Sunday, May 23, 2010

Murobbi oh murobbi..

Allah S.W.T telah merakamkan sepotong ayat didalam kitab-Nya yang agung “ Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, “jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah,” tetapi (dia berkata), “jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya!”

Begitulah quran yang mulia mengajarkan kepada tentang generasi rabbani dalam membina umat yang sukses. Contoh terbaik adalah tentunya zaman Rasulullah S.A.W yang menjadi pencetus kepada kemuliaan manusia. Rasulullah adalah murobbi yang agung serta tiada tandingan dimuka bumi ini.

Justeru baginda adalah insan yang wajib dijadikan contoh bagi setiap aktivis dakwah untuk menjadi seorang murobbi. Teringat satu peristiwa ketika hendak ke program daurah, aku bertanya kepada nizar “ Akh, mane anak halaqah antum yang Sabri tu ?” dengan nada kecewa dan tenang nizar menjawab “Dia tak datang, kena rasuk setan katanya”.

Ketawa besar kami para ikhwah ketika itu mendengarkan jawapan nizar. Dalam hatiku mengatakan “Ade ke patut alasan tu dibagi.” Biasala tu nizar, insyaAllah banyak lagi orang yang nak kan tarbiah. So, jangan gundah gulana. Itulah ayat yang menjadi kebiasanku untuk menenangkan ikhwah dan diriku jika anak halaqah gagal untuk datang ke program dakwah yang kami anjurkan. Kadang-kadang aku terfikir kenapa anak halaqah yang baru dibina sukar untuk hadir ke program, kadang-kadang 1001 alasan dijelmakan. Aku terfikir banyak sebab mengapa terjadi perkara sebegini diawal permulaan dakwah. Namun, untuk kali ini aku tertarik untuk membahaskan tentang satu faktor iaitu tips memahami mad’u atau mutarobbi. Bukanlah untuk mengajar, tetapi sekadar perkongsian yang kurasakan sangat bermakna bagi seorang murobbi.

1. Berusaha mengadakan waktu untuk bersembang dengan mutarobbi sebelum dan selepas halaqah.

“Tahukah kalian kepada siapa api neraka diharamkan?” Para sahabat menjawab : “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Nabi saw bersabda : “ Kepada orang yang lemah lembut, mudah dan dekat” (HR. Tirmidzi)

Seharusnya ini adalah motivasi buat para murobbi untuk lebih mendekati mutarobbinya. Seringkali keakraban itu muncul dalam bentuk tidak formal iaitu diluar waktu halaqah. Justeru, buat para murobbi sekalian, sebolehnya kita datang lebih awal sebelum waktu halaqah dan pulang paling lewat selepas waktu halaqah.

Ini membolehkan kita mempunyai ruang masa untuk bersembang dengan mutorobbi untuk merapatkan lagi hubungan dengan mereka serta menghapuskan “gap” atau malu-malu sesama sendiri. Cubalah bersembang berkenaan keluarga, akademik dan lain-lain.

Kadang-kadang terdapat juga mutarobbi yang segan untuk mengajukan musykilah dalam halaqah kerana dibimbangi mendedahkan aib dan ikhwah-ikhwah akan ketawa. Jadi, waktu selepas halaqah adalah yang terbaik untuk meluahkannya dan mutarobbi mungkin akan mendapat jawapan yang lebih privasi dan menyenangkan. Ini bisa merapatkan lagi hubungan antara murobi dan mutarobbi.

2. Bertanyakan perkembangan mutarobbi melalui temannya.

“….Maka bertanyalah kepada orang-orang yang mengetahui….” (16:43) Tidak salah untuk kita bertanyakan peribadi, akhlak, gerak kerja dakwah dan lain-lain pada ikhwah yang rapat dengan mutarobbi kita atau kawan-kawan mereka.

Ini dapat membuatkan kita tahu perkara yang perlu dibaiki buat mutarobbi. Tetapi awas! Janganlah kita seperti seolah-olah ingin mencari kesalahan mereka, sebaliknya untuk mendidik dan membina mereka supaya kelansungan generasi rabbani dapat berjalan dengan baik.

Kita bisa bertanya secara langsung kepada teman-teman mereka seolah-olah bersahaja dan sambil-sambil. Murobbi juga tidak perlu khuatir mutorbbi memarahi jika mengetahui kita hendak ‘menyiasat’ tentang kehidupan mereka, bahkan mereka akan merasa lebih tsiqoh kerana merasakan ada insan yang bukan darah daging sendiri mengambil berat dan memperhatikan mereka.

3. Biarkan mutarobbi mengenali diri anda.

“Orang mukmin adalah cermin bagi sesama mukmin” (HR Abu Daud) Keterbukaan adalah unsur yang penting dalam proses membina, dari segi psikologi apabila kita terbuka dengan orang maka mereka juga akan bersikap sedemikian terhadap kita.

Ini, terjadi apabila salahpaham dapat dihilangkan, saling memahami dengan peribadi masing-masing. Keterbukaan yang boleh dikongsi dari segi hobi, perancangan masa depan dan pengalaman hidup. Ini membuatkan mutarobbi merasa selesa untuk berdamping dengan murobbi kerana banyak perkara boleh dikongsi bersama.

Sekiranya mutarobbi tidak mahu bersikap terbuka dengan kita maka janganlah bersangka buruk, malah terus berusaha untuk memenangi hati mereka supaya kita dapat membantu mereka menyelesaikan sebarang masalah. Pun begitu, janganlah keterbukaan yang kita serlahkan itu sampai membuka aib yang keterlaluan, tetapi sekadar menceritakan sedikit kisah jahiliyah supaya mereka mengambil iktibar.

Contohnya, jika ada mutarobbi yang tidak boleh meninggalkan komik maka kisah-kisah silam kita dahulu kala juga boleh diceritakan seperti bagaimana kita cuba untuk meninggalkan benda tersebut dan ini lebih praktikal.

4. Bersedia untuk menjadi pendengar yang baik.

“ Siapa yang berbicara dengan Rasulullah saw untuk suatu keperluan maka beliau bersabar mendengarkan hingga orang itu selesai berbicara” (Imam Ghazali) Adakala mutarobbi tidak punya sapa-sapa untuk meluahkan segala masalah yang mereka hadapi malah ibu bapa sendiri. Justeru, selaku kader dakwah yang di tsiqohi dan menjawat amanah Allah sebagai murobbi harus mempunyai kesanggupan untuk mendengar walau keburukan mutarobbinya sendiri.

Ini adalah antara kekuatan yang menjadi penguat kepada kekuatan jamaah dalam satu-satu gerakan islam. Asif, kalau ana salah tetapi inilah yang kurasakan selama dijalan tarbiah iaitu kesanggupan dan kesediaan seorang murobbi untuk mendengar masalah mutarobbinya.

Apa yang dimaksudkan dengan mendengar bukanlah hanya menadah telinga semata, tetapi lebih dari itu iaitu mendengar dengan disertai belas kasihan (empathy).

Jika kita menyorot sirah Rasulullah saw, baginda sangat memelihara adab-adab mendengar sebagaimana hadis di atas.

Setiap murobbi harus menghadap muka mutarobbinya ketika ia meluahkan masalah dan mendengar dengan bersungguh-sungguh dan memberi sepenuh tumpuan serta tindak balas yang sepatutnya.

Jangan kerana hendak menjaga hati mutarobbi kita mengiyakan apa yang diucapkan tetapi berilah pendapat atau pandangan yang membina kepada mutarobbi supaya mereka mampu untuk menyelesaikan masalah mengikut kaca mata yang benar menurut apa yang dikehendaki islam.

5. Lakukan perkenalan (ta’aruf) berkali-kali. “ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal..” (49:13)

Kita mungkin secara kebiasaanya berta’aruf diawal perkenalan didalam halaqah, tetapi mesti akan lupa. Ini kerana tidak cukup hanya mengetahui riwayat hidup cuma sekali, tetapi perlu dibuat berkali-kali supaya lebih ingat, apatah lagi kalau ta’aruf yang pertama kali dibuat dengan hanya lisan sahaja.

Murobbi boleh sahaja membuat sesi ta’aruf yang pelbagai supaya tidak memberi beban kepada mutarobbi untuk berta’aruf. Kalau boleh dibuat dalam bentuk ‘games’ seperti berpasang-pasangan dan menghafal beberapa data riwayat hidup. Boleh juga dipelbagaikan dengan meminta untuk mencari persamaan, perbezaan, minat dan sebagainya serta boleh diberikan hadiah bagi yang berjaya.

Kita harus membuatkan suasana yang lebih menarik mengikut kemampuan supaya mutarobbi tidak merasa bosan dan mendapat suasana yang baru.

Ta’aruf merupakan satu elemen yang sangat penting dalam tarbiah kerana dari perkenalan akan menimbulkan persefahaman yang jitu dan bakal membuahkan sikap saling tolong-menolong. Inilah yang sangat diperlukan dalam sesebuah jamaah dakwah bagi memastikan kelancaran gerak kerja dakwah.

Oleh itu, para aktivitis dakwah termasuk penulis wajib berusaha untuk memastikan perkara ini menjelma menjadi kenyataan, insyaAllah.. (Bersambung…..)

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails