Salam 2 all..
Pagi tadi saya sedikit hairan mengapa rumah sunyi sepi tidak seperti selalu. Kebiasaanya lampu di rumah sudah cerah sekitar 7 lebih. Pelik melihat maksu dan abah tidak pergi bekerja. OH! Rupanya cuti krismas..huhu..
Pagi tadi kami bersarapan di sebuah restoran di pekan manjung. Apa yang saya nak highlightkan di sini ialah kadang2 kedai2 makan ni servisnya kurang mantap. Mana taknya seorang pekerja tulah nak amik order, pekerja tu jugaklah nak hantar makanan. Bertindan kerja hingga membuat pelanggan lama menunggu. Bukan kata nak dapat makanan, order pun lambat. Sampai nak tercekik dengus abahku.huhu..
Maka, disini saya nak memesan kepada peniaga restoran supaya meningkatkan lagi kualiti servis kepada pelanggan sebab yang untungnya kalian. Kualiti servis yang saya maksudkan seperti ambil order ,hantar order, makanan, kebersihan dan lain2 yang dirasakan perlu. Ingat! “customer is always right”. Semoga perniagaan orang islam kita terus maju dan sukses. AMEEN..
Wassalam..
0 comments:
Post a Comment