Sunday, May 23, 2010

Dakwah mengajarku segalanya..

Syukur tidak terhingga ke hadrat-Nya kerana masih memberi kesempatan buat diri ini untuk berbuat pahala menerusi cabang penulisan.

Keinginan untuk menulis dalam blog ini datang daripada desakan yang bersifat gurauan daripada seorang ikhwah yang ku sayangi dan kasihi kerana Allah yang mana terlalu banyak jasa dan keringat beliau membantu aku dan ikhwah seangkatan untuk mengenali erti dakwah.

Aku merasakan keperluan menulis sangat penting pada masa kini. Selain sebagai alternatif pada media massa yang ada, aku merasakan ia sangat membantu aktivitis dakwah untuk lebih berbuat dengan apa yang di perkatakan kepada umat.

Ini kerana menulis memerlukan motivasi untuk istiqomah. Aku seringkali mendengar rungutan daripada ikhwah-ikhwah yang mengatakan tidak punyai waktu untuk update blog dan yang lebih parah hilang motivasi untuk menulis.

Jadi, ini contah daripada apa yang aku telah sebutkan tadi iaitu untuk membuatkan aktivis dakwah supaya lebih berbuat berbanding hanya pandai berkata-kata semata. Teringat kata-kata sang mujahid yang ditsiqohi as-syahid Imam Hassan Albanna “ Medan amal berbeza dengan bicara.”

Justeru itulah antara sebab ana hendak berjuang di jalur penulisan ini. Mungkin ini sepele nak dibanding dengan antum semua ikhwah-ikhwah yang ana kenali yang mana hampir tidak punya waktu untuk berehat.

Tahniah buat antum kerana masih tegar dan istimror dijalan yang menjanjikan 1001 onak dan duri. Jauh di sudut hati ana ingin mengikut jejak langkah antum yang sanggup untuk menyerahkan jiwa dan raga dijalan ini.

Doakan ana ikhwah fillah sekalian.. Dakwah mengajarkan segalanya, itu merupakan ayat yang paling tepat buat diriku. Dengan dakwah aku belajar tentang kehidupan.

Aku membangunkan diri ini dengan dakwah, bagaimana untuk bersosial, bagaimana untuk mengurus diri, bagaimana untuk berbakti kepada ibu bapa dan pelbagai yang mana aku temui dijalan dakwah.

Terima kasih Allah kerana nikmat tarbiah dan dakwah adalah satu pemberian-Mu yang paling mahal daripada sekian banyak yang Kau berikan pada diriku yang seringkali tidak bersyukur. Ampuniku Allah dengan kelalain yang kulakukan selama menjadi hamba-Mu..

Kini aku semakin menyedari tentang hakikat kehidupan yang sebenarnya menuntut terlalu banyak pemberian dariku. MasyaAllah..Erti hidup pada memberi, inilah ayat yang sering diungkap oleh seorang ikhwah UTeM yang kusayangi..huhu..memang benar ayat ini.

Dipetik daripada kata-kata Ustaz hasrizal, yang memberi makna yang pelbagai dalam keidupan. Sekian saja untuk warkah kali ini, diharapkan aku istiqomah untuk menulis. Salam rindu buat ikhwah-ikhwah yang jauh dari bumi Melaka yang berkah ini.

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails