Tuesday, December 14, 2010

Harga barang naik lagi!

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..

Salam persaudaraan kepada saudara/i pembaca sekalian, cuti semester setiap ipta/s sedang menghampiri pada penghujungnya. timbul keresahan di hati saya apabila harga barang yang baru2 ni naik lagi, keresahan ini timbul apabila di tempat saya menginap iaitu asrama yang disediakan pihak universiti agak sukar untuk berjumpa kedai2 yang harga makanannya relevan untuk pelajar. Kebanyakannya mahal dan kawan2 saya sendiri sering kali merungut ketiadaaan wang kerana makanan yang mahal2 belaka.


Namun, apakan daya sebagai mahasiswa saya dan kawan2 harus mencari alternatif untuk memastikan cukupnya wang bagi menampung pengajian dan survival kami di Universiti.



Apapun harga barang sudah naik, kita serahkan saja kepada pemerintah dan pembangkang untuk menyelesaikan masalah ini. Rasanya belum masanya lagi Mahasiswa di Malaysia ini untuk bertindak memprotes, berdemonstrasi membangkitkan isu ini. Mahasiswa/i kita sedang di landa penyakit yang sangat berbahaya abad ini iaitu hedonisme. Bahayanya wabak ini kerana ia membekukan pemikiran mahasiswa/i untuk berfikir lebih matang dan membuatkan mahasiswa/i seolah berada dalam comfort zone. Situasi ini mungkin sedikit berbeda dengan Indonesia yang mana Mahasiswa/i bebas menyatakan pendapat mereka demi kesejahteraan ummah.



Apapun kita mahasiswa/i Malaysia harus bangkit. Bagi yang menyedari mari kita bergabung dengan gerakan islam yang kita yakini perjuangannya. MARI BERJUANG menentang budaya hedonisme. Saya pesan pada diri saya dulu, ayuh pembaca semua mari mulakan dari diri kita dahulu. Buang budaya hedonisme dalam diri kita dulu!!!



Sekian sekilas pandangan saya..



Di bawah ini saya sertakan pandangan seorang penulis yang merupakan pelajar tahun 4, jurusan Pengajian Ilmu Wahyu dan Warisan, UIAM dan merupakan exco perhubungan awam, Kelab Ma'ruf 2009/10 berkenaan pandangan beliau tentang artikelnya yang bertajuk "Mahasiswa kecewa harga barang naik lagi"



Rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga barang '4 dalam 1' pada minggu lalu. Kenaikan ini memberi beban yang besar kepada rakyat Malaysia memandangkan musim persekolahan akan bermula pada awal Januari hadapan.



Lebih malang lagi, kesannya bakal dirasai oleh seluruh lebih 300,000 mahasiswa di Malaysia apabila semester baru akan dibuka menjelang hujung Disember ini.



Alasan pengurangan subsidi harga barang amat tidak relevan apatah lagi kenaikan barang baru sahaja berlaku tidak sampai enam bulan lepas iaitu pada 15 Julai yang lalu.



Di sini, mahasiswa mempertikaikan di mana prinsip 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan selama ini. Jika betul rakyat didahulukan, kenapa kenaikan berlaku dalam masa enam bulan?



Seperti kata pepatah 'kera di hutan disusui, anak sendiri mati kelaparan.' Rakyat terus menjadi mangsa penarikan subsidi sedangkan kerajaan mampu membayar perunding-perunding asing dan kroni mereka.



Jika terus menerus berlaku perkara seumpama ini, mahasiswa pastinya akan terus dizalimi demi menjaga kepentingan sesetengah pihak.



Kenaikan harga makanan di kampus pusat pengajian tidak dapat dielakkan lagi kerana pengusaha kafe atau kantin terpaksa menanggung kos pengangkutan lebih dari biasa akibat kenaikan petrol dan diesel serta kos bahan makanan seperti gula.



Hal ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terutamanya mahasiswa yang akan menempuh semester baru. Bagaimana hendak cukup biasiswa/pinjaman diberikan jika keperluan sara hidup semakin naik.



Kesannya, lebih ramai mahasiswa terpaksa mengikat perut untuk meneruskan pengajian dan berkerja sambilan untuk menampung kos sara hidup.



Jika perkara ini berlaku secara berterusan, bagaimana Malaysia hendak melahirkan pelapis dan rakyat yang kompeten dari sudut akademik mahupun sahsiah jika mahasiswa tidak dapat fokus dalam pengajian mereka?

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails