Sunday, December 26, 2010

Korang suka marah2 ke?

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..





Salam 2 all

Post kali ini saya mahu bercakap soal panas baran atau pun cepat sangat rasa nak marah. Dalam dunia ni nak kata kebanyakan orang pun tidak juga tapi setiap orang ada tahap kemarahan yang tersendiri. Sejauh mana tahap kemarahan kita, hanya diri sendiri yang tahu dan boleh kawal.

Situasi di mana kemarahan sering memuncak:


kucing pun pandai marah..kih3..


Cikgu kepada anak murid


“Woiiiiiiiiiiiii.apenih! ckgu dah suruh siapkan kerja ni minggu lepas. Kenapa buku kamu kosong je?”Pang!!!!!. nah!kan dah kena penampar. Lepas tu mak bapak pun dtg sekolah..hihi..

Moral: cikgu kena beringat sikit, mendidik jgn menghukum.silap hari bulan kena saman dengan mak bapak.Ingat! anak2 murid sekarang beza dgn dulu. Makin liar dan ngade2..


Bapa kepada anak


Pang!!!!!!!!!!! “aku bela ko dari kecik, ini balasan ko, anak kurang ajar!!! X kenang jasa org tua”bentak seorang bapa. “Bapak yang salah! Bapak beri kesenangan kepada sazali, manjakan sazali.”

Moral: adeh! Macam ni punye anak pon ada ke. Taknak komen lebih, saya nikah pon belum..huhu..


Bos kepada pekerjanya



“Kau nih, yang buka fb tu kenapa???waktukerja sekarang nih. Jangan sampai aku potong gaji. Baru padan muka!” marah bos kepada izzat. “Adeh! Kantoi pulak”izzat mengeluh..

Moral: usha la kiri dan kanan dulu..kih3..satu lagi waktu kerja sebolehnya elakkan berfb..


Ketika di jalan raya


“woiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!, mau mati ka…@#$%^%&**((((*&&^$$$$!@@@@@$$$...(paham2 la.huhu..)” kebiasannya jika ada pemandu yang buat hal atau tersalah cara memandu.

Moral: Bila diatas jalan raya, berhati2 lah ye kita semua. Jangan ikutkan emosi tu,ingatlah orang tersayang..hihi..

Dan ada banyak lagi kes yang boleh menimbulkan kemarahan. Kalau baca di paper ada juga yang terbunuh hanya kerana marah.

Kita kena kawal panas baran, jangan sampai perkara tidak diingini berlaku. Marahla ketika perlu. Kalau diam dan senyap sangat pon x boleh nanti kena pijak kepala pulak. Berpada2 lah ketika marah ye.


Nah! Baca hadith nabi tentang marah serta cara rawatannya..


Perkara Marah dan Yang Berkaitan Dengannya


Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.


Penerangan Hadis


Adapun maksud perkataan “Janganlah Marah” yang dikatakan kepada lelaki tersebut ialah jangan menurut nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.

Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.

Wallahu A’lam

(sumber Hadith 40 , Mustafa Abdul Rahman)

10 comments:

  1. Wah, bagusnya. banyak betul contoh. thanks for hadith. :)

    ReplyDelete
  2. kalau org tu suka marah2 better gi check kat doktor..kdg2 disbbkan penykit darah tinggi atau hyperthiroid..ni penceramah kesihatan yg dtg bg ceramah kat ofis sy yg bgtau..

    ReplyDelete
  3. nur aynie: thanks..
    hans:ye betol2..cubela dulu menahan sebaiknye..
    zinedine zaidin: sy x pernah buat lg tuh..huhu..boleh cube gak nanti..
    Ariffah:sekadar perkongsian..huhu..thanks..
    yott:yeke?wah ilmu baru ni..thanks ye..

    ReplyDelete
  4. kalau blh marah dgn berhemah, bagus, kan.

    ReplyDelete
  5. kakchik@ella:yup, marahlah dgn berhikmah. tapi ramai yg ssh nak buat..huhu..maklumlah, bila dah marah mesti x pke ape dah kan.

    ReplyDelete
  6. ijat,kalo marah ngan bos camne eh?Nak lempang kena buang kerja. X kan nak bodek kot. hah, jawab

    ReplyDelete
  7. syafiq: erk..haha..selagi yg namenye pekerje,redho jela kalau kena marah..kalau dah x tahan hari2 kena marah benti jela kalau ad keje lain..huhu..ape pun, jgnla buat bnda x elok dgn majikan..itu bukan akhlak seorang muslim..peace..:-)

    ReplyDelete

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails