Monday, April 4, 2011

Jom kikis sikap suka berlengah!

 

images

Salam 2 all..

Sungguh rindu sekali dengan blog kesayangan saya ini. Hari ni saya ingin mula serius dalam penulisan di blog. Minggu lepas saya telah menghadiri seminar seorang otai IM iaitu Bro Mawardee Sebelum ini saya tidak mengenali beliau kerana hanya 2-3 orang otai IM sahaja yang saya “update” menerusi blog mereka. Selepas mendapat mailing list daripada Bro Raja Kamil tentang seminar, saya terus berminat untuk menghadiri seminar buat duit oline yang dikendalikan oleh Bro Mawardee. Meski pun yuran nya boleh dikatakan mahal oleh kebanyakan orang namun saya tidak mempedulikannya kerana dahagakan ilmu-ilmu sebegini. Alang-alang mahu serius tidak salah saya melaburkan sedikit wang untuk ilmu yang bermanfaat.

Selepas balik dari seminar saya rasa sungguh bersemangat untuk menjalankan perniagaan di internet. Sejak itu saya mula mengkaji perlahan-lahan mengenai buat duit online ini. Sedikit “update” berkenaan saya pada minggu lepas.

Ketika menulis ini saya berada di perpustakaan UTeM dengan hanya bertemankan laptop Dell kesayangan. Saya terfikir seperkara bagaimana Irfan Khairi menjana wang jutawan ringgit dengan hanya melalui perniagaan online. Walhal ketika zaman beliau perniagaan internet di Malaysia belum berkembang lagi. Dari satu aspek saya melihat siapa yang yang menjadi “pioneer” dia lah yang akan menjadi pakar. Memang benar sekarang beliau adalah seorang pakar dalam perniagaan internet. Alhamdulillah..seorang anak melayu beragama islam berjaya dalam bidang ini. setelah beliau muncul lah nama-nama besar yang lain dalam “industri” perniagaan internet ini.

Ketika saya membuka blog Eruwan Gurrey saya mendapat satu lagi point kenapa Irfan Khairi berjaya dalam bidang ini. Jawapannya adalah terus mempraktikkan ilmu yang beliau dapat. Nah! bunyinya mudah tetapi nak melaksanakan cukup susah. Hanya mereka yang bersungguh-sungguh sahaja dapat melaksanakannya.

Saya mahu berkongsikan tip2 daripada eruwan Gurrey bagaimana hendak mengikiskan sikap2 suka berlengah-lengah dalam diri.

1. Tetapkan masa untuk bermula sebaik sahaja mempelajari sesuatu ilmu baru. Sebaik-baiknya dalam masa 1 sehingga 2 minggu selepas kita mempelajarinya.

2. Tulis di atas kertas tarikh dan masa kita ingin melakukannya dan letakkannya di satu tempat yang mudah untuk kita lihat.

3. Apabila tiba tarikh dan masa yang telah kita tetapkan, terus lakukannya dan jangan berikan sebarang alasan kepada diri anda untuk tidak memulakannya pada masa tersebut.

4. Setelah mengaplikasikan ilmu yang telah anda pelajari, lakukan muhasabah diri dan lihat sejauh mana keberkesanan usaha yang telah anda lakukan.

5. Rancang strategi untuk memperbaiki usaha anda dan tetapkan semula tarikh dan masa untuk meningkatkan usaha anda itu.

6. Ulang semula tip-tip di atas daripada awal untuk lebih meningkatkan kejayaan usaha anda secara berperingkat-peringkat.

Pendek kata, jika kita mahu menjadi seseorang yang berjaya di dalam apa jua bidang yang kita ceburi, lebih-lebih lagi mengenai perniagaan internet, kita perlu terus mengaplikasikan apa jua ilmu baik yang telah kita pelajari. Berkat usaha dan kesabaran kita di dalam melakukannya, kita juga akan menjadi seorang yang berjaya seperti Jutawan Internet – Irfan Khairi.

Sekian dari saya buat kali ini. Nantikan post yang akan datang. Wassalam..Senyuman

2 comments:

  1. gPasha ni: tu diaa.. dah kluau cita duit dia..bakal menteri kewangan ni(",)

    ReplyDelete
  2. Amin......hehe.......xde la smpi ke situ.....

    ReplyDelete

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails