Sunday, May 30, 2010

Salah faham terhadap puak wahabi.....(2)

Sengaja aku menyorot penulisan tentang isu ini supaya saudara pembaca tidak mengalami nasib yang sama seperti mana yang ku alami. Moga terbuka fikiran kita untuk mengkaji, meneliti dan menganalisa setiap pendapat dan yang paling penting adalah bersikap terbuka jika berbeza pendapat.

Oleh Hafiz Firdaus Abdullah..(Seorang pilot yang PROTAZ = Professional Ustaz)

“Wahabi” bukan sahaja salah dari sudut gelaran, ia juga salah dari sudut beberapa tuduhan dan salah paham yang disandarkan kepadanya.

Berikut dikemukakan beberapa salah paham tentang gerakan atau fahaman wahabi, diikuti dengan penjelasan bagi meluruskannya.

Salah faham pertama : Wahabi dan kuasa barat.


Salah faham pertama yang akan diluruskan ialah dakwaan bahawa gerakan Wahabi dimulai dan disokong oleh kuasa-kuasa Barat, khasnya Inggeris.

Bagi meluruskan salah faham ini, saya merujuk kepada sumber sejarah kuasa-kuasa Barat itu sendiri kerana ia adalah “sumber dalaman” yang lebih tepat bagi menggambarkan apa yang dilakukan oleh kuasa-kuasa tersebut pada zaman itu.

Pertama, kuasa inggeris memang wujud pada zaman itu, tetapi peranannya hanya bersifat komersial, iaitu jaga keselamatan perairan teluk bagi kapal-kapal perdagangannya dari India yang merupakan tanah jajahannya saat itu. [Sarah Searight - The British In The Middle East, dikemukakan oleh Jalal Abu al-Rub – Biography And Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab (Madinah Publishers & Distributors, Florida, 2003), ms. 76-77] Pihak Inggeris atau mana-mana kuasa Barat ketika itu tidak berminat untuk membantu mengembalikan umat islam kepada agamanya yang tulen.

Kedua : Bukan sekadar tidak minat membantu, kuasa-kuasa Barat sebenarnya amat membenci gerakan Wahabi kerana ia sebenarnya membangkitkan umat islam. Seorang ahli sejarah Perancis, Almosio Sidio, menulis :

“Apabila Inggeris dan Perancis mengetahui kesepakatan yang tercapai antara Muhammad bin Abdul Wahab dan Muhammad ibn Sa’ud untuk mentajdidkan agama (Islam) dan ramai masyarakat Arab yang mengikutinya, mereka bimbang ini akan membangkitkan umat islam dari kelekaan yang menyelubungi umat saat ini.

Justeru mereka (Inggeris dan Perancis) bimbang islam akan kembali kuat sebagaimana zaman Umar al-khattab.

Mereka khuatir peperangan atas nama agama akan kembali hidup, memberikan kemenangan kepada umat Islam dan kekalahan kepada kuasa-kuasa Eropah.

Atas dasar inilah Inggeris dan Perancis meminta khilafah Turki Uthmaniyah untuk memerangi gerakan yang disebut-sebut sebagai “Wahabi” itu dan pihak khilafah telah mewakilkan urusan ini kepada gabenor Mesir, Muhammad Ali Pasha.” [ The General History of The Arabs; dinukil dari Biography And Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab, ms. 78]

Salah Faham Kedua : Wahabi dan khilafah Islam

Masyhur dikatakan, gerakan Wahabi bertanggungjawab menjatuhkan khilafah Islam Turki Uthmaniyyah.

Salah faham ini dapt dijawab dari dua sudut. Pertama, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab tidak pernah menentang khalifah Turki Uthmaniyyah. Sikap beliau dalam persoalan ini adalah sebagaimana yang ditulis sendiri :

“Aku meyakini kewajipan mendengar serta mentaati pemimpin kaum Muslimin. Ia sama ada dikalangan pemimpin yang soleh mahupun yang buruk akhlaknya. Ini selagi mana tidak memerintahkan perkara kemaksiatan terhadap Allah.

Ketaatan ini ditujukan terhadap sesiapa sahaja yang dilantik sebagai khalifah yang dipersetujui lantikannya oleh orang ramai yang meredai kepimpinannya.

Ini walaupun dia memperoleh kekuasaan khalifah melalui jalan paksaan, tetapi menjadi suatu kewajipan mentaatinya dan dilarang melakukan penentangan terhadapnya. [Majmu’ah Muallafat al-Syaikh, Jil. 5, hlm. 11 ; dalam membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Aziz bin Muhammad al-Abd. Al-Lathif (Jahabersa, Johor Bahru, 2008), buku 3, ms. 159]

Kedua, sama ada wujud atau tidak gerakan wahabi, khilafah Turki Uthmaniyyah pada zaman itu memang memiliki pelbagai kelemahan dan masalah, dalaman dan luaran.

Sesiapa yang mengkaji sumber-sumber sejarah yang adil lagi jujur berkenaan kedudukan khilafah saat itu akan mengetahui ia dalam keadaan sedang jatuh dan akan jatuh.
Cuba fikirkan, dengan kejatuhan khilafah, siapakah yang akan mengambil alih menjaga dua bandar suci umat islam : Mekah dan Madinah?

Lebih-lebih lagi Semenanjung Arab ketika itu lebih bersifat “No man’s land” dimana ia hanya dikuasai oleh kabilah-kabilah kecil secara berselerakan. Shalih Abud mengulas :
“ Tiada bukti mennjukkan bahawa negeri Najd pernah tertakluk dibawah penguasaan atau autoriti khilafah Uthmaniyyah.

Selain itu tidak pernah wujud mahu pun sebuah batalion atau markaz ketenteraan khilafah Uthmaniyyah di sana. Ini kerana sebelum lahirnya pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam (Muhammad bin Abdul Wahhab).

Sebaliknya menerusi fakta kukuh berdasarkan kepada dokumen khilafah Turki Uthmaniyyah yang direkodkan oleh Yamen Ali Effendi (1018H/1609M) bertajuk “Qawaniyyin Aali Uthman Mudomin Daftar al-Diwan” ternyata khilafah Uthmaniyyah terbahagi terbahagi kepada 32 buah negeri atau wilayah. 14 daripadanya merupakan negeri-negeri tanah Arab. Namun negeri Najd tidak termasuk didalamnya.” [Aqidah al-Syeikh Muhammad bin abd. Al-wahhab wa Atharuha fi al-‘Alam al-Islami, Jil. 1,hlm. 27; dalam membersihkan salah faham..., buku 3, ms. 162]
Abdullah al-Utsaimin menambah : “Negeri Najd tidak pernah berada dibawah penguasaan kerajaan Uthmaniyyah sebelum lahirnya pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam (Muhammad bin Abdul Wahhab).

Selain itu, ia juga tidak pernah disatukan dibawah satu pemerintahan yang kuat dalam jangka masa yang lama. Ini sama ada ketika sebahgian wilayahnya berada dibawah penguasaan Bani Jabr atau pun Bani Khalid.

Ia disebabkan suasana peperangan yang silih berganti antara wilayah mahupun kabilah negeri Najd yang terdiri dari pelbagai jenis puak sehingga agak sukar untuk disatukan keseluruhannya.” [Muhammad bin ‘Abd. Al-Wahhab Hayatuhuwa Fikruhu, hlm. 11; dalam membersihkan Salah Faham..,buku 3, ms. 162]

Sekali lagi saya bertanya kepada para pembaca yang budiman sekalian, dengan kejatuhan khilafah, siapakah yang akan mengambil alih menjaga dua bandar suci umat Islam : Mekah dan Madinah? Diingatkan bahawa sekalipun kuasa-kuasa Barat wujud dikawasan itu atas tujuan komersil, tidak dapat dinafikan bahawa mereka juga tentu memiliki hasrat untuk mengambil alih kota Mekah dan Madinah.

Nah! Dengan kewujudan gerakana Wahabi yang dapat menyatukan umat Islam Semenanjung Arab, kedua-dua bandar suci tersebut tetap berada ditangan umat Islam.

Jika tidak, Masjid al-Haram dan Masjid an-Nabawi di Madinah akan menerima nasib yang sama sperti masjid al-Aqsa di Palestin. Fikir-fikirkanlah!

Bersambung....

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails