktor yang menyebabkan kita “down” dalam kehidupan ini.
Masalah dalam pelajaran
Ini satu hal yang sering menghantui mereka-mereka yang tidak berapa cerdik. Saya rasa termasuk dalam “group” ini. Kadang-kadang stadi lebih tapi keputusan sama ja dengan yang tak stadi. Haa, itu jam memang “down” la kan. kalau duduk sorang-sorang tu mula la fikir bukan2. Haish! kenapa la aku ni tak pandai2. Kalau tak da motivasi mesti dah malas nak belajar atau buat apa yang berfaedah lagi. Mana taknya, rasa konfiden dah jawab exam tapi markah rendah juga. Tapi kita kena tenang! ada la tu silapnya dimana-mana. Disini pentingnya kita mencari motivasi bagi menghidupkan kembali qolbu kita yang sangat memerlukan siraman untuk ia segar kembali. Qolbu yang kuat akan buat kita lebih bersemangat untuk terus berjuang di lapangan “belajar”.
Masalah dengan kawan-kawan
Percaya atau tidak kalian bahawa ada yang sanggup “extend” belajar kerana masalah dengan sahabat@rakan@teman ? YA! jawapan ada! Terpulanglah jika ia sudah meletakkan keputusan sedemikian. Saya tidak mahu mendesak supaya ia mengubah kembali keputusan yang telah dibuat. Mengapa ada masalah dengan kawan2? Saya sendiri sering kali bermasalah dengan kawan-kawan2. Terkadang tension sendirian, mana taknya seolah-olah kita ni harus “perfect”. Apa yang buat saya terkadang “panas” semacam kalau belakang kita dia kutuk macam2. Fuh! mendidih rasanya. Tapi jangalah sampai bergaduh bermasam muka. TAK BAIK!!!
Cari la motivasi balik. Camne tu? haa, maksud saya disini kita cuba la berbaik semula dengan kawan2. berlapang dada lah. Ego tu harus dibuang jauh! Saya sendiri cuba untuk berbuat demikian. InsyaAllah..
Masalah dengan bisnes
Nah! ini point saya sebenarnya. Kadang2 tu kita semangat sangat mahu berbisnes tapi bila diuji dengan sedikit rintangan kita mengalah. Suka saya listkan beberapa rintangan yang sering menghantui dalam melemahkan motivasi kita :
1. Tiada modal. Ini sering terjadi kepada saya. Akibat tidak pusing duit modal dan keuntungan saya terus tiada modal kembali. Memang agak down ketika itu. Baru la menyesal nape la enjoy dengan keuntungan yang tidak seberapa tu. Apala salahnya simpan untuk pusing modal. huhu..
2. Malas. Laa..simple je rintangan ni..tapi ini lah yang membuatkan kerja kita tak siap2. Sikap malas ni la yang membuatkan kita bertangguh dalam menyiapkan kerja. Saya baru sahaja terbaca entry terbaru di blog Bro Patric chan tentang The Secret How To Stop Procastination. Memang boleh dipraktiskan kalau kita mahu. cuba la baca dulu. Nice!(Klik saja pada tajuk entri atau nama beliau)
3. Tak cukup ilmu. Ni satu rintangan juga. Tapi, apa pun kita yang malas nak mencari ilmu. Selalu teringat kata-kata abah saya “Along, nak jadi senang bukan senang”. Meski pun simple tapi pada saya ia membawa makna yang mendalam. Kadang-kadang kita selalu mahu mendapat sesuatu dengan cara mudah. Suka saya mengungkap kisah pak man telo yang menipu orang melayu kita. Nak salahkan dia pon tak boleh juga, dah memang mentaliti setengah kita yang mahu mudah saja mendapat duit tanpa usaha yang setimpal. Hmm.. ayuh! jom kita mencari ilmu. jangan malu nak bertanya kepada sesiapa pun jika mahu menambah ilmu. Normal la kan jika kita merasa rendah diri tapi sampai bila ? Tak kan melayu hilang di dunia! kerana apa? kerana kita ada ISLAM!, agama Allah yang akan sentiasa benar!
Pesanan buat diri saya khususnya :
1. Carilah ilmu sebanyak mungkin.
2. Jangan malu bertanya jika mahu dapatkan ilmu.
3. Mesti berani menyahut sebarang risiko tapi dengan kebijaksanaan yang dikurniakan Tuhan bukannya membabi buta.
4. Segeralah bertindak jika peluang itu sudah di depan mata.
Sekian saja coretan saya buat kali ini. InsyaAllah akan terus menulis di masa akan datang. Semoga ada manfaatnya buat diri saya dan kalian. Sebarang komentar sangat saya alu-alukan. Wassalam..
0 comments:
Post a Comment