Monday, September 6, 2010

Menjawab pertanyaan..

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..


"sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung." 9:111


Tulisan kali ini bagi menjawab pertanyaan seorang saudara sehidup semati iaitu http://shahniz89.blogspot.com/ berkaitan tentang entry sebelum ini. Saya ni bukanlah tahu sangat apatah lagi belum punya core bisnes lagi. Tapi kalau teori sikit-sikit tu boleh la. Kebetulan kos yang saya ambil sekarang ni ada kaitan dengan dunia perniagaan dan usahawan. Jadi teori tu ada la..




Baik, saudara http://shahniz89.blogspot.com/ minta di jelaskan lagi kaitan 7 point yang diberikan Gay Hendriks dengan usahawan. Saya cuba sebaiknya menjawab, tapi kalau masih lagi tak menepati kehendak minta maaf ya..huhu..




Gay hendriks dan kate ludman di dalam bukunya pada bab akhir merumuskan terdapat tujuh ciri yang di perlukan oleh seseorang untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka mengumpulkan tujuh ciri yang diperlukan oleh seseorang untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka mengumpulkan tujuh ciri itu selepas menghabiskan waktu selama 1000 jam mewawancara para usahawan berjaya. Tujuh ciri itu adalah seperti berikut :




1. Selalu jujur dan telus dalam memimpin perusahaan, serta jujur dan telus juga kepada pekerja dan pelanggan.




Pandangan saya : bila kita sudah menjadi usahawan ni jujur aadalah satu eleman yang sangat penting dalam berurusan. Lihat saja Rasulullah, baginda terkenal dengan kejujuran hingga menyebabkan ramai pada ketika itu memberi kepercayaan kepada baginda supaya menjaga perusahaan mereka. Nah, kredibiliti baginda terbina di situ dan ini akan membuka peluang untuk baginda meng ‘explore’ perniagaan lain atau mengembangkan perniagaan sedia ada. Nampakkan ?




2. Selalu bertanggungjawab dan mampu menjadi contoh kepada orang lain supaya orang lain bertanggungjawab.




Pandangan saya : kita ambil contoh mudah, jika buat assignment yang melibatkan perlunya kumpulan. Kalau tidak ada yang mengingatkan sentiasa tentang perkembangan atau progress assignment pasti kumpulan ni akan buat kerja last minit dan kebiasaanya kualiti persembahan kurang menyerlah. Point saya di sini adalah yang mengingatkan itulah orang yang punya sifat bertanggungjawab. Maka, dalam perniagaan lagilah perlunya sifat bertanggungjawab. Siapa lagi yang nak membawa hala tuju perniagaan kita kalau bukan diri sendiri. Perihal pengurusan kewangan, stok, dan lain-lain, jadi kita perlu lebih bertanggungjawab dan mengambil berat hal-hal begini walaupun ianya perihal kecil.




Bila kita sebagai bos sudah punyai sifat tanggungjawab pasti anak-anak buah akan terikut. justeru, mari pupuk rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dulu dengan cara membaiki diri!




3. Selalu menepati janji. Komited pada janji dan melaksanakan semua perkara yang di janjikan. Sekiranya janji dan komitmen tidak dapat dilaksanakan, segera memperbaikinya.




Pandangan saya : pada saya ini antara elemen yang sangat perlu di perhatikan. Mana taknya kalau kita selalu mungkir janji dengan kawan-kawan pun mereka semacam susah dah nak percaya pada kita kan apatah lagi orang yang berurusan dengan kita atas dasar orientasi perniagaan, maka pasti kredibiliti kita akan tercalar. Silap-silap dia sudah tidak mahu berurusan dengan kita. Saya takut akan perihal ini, sebelum ni pun dah beberapa kali meleset berjanji dengan orang untuk menghantar barang. Bila kita dah berjanji maka kotakan seadanya. In case, kalau tak dapat nak tunaikan janji cepat-cepat bagi tahu dan pastikan alasan yang di berikan munasabah.




4. Jangan sekali-kali mengumpat dan mencampuri urusan orang lain. Menetapkan tekad dan menghindari permusuhan, sebaliknya menumpukan perhatian pada usaha sendiri.

Pandangan saya : dalam perniagaan ni sebaiknya kita janganlah mengata terhadap perniagaan orang lain dengan menghamburkan kata-kata –ve seperti “ ntah ape2 la dorang tu, tak reti berniaga langsung.” atau ayat-ayat yang lain sebab kadang-kadang tu rezeki masing-masing. Jadi, janganla mengumpat atau ini yang di katakan mencampuri urusan orang lain. Kalau nak bagi nasihat atau skil boleh saja tapi biar beradab dan kena pada tempatnya.




Jangan sesekali mewujudkan permusuhan dengan sesiapa bila kita berniaga. Saya pernah bersembang dengan seorang peniaga ni di tempat belajar saya. Aduh, jarang sekali saya mendapat pandangan yang baik tentang sikap orang kita. Mesti ada juga dengki, bomoh dll. Sedih tau dengan keadaan camni. Di ipoh bangsa lain dah kuasai dan mereka mewujudkan empayar perniagaan yang besar, hmm..




Kepada pembaca blog ini, mari kita ubah pemikiran yang singkat iaitu nak cepat kaya tanpa usaha yang sapatutnya. Mari kita ubah mind set ini. Lagi satu masalah orang kita, dengki je memanjang usaha taknak, pastu takleh tengok orang lain maju sikit, bomoh jalan penyelesaian..ish, tak faham betul!




Insaflah peniaga-peniaga begini, mari kita kukuhkan ekonomi umat islam dengan strategi yang di ajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w kalau kita nak berjaya. Alhamdulillah, kini kita sudah boleh dapatkan buku-buku bisnes yang bercorakkan islami yang di ambil dari kisah hidup baginda, tinggal nak beli dan baca je..saya baru-baru ni baru je beli buku islami yang bertajuk RAHSIA BISNES RASULULLAH (12 RAHSIA KEJAYAAN RASULULLAH MEMIMPIN DAN MEMBANGUN EMPAYAR BISNES YANG SENTIASA UNTUNG SEPANJANG PERNIAGAAN YANG DIJALANKAN). Tak sabar nak baca kandungannya. Ayuh!!! Dapatkan di pasaran sekarang.




5. Luangkan sedikit waktu setiap hari untuk berfikir secara kreatif dan bertafakur seketika bagi menenangkan fikiran.




Pandangan saya : jika perniagaan down atau tak berapa menyerlah maka perlunya kita untuk bertafakur dan berfikir di mana silapnya dan perlunya inovasi serta kreatif, bukan dengki seperti yang saya huraikan seperti di atas. Dalam hal ini saya nak bawakan satu contoh usahawan yang kreatif. Baik, di tempat saya sebelum ni agak terkenal dengan jus buah. Apa yang saya tertarik kat sini adalah jus buah gelas besar. Awak semua bayangkan kalau ada 3 buah kedai yang juga jual jus buah tapi yang satu ni ada gelas besar. Kadang-kadang pelanggan dok sebut-sebut “ nak makan kat ne bro ?”..kadang-kadang gelas besar yang terfikir di benak fikiran mereka. “ermm, kedai jus gelas besar lah.” Ha, nampak tak, ni satu contoh kreatif. Ada juga contoh lain seperti roti canai terbang, pesanan makanan melalui sms dan sebagainya.




Justeru usahawan perlu kreatif, kalau kita takda idea pun cubalah tanya pada otai-otai yang dah lama dalam bidang usahawan. Sebaiknya, carilah mentor supaya kita boleh dapatkan nasihat untuk perniagaan kita. Tips ni saya dapat ketika pergi kursus asas keusahawanan (kaks) anjuran hepa UteM. Memang terbaik dari ladang!!!




6. Buat senarai perkara yang perlu dilakukan dan memperbaharui senarai itu setiap hari. Menyediakan diri bagi melakukan semua pekerjaan dan mendahulukan kerja yang lebih penting.




Pandangan saya : benda ni dalam lapangan apa pun kita patut buat. Menyenaraikan perkara yang perlu di buat mengikut prioriti. Sebagai seorang usahawan tentu saja perkara ini penting. Setiap transaksi saja perlukan catatan, apatah lagi temu janji. Sebelum kita terlupa atau terlewat maka segeralah mencatat perkara-perkara penting sebelum kita terlepas daripada mendapat apa yang sepatutnya contohnya projek atau tender dan sebagainya.




7. Luangkan masa bertemu dengan orang-orang yang ingin meluahkan perasaan tidak puas hati mereka. Berikan perhatian kepada keluhan mereka.




Pandangan saya : mula-mula tak terfikir juga apa point yang nak di sampaikan..pastu fikir punya fikir ada pun ilham. Dalam perniagaan ni bak kata pepatah langit tidak selalunya cerah, mungkin hari ni nasib kita baik, tapi esok belum tentu. Jadi, kadang-kadang ada rakan niaga kita yang mengalami kesusahan dek kerana bisnes mereka. Pointnya kat sini, kitalah antara orang-orang di sekeliling mereka yang boleh support. Mungkin nak support dari sudut kewangan kita pun tak mampu. Nah, hadirkan diri kita di depan mereka dengan mendengar segala luahan isi hati mereka. Sebolehnya jadi pendengar yang baik dan berikan komentar yang membina jiwa dan semangat mereka kembali. Saat ini, orang di sekeliling lah yang boleh memberi semangat selain yang utama dan pertama tu mestilah bertemu dengan Allah terlebih dahulu.




InsyaAllah, kalau hari ni kita dengar luahan orang dan cuba sedaya upaya membantu, nanti lain masa ada juga orang akan dengar luahan kita saat memerlukan. WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK!




Sekian ini merupakan pandangan saya terhadap 7 point yang di kemukakan oleh Gay Hendriks hasil kajiannya dan rakan-rakan. Saya harap dapat diaplikasikan dalam bisnes saya suatu hari nanti. It’s hard to practical, but bothing impossible in this world. Demi islam tercinta ayuh kita bina empayar ekonomi !!!. kata-kata yang senang diungkap tapi sukar untuk di praktikkan.

6 comments:

  1. jazakallah atas pencerahan nyer akh..
    buku bisness yg anta pinjm tue kat mana dah ana letak..ingat nak baca time balek nie..adeii.!

    ReplyDelete
  2. waiyyakum..cari2..buku tu antara buku yang terbaik versi melayu..

    ReplyDelete
  3. to Amin Baek : hehe..sekali-sekala..

    ReplyDelete
  4. salam ziarah akh..erm..ape kaitan gambar dengan entry??? hehehe..
    gurau je akh ^_^..
    blog yg mantap ar..

    ReplyDelete
  5. hehe..itu gambar antara yang menjawab pertanyaan dan yang bertanya..itulah chemistrynya..huhu..

    ReplyDelete

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails