Monday, December 13, 2010

Kita kena berdikari!!!

Salam 1 akidah buat pembaca blog notalelaki.blogspot.com. Entry kali ini suka untuk saya berkongsikan pandangan tentang topik berdikari.

Berdikari? Satu perkataan yang biasa kita dengar, kadang-kadang ia sinonim dengan mereka yang akan masuk ke sekolah asrama. Mungkin di situ terselit nilai berdikari kerana anak-anak tidak lagi boleh mengharapkan ibu untuk membasuh pakaian, kasut sekolah dan sebagainya. Biasanya kita mendengar anak-anak yang masuk sekolah pada usia 13 tahun selepas UPSR, rupa-rupanya ada yang lagi awal. Kawan saya bagi tau kakaknya pada usia 7 tahun sudah di hantar ke sekolah asrama. Tu dia lagi awai, saya kalau dihantar ke sekolah asrama pada usia 7 tahun rasanya duduk sehari je. Maklumlah, tahun 1 tak pandai apa lagi.



Mungkin situasi saya yang tidak punya masalah keluarga, maksud saya keluarga saya bahagia tidak seperti beberapa kawan saya yang ibu bapanya bercerai buatkan saya lambat matang dalam erti kata berdikari. Sudah tentu ia menuntut mereka untuk lebih berdikari ketika terjadinya perpisahan tersebut jika ia berlaku di awal usia mereka.



Tak dapat di bayangkan kesusahan kawan saya nih. Dahla kurang kasih sayang, kena belajar berdikari sendiri pula jika ada masalah yang dihadapi.



Saya nasihatkan buat pembaca sekalian hargailah kebahagiaan yang kita kecapi hari ni, bukan semua orang memilikinya.



Baik, agak panjang saya berceloteh..huhu..dalam kehidupan kita ni ada masa-masanya kita perlu untuk berdikari sendiri. Setiap orang ada waktu-waktu mereka untuk mula berdikari. Saya mula berdikari menguruskan hidup walaupun tidaklah sepenuhnya ketika usia 18 tahun apabila di terima masuk ke matrikulasi gopeng, Perak.



Bermula dari situ saya mula mengenali dunia luar, dunia hiburan, dunia penuh cabaran, dunia social, dunia game, dunia orang yang couple dan macam2 dunia lagi. Sudah semestinya saya akan memasuki salah satu dunia-dunia tersebut atau memasuki dan merasai dunia yang saya sebutkan tadi. Oh!, seandainya jika kita memasuki dunia2 game, couple, hiburan dan lain2 yang berunsur hedonism(keseronokan melampau) pasti akan rosak. Kadang-kadang kita tak mahu terjebak namun akibat kurangnya kefahaman islam, kurangnya mujahadah(melawan nafsu), malu untuk bergaul dengan orang-orang soleh yang dapat memberikan kata-kata hikmah maka pasti kita akan hanyut dengan dunia tersebut.



Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang bahagian ini, biarlah ia menjadi kenangan buat diri saya.



Sehingga kini saya sendiri masih belum berdikari sepenuhnya kerana masih bergantung pada kewangan yang di berikan abah, rumah dan kereta sendiri pun belum ada lagi. Aset saya kini adalah sebuah motor EX5 pemberian abah. Itupun guna duit abah.



Sebenarnya apa yang saya mahu highlightkan berkenaan topik berdikari post ini ialah dari segi kewangan..Huhu..saya cenderung sekarang untuk menulis tentang kewangan kerana kini pembacaan saya tidak hanya seputar keluasan islam sahaja, juga kesyumulan islam itu sendiri. Saya ada membeli buku tentang kewangan juga kini.



Pembaca sekalian,



Semakin meningkat usia kita harusnya pemikiran kita perlu lebih matang dan bersifat dewasa. Apa yang membenarkan ini berlaku adalah pembacaan kita, kerana itu yang membentuk pola fikir kita.



Jika komik naruto yang sering kita baca, maka pola fikir kita juga akan di pengaruhi oleh unsur naruto.



Kembali pada kewangan tadi, saya sering kali kehabisan wang PTPTN sebelum tamat pengajian setiap semester. Aduh! Kadang-kadang sesak je rase. Nasib baik rezeki yang Allah berikan tidak putus-putus. Diberikan wang lewat abah saya yang kuat bekerja. Saya rasa situasi ini berlaku hampir pada semua kawan2 yang masih belajar.



Jadi, saranan khusus buat diri saya dan pembaca yang di kasihi. Harus kita belajar bagaimana untuk berdikari dalam mendapatkan wang dan perlu bijak menguruskan kewangan kita.



Untuk kali ini saya mencadangkan sebuah buku tulisan Tuan Azizi Ali yang berjudul “JUTAWAN DARI PLANET JUPITER”. Publishernya adalah TRUEWEALTH.



Selamat membeli dan membaca!



Wassalam, ketemu pada entry seterusnya..

2 comments:

  1. Saya masuk asrama umur 11 tahun. Saya jadi tergelak bila dengar kawan menangis masuk asrama waktu 13 tahun,hehe. Saya seronok lagi adaa dok asrama, jd malas balik rmh sbb xda kawan.

    Btw, kwn saya dri tadika hgga menengah, tak pernah berulang,asrama memanjang. respect!

    berusaha berdikari!

    ReplyDelete
  2. oh, yeke..bgsla, dah byk pengalaman berdikari..nanti masuk ipt senang la sikit..:-)

    ReplyDelete

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails