Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bismillahirrohmanirrohiim, Assalamualaikum..





Salam ukhwah buat para pembaca blog ini. Hari ini saya nak balik kampung mungkin dalam masa dua minggu blog ini tidak di update dengan entry baru. Jadi, sebelum pulang ke kampung saya ingin memohon ribuan kemaafan buat teman-teman yang mengenali di luar sana yang sudi singgah di blog saya ini.




Mungkin sedikit pesanan buat diri saya khususnya apabila masuknya 1 syawal ia bererti kita bakal mendapat sijil yang sangat bernilai daripada Allah. Aidilfitri adalah perayaan kita. Ia adalah perayaan yang dirasmikan oleh Rasulullah s.a.w sebagai perayaan kaum muslim.




Anas menceritakan : “Ketika rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, ada dua hari perayaan yang di sambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda : “Sesungguhnya menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis sahih An-Nasa’i)




Kita diberikan perayaan Aidilfitri ini agar kita dapat merayakan mengikut cara kita sendiri iaitu cara islam. Muslim harus punya jati diri. Muslim bukan Yahudi dan Nasrani. Kita berbeza. Justeru perayaan kita harus berbeza.




Tapi hari ini kita dah ketagih dengan dadah hiburan bernama hedonisme yang menakutkan..aduh..TAKUT...TAKUT...TAKUT... bukan kita tak tahu mudaratnya, namun dek ketagihan, manusia yang bertaubat daripadanya dengan mudah kembali semula menjamah hiburan melampau ini termasuklah saya..sob3..sedih2..kena nikah juga nih..(huhu..asyik pke nikah je aku nih..aduh..).




Aidilfitri kali ini mari kita berazam selepas berhempas pulas memenuhi tuntutan ibadah di bulan ramadhan baik sunat mahupun wajib yang kita sudah maklum pahala yang di ganjarkan memang amat-amat lumayan dengan kita menghindari dadah yang bernama hedonisme ini yang di bawa oleh yahudi.




Baik, apa yang di katakan merayakan aidilfitri cara hedonieme dan tidak menepati cara islam tu kalian boleh la blogwalking ke mana-mana blog yang tulisannya banyak menceritakan tentang islam. Saya dah tak sempat nih..huhu..abah dah panggil. K, doakan saya selamat sampai ke kampung halaman..




Sekian, akhir kalam..

5 comments:

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails