Salam ukhwah buat pembaca sekalian. Saya mendoakan kalian dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Di akhir-akhir ramadan ini mari kita mengejar untuk berbuat amal sebanyaknya. saya merasakan ramadan pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun lalu. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat ini. Mungkin antara faktornya adalah kehadiran ikhwah-ikhwah dari batch matrikulasi tahun lalu memberi saya sedikit sinar dan semangat untuk terus istiqomah di jalan-Nya.
Lalai.
Pun begitu saya masih lagi lalai dalam menjalankan kewajipan dan amanah yang di taklifkan kepada saya. Ada amanah yang ingin di kongsikan bersama pembaca sekalian. Pertamanya ialah belajar, kalau sebelum ni saya tak memandang belajar satu perkara yang penting sangat kerana mungkin kerana background di sekolah dulu yang ..... mungkin juga ghairah dan terasa nikmat tarbiah ini perlu dikongsikan bersama menyebabkan saya tak berapa nak ambil pot. Mungkin dari segi tsaqofah ilmiah islami saya tidak berapa cukup tapi keinginan untuk mengajak orang untuk kembali menghayati islam tu cukup tinggi ketika ini hingga menyebabkan saya tidak cenderung belajar dan lebih semangat untuk mentajmi’ kawan-kawan dengan strategi yang tersendiri.
Inilah yang terjadi ketika di matrikulasi dulu, bila saya renung kembali inilah yang sering disebut-sebut oleh ikhwah senior semangat tanpa di barengi kefahaman maka ia tidak akan kekal lama. Memang betul apa yang di perkatakan itu. Saya bersyukur sangat kerana masih lagi di izinkan untuk terus di jalan tarbiah meskipun kefahaman yang minimal dan juga kini sangat terasa tarbiah sudah mula longgar, tidak seperti dulu. Mungkin ini satu ujian samaada saya mampu bertahan atau tidak.
Ikhwah wa akhwat sekalian, kini saya sedar belajar juga adalah tanggungjawab yang amat penting abad ini. Mana tidaknya kalau nak bersaing dengan kaum kuffar sangat memerlukan ilmu, jika di lihat mereka jauh terkehadapan dalam keilmuan kini. Justeru kita wajib untuk terus belajar dan belajar untuk mendapatkan ilmu. Niatkanlah kerana Allah tanpa terselit riak dan sebagainya.
Meskipun result yang kurang cemerlang baru-baru ini akan saya kuatkan semangat untuk terus belajar. Saya cuba set kan dalam pemikiran belajar bukan saja untuk exam tapi untuk hidup. Itulah yang lebih kekal. Teringat kata-kata pensyarah saya yang juga penasihat akademik yang seringkali membeikan motivasi kepada saya dan kawan-kawan ketika dalam kelas, katanya berapa ramai mahasiswa yang mendapat anugerah dekan di luar sana tapi tak boleh buat kerja. Tapi bukanlah nak mengatakan anugerah dekan tak penting cuma kalau belajar tu jangan ‘exam oriented’ semata.
Maka, sekarang ni saya hendak berpesan khusus buat diri, adik2 ku, ikhwah2 yang kusayangi, akhwat2 yang terus tabah mentarbiah walaupun kalian agak terbatas dari segi pergerakan, kawan2 serta pembaca blog ini, mari kita sama-sama fokus kepada belajar dan belajarlah sesuatu masa hidup sebelum kita di panggil kelak.
Sekian saja buat masa ini, akan di kongsikan lagi perkara-perkara yang bermanfaat untuk kalian. Doakan saya istiqomah menulis walaupun penulisan saya tidaklah berkualiti jika nak di bandingkan dengan ikhwah wa akhwat lain, namun akan saya gunakan apa yang ada pada diri untuk dakwah tercinta. Allahuakbar !!!
ye betul akh..moh kita study..banyak yang perlu diambil kira dalam kehidupan kita ni..x dinafikan semangat para syabab memang begitu..selalu berfikir tindakan kita yg plg tepat..huhu..
ReplyDeletemoga terus maju akh
salam...
ReplyDeletemoga berjaya di kesemua lapangan yg disertai..
akademik mahupun dakwah..insyaallah
Allah pasti akan membantu orang yang membantu agamaNya...insyaallah
to syafiQ : syukran akh, mari kita jaga dakwah dan stadi
ReplyDeleteto amin baek : syukran akh, ana seronok bekerja dgn antum, insyaAllah yg pasti janji Allah tak pernah meleset. pasti akan ditolong mereka yang menolong agama-Nya.