Wednesday, June 30, 2010

Tangisan yang dirindui

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..




Segala puji buat Tuhan sekalian alam, kepada-Nya kita sembah kepada-Nya jua tempat kita mohon pertolongan.




Saya sudah lama tidak menangis ! aduh, kelihatan emosional sekali kihkihkih...




Ops ! serius balik. Hmm..




Ya Allah apakah hatiku sudah keras dan lunak dengan dosa sehingga susah untuk aku menangis terutama kita mengadap-Mu.




Astagfirullahalazim....




Saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian hadith-hadith berkaitan tangisan Rasulullah saw..




Rasulullah saw sering menangis, walaupun jika baginda mahu dunia sudah menjadi genggamannya. Sedangkan di syurga, baginda berada di tingkat paling tinggi. Jadi untuk apa baginda menangis ?




Ha...jawab-jawab...




Sebenarnya saudara/i pembaca sekalian tangisan Rasulullah saw adalaah tangisan seorang hamba yang tunduk dan bersyukur. Baginda menangis ketika berdoa atau saat-saat ketika membaca quran.




Getaran hati kerana khusyuk dan rindu kepada Allah s.w.t, mampu melelehkan air mata-Nya.




Hatinya telah menyatu dengan ma’rifatullah (sangat dekat kerana sentiasa berasa diawasi).




Waduh-waduh..gimana dengan kita sih ? sekarang ni pula FIFA yang semakin hampir kepada kemuncaknya. Saya tak boleh terima kalau peminat di Malaysia menangis kalau pasukan pilihan mereka tewas. Huh..




Saya nak ajak kita sama-sama renungkan hadith-hadith di bawah :




Diriwayatkan dari Muthrif bin Abdillah bahawa bapanya berkata, “ Aku pernah mendatangi Rasululllah saw, waktu itu aku dapati baginda sedang solat. Dan aku mendengar tangisannya seperti orang merintih.” (HR Abu Daud)




Abdullah bin Mas’ud pernah berkata, “Rasulullah berkata padaku, ‘Bacalah kepadaku al-Quran.’ Jawabku, ‘Ya Rasulullah, aku memacukan kepadamu al-Quran, sedangkan ia diturunkan kepadamu?’ Rasulullah berkata “Aku ingin mendengarnya daripada ornag lain.”




Lalu Abdullah membaca surah an-Nisa’. Ketika dia sedang membaca sampai pada ayat, “Dan kami datang kepadamu sebagai saksi atas mereka (ayat 41), air mata Rasulullah saw menangis dan diiringi isak tangisnya.” (HR Bukhari)




Oleh sebab sering menangis ketika membaca al-Quran, lapan belas helai janggut baginda beruban. Ketika ditanya oleh Abu Bakar, baginda menjawab, “Surah al-Waqiah, al-Mursalat, an-Naba’ dan at-Takwir, semuanya telah membuatku beruban.”(HR Tirmidzi)




MasyaAllah, sesungguhnya Rasullullah memang berbuat dengan apa yang keluar dari mulutnya. Mulianya akhlak baginda, namun sedarlah wahai pembaca sekalian. Saban hari puak kafir yang celaka, laknatullah ! menghina Rasulullah..




Aduh, kita seperti tak rasa apa-apa..Ya Rasulullah, maafkan kami kerana tidak membelamu..




Ayuh !!! umat islam ibarat gergasi yang sedang tidur, percayalah jika kita terjaga dari tidur dan lamunan yang panjang pasti puak kafir celaka, laknatullah dikalahkan.




Perjalanan yang panjang bermula dengan langkah pertama !




Pembaca sekalian, Rasulullah saw sering menangis kerana rasa kasihnya kepada Allah swt dan kita pula gimana ? Fikir-fikirkan...




Apa yang menyebabkan kita menangis ? Mari muhasabah !




Pendek kata mari kita berusaha menangis dan tangisilah dosa-dosa yang lalu serta menangislah kita untuk menyatakan rasa syukur serta meminta pertolongan.




Sesungguhnya seorang mujahid itu punya hati yang sangat lembut yang menyebabkan ia mudah menangis..

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails