Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..
Salam ukhwah buat pembaca dan pengunjung blog notalelaki.blogspot.com. Saya ingin berkongsi ilmu dengan kalian berkaitan ilmu bisnes. Dua minggu sudah seseorang telah memberi pinjam sebuah buku kepada saya yang berjudul “Menjadi usahawan sehebat Muhammad bin Abdullah.” Pada awalnya saya hairan juga kerana seolah belum pernah mendengar tajuk buku ini kerana ia menghantar melalui mesej. Setelah melihat buku tersebut baru saya teringat suatu ketika pernah tergerak untuk membeli dan menbaca tapi disebabkan faktor kewangan yang menghambat membuatkan saya melupakan dulu keinginan tersebut. Namun, Allah itu Maha Mengetahui isi hati hamba-Nya. Akhirnya, dapat juga saya membacanya dan menghabiskan dalam masa dua minggu. Mungkin sibuk dengan rutin harian..huhu..alasan je sebenanrnya..
Persepsi awal saya apabila melihat buku ini mengatakan Rasulullah s.a.w memang seorang yang sangat mantap dalam perniagaan. Memang benar setelah menyelak sehelai demi sehelai buku ini, subhanallah..sungguh mantap corak, style rasulullah s.a.w dalam berniaga.
Setiap kita yang ingin menjadi usahawan atau bisnesman wajib baca buku ini kerana terkandung isi yang tersurat dan tersirat bagi kita untuk menjadikan rasulullah s.a.w sebagai qudwah wa uswah di sepanjang perjalanan hidup kita.
Di bawah ini saya ambil sedikit ilmu dalam buku ini untuk tatapan kalian. Semoga bermanfaat buat mereka yang berbisnes :
Gay hendriks dan kate ludman di dalam bukunya pada bab akhir merumuskan terdapat tujuh ciri yang di perlukan oleh seseorang untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka mengumpulkan tujuh ciri yang diperlukan oleh seseorang untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka mengumpulkan tujuh ciri itu selepas menghabiskan waktu selama 1000 jam mewawancara para usahawan berjaya. Tujuh ciri itu adalah seperti berikut :
1. Selalu jujur dan telus dalam memimpin perusahaan, serta jujur dan telus juga kepada pekerja dan pelanggan.
2. Selalu bertanggungjawab dan mampu menjadi contoh kepada orang lain supaya orang lain bertanggungjawab.
3. Selalu menepati janji. Komited pada janji dan melaksanakan semua perkara yang dijanjikan. Sekiranya janji dan komitmen tidak dapat di laksanakan, segera memperbaikinya.
4. Jangan sekali-kali mengumpat dan mencampuri urusan orang lain. Menetapkan tekad menghindari permusuhan, sebaliknya menumpukan perhatian pada usaha sendiri.
5. Luangkan sedikit waktu setiap hari untuk berfikir secara kreatif dan bertafakur seketika bagi menenangkan fikiran.
6. Buat senarai perkara yang perlu dilakukan dan memperbaharui senarai itu setiap hari. Menyediakan diri bagi melakukan semua pekerjaan dan mendahulukan kerja yang lebih penting.
7. Luangkan waktu bertemu dengan orang-orang yang ingin meluahkan perasaan tidak puas hati mereka. Berikan perhatian kepada keluhan mereka.
salam..
ReplyDeleteana tak baper pham related 7 sifat tue gan usahawan..
cuba kaitkan sket..
wasalam..
ReplyDeleteantum x brp phm eh ? ok ana cuba jawab scra teori dan kalau ada yang dah praktikkan ana kongsikan sekali eh dalam entry seterusnya..
bagus2..kita kan university teknikal..
ReplyDeletekurangkan teory2 lebihkan praktikal..hahaha
.Perniagaan memerlukan perubahan budaya...sikap...yang memang tak mampu dilakukan selepas pencen...atau saja seronok-seronok berniaga. Orang Cina membudayakan perniagaan bermula di rumah....kita orang Melayu ...mula bila???Kat sekolah dok target berapa dapat "A"...Sukar mencari mereka yang bercita-cita untuk berniaga selepas sekolah...Nak keja Gomen..macam kita cakap dibibir saja mengatakan 9/10 rezeki datangnya drp berniaga.Tak yakin dengan hadith nabi?
ReplyDelete