Monday, May 31, 2010

Salah Faham Terhadap Puak Wahabi...(3)

Salah Faham Ketiga : Wahabi dan Peperangan.

Beberapa orang pernah menyatakan kepada saya bahawa syaikh mereka memiliki bukti yang lengkap dengan sanad bahawa gerakan Wahabi melakukan peperangan dan pembunuhan beramai-ramai di semenanjung Tanah Arab semata-mata untuk mengembangkan ajaran mereka.

Tuduhan ini tidak perlu diberi perhatian kerana sanad tersebut, jika ia benar wujud, tidak memiliki apa-apa nilai. Ini kerana orang yang duduk dirantaian sanad tersebut, biografi mereka tidak tercatat dalam mana-mana kitab al-Jarh wa al-Ta’dil.

Sekadar mengetahui nama dan status mereka sebagai “orang agama” adalah tidak memadai. Dalam ilmu hadis, mereka termasuk dalam kategori para perawi yang majhul, maka dengan sanad tersebut adalah dha’if. Sanad sebegini tidak boleh dijadikan hujah dalam membuat tuduhan atau menjadi bukti dalam kes jenayah.

Adapun peperangan yang berlaku di Semenanjung Arab, kedua-dua sumber sejarah Saada mencatatkannya. Sumber yang berpihak kepada dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab.

Salam Faham Keempat : Wahabi dam Tuhan.

Fahaman Wahabi sering dikaitkan dengan kepercayaan kononya Tuhan memiliki jasmani dan anggota.

Ini berlaku kerana fahaman Wahabi yang enggan mentakwilkan sifat-sifat Allah seperti tangan, muka dan kaki yang tertera dalan al-Quran dan al-Sunnah yang sahihi.

Ini jelas adalah satu salah faham kerana fahaman wahabi beriman kepada sifat-sifat Allah serta memahami maksudnya manakala bentuk atau tatacara sifat itu diserahkan kepada Allah, tanpa sebarang penyerupaan dengan mana-mana sifat makhluk-Nya.

Ini adalah juga fahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah sebagaimana diterangkan oleh al-Tirmizi (279H) : “Dan sungguh telah berkata tidak seorang daripada ahli ilmu tentang hadis ini dan apa yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat tentang al-sifat dan (tentang) penurunan Rabb (Allah) Tabaraka wa Ta’ala pada setiap malam ke langit dunia. Mereka berkata riwayat seperti ini adalah benar (thabit) dan berimanlah kepada ia dan jangan dibayangkan (seperti apa) dan jangan ditanya bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat). Inilah yang telah diriwayatkan daripada Malik bin Anas dan sufyan bin ‘Uyaynah dan ‘Abdullah bin Mubarak, sesungguhnya mereka telah berkata tentang hadis-hadis seperti ini (yang berkaitan nas-nas al-sifat) : Terimalah ia (berimanlah kepadanya) tanpa mempersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifat). Dan demikianlah juga pendapat ahli ilnu Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

Manakala golonganal-Jahmiyyah mereka mengingkari riwayat-riwayat seperti ini (nas-nas al-Sifat) sambil berkata ini adalah tasybih (penyerupaan dengan makhluk). Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla telah menyebut hal ini tidak sekali dalam kitab-Nya (al-Quran) seperti Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan akan tetapi golongan al-Jahmiyyah telah mentakwilkan ayat-ayat ini dan menafsirkannya kepada sesuatu yang berlainan daripada tafsiran ahli ilmu. Mereka (al-Jahmiyyah) berkata sesungguhnya Allah tidak mencipta (Nabi) Adam (‘alaihissalam) dengan Tangan-Nya. Mereka berkata maksud Tangan-Nya disini adalah kekuatan-Nya.

Padahal berkata Ishaq bin Ibrahim : “Sesungguhnya yang diangggap tasybih (penyerupaan dengan makhluk) hanyalah apabila seseorang berkata tangan sepertimana tangan (makhluk) atau seumpama tangan makhluk. Justeru apabila seseorang berkata pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk) maka biarlah ia dianggap sebagai penyerupaan.

Namun apabila seseorang berkata seseorang berkata sebagaimana firman Allah Ta’ala didalam kitab-Nya (al-Quran) : Tangan dan pendengaran dan penglihatan tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri, dan tatacaranya (kaifiat) dan tidak dikatakan seumpama pendengaran (makhluk) dan tidak juga dikatakan sepertimana pendengaran (makhluk) maka ini tidak dianggap sebagai penyerupaan. Malah ia adalah sepertimana firman Allah Ta’ala didalam kitab-Nya (al-Quran) :Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [al-Syura 42:11]”[Sunan al-Tirmizi (tahqiq : Ahmad Syakir dan rakan-rakan; Dar al-Hadith, Kaherah 1999), jil. 3, ms. 33.]

Salah Faham Kelima : Wahabi dan Mazhab.

Fahaman Wahabi kononnya dianggap tidak mengikuti mana-mana mazhab fiqh yang empat. Sekali lagi ini adalah salah satu salah faham. Orang yang dituduh sebagai Wahabi, mereka masih mengikuti mazhab ditempat masing-masing. Hanya dalam beberapa persoalan terpencil, apabila didapati hujah mazhab lain adalah lebih kuat kerana lebih mendekati dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih, maka pendapat mazhab tersebut diikuti dalam persoalan tersebut.

Oleh itu, orang yang dituduh sebagai Wahabi di Malaysia masih mengikuti Mazhab al-Syafi’e, orang yang dituduh sebagai Wahabi di India-Pakistan masih mengikuti Mazhab al-Syafi’e, orang yang dituduh sebagai Wahabi di Timur Tengah masih mengikuti Mazhab Hanbali dan orang yang dituduh sebagai Wahabi di Afrika Utara masih mengikuti Mazhab Maliki.

Hanya dalam beberapa persoalan terpencil mereka mengikuti mazhab yang lain kerana faktor kekuatan dalil dan hujah.

Ini sebenarnya sikap yang benar yang diterangkan oleh Ibn Rajab al-Hanbali (795H) : “Berdasarkan keterangan-keterangan para imam mazhab, adalah menjadi kewajipan apabila seseorang itu menemui suatu perintah daripada Rasulullah s.a.w. atau mengetahuinya.

Untuk menerangkannya kepada sekian umat, menasihatkan mereka dengan penuh keikhlasan dan memerintahkan mereka untuk mengikutinya walaupun jika ia bertentangan dengan pendapat para imam mazhab atau seseorang lain yang terkemuka.

Ini adalah kerana kedudukan Rasulullah s.a.w. adalah yang paling hak untuk dihormati dan ditaati, melebihi dan mengatasi mana-mana pendapat orang atau tokoh lain yang mungkin atas sebab-sebab yang tidak disengajai telah bertentengan dengan perintah-perintah rasulullah. Oleh kerana inilah kita dapati para sahabat dan generasi selepas mereka membantah sesiapa sahaja yang didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah yang sahih.

Adakalnya bantahan ini mereka lakukan dengan amat keras, bukan disebabkan perasaan benci kerana para sahabat itu sememangnya amat menyayangi dan menghormati mereka, akan tetapi rasulullah s.a.w. itu lebih mereka sayangi dan perintahnya lebih tinggi kedudukannya berbanding perintah mana-mana makhluk lain.

Justeru itu, apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yan lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedudukan imam ikutan seseorang itu kerana secara pasti dia akan diampuni atas tidak kesengajaan dan silapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati bertentangan dengan ajaram Nabi s.a.w. yang sahih. [Dikemukakan oleh Salih al-Fulani dalam Iqaz al-Himan, ms. 93; dinukil dari Sifat Solat al-nabi oleh al-Albani (Maktabah al-Ma’arif, Riyadh, 1996), ms. 54-55]

Salah Faham Keenam : Wahabi dan Kekerasan.

Wahabi sering dihubungkan dengan kekerasan. Benarkah demikian? Realitinya, pihak yang menuduh itulah yang sebenarnya bersikap keras. Disana sini mereka menuduh sekian-sekian individu dan kumpulan sebagai Wahabi yang menyesatkan. Adakalanya tuduhan ini diterjemahkan dalam bentuk fizikal, seperti mengharamkan penerbitan, menghalang kuliyah-kuliyah agama dan menangkap para tokoh yang mereka tuduh sebagai Wahabi. Tindakan-tindakan tersebut berlaku tanpa tersembunyi sehingga diketahui dalam media-media perdana.

Adapun dikalangan orang yang dituduh sebagai Wahabi, mungkin ada yang bersikap keras. Namun perlu juga ditinjau dari sudut yang lain, kerana istilas “Keras” itu sendiri boleh bersifat relatif. Keneranian, kesungguhan, ketegasan adalah sifat yang terpuji yang boleh ditafsirkan sebagai “Kekerasan” oleh pihak yang sukar menerima kenyataan. Demikian juga, menyatakan yang diatas yang batil boleh juga ditafsirkan sebagai kekerasanoleh pihak yang sekian lama telah selesa dengan kebatilan tersebut.

Oleh itu, kekerasan boleh disandarkan kepada salah satu dari dua pihak, yang dituduh atau yang menuduh.

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails