Monday, December 13, 2010
HIdup Melayu!!!
Salam 1 akidah buat pembaca. Entry kali ini saya ingin berkongsi satu isu yang sering di ulang2 oleh pejuang agama dan bangsa yakni berkenaan orang melayu kita hari ini. Oh! memang sedih sekali kini bangsa melayu seolah bangsa yang lemah, hina, di pandang rendah, yang teruk, buruk semua di letakkan atas bangsa melayu. walaupun jika di lihat bukan semua begitu. lihat saja ramai juga orang melayu yang berjaya dan kejayaan mereka boleh kita banggakan contohnya Tuan Azizi Ali, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dan ramai lagi.
Namun, bangsa kita terus di henyak dan di lemparkan dengan pelbagai tomahan yang menyakitkan hati dan telinga.
kadang-kala hanya kerna nila setitik rosak susu sebelanga. Baru2 ini ketika saya bekerja sebagai promoter di sebuah pasaraya, saya agak terkejut dengan kenyataan yang di berikan 'supervisor' yang berbangsa melayu. Saya agak marah kerana dia tidak beritahu awal2 bahawa untuk solat jumaat memang tak dapat jika tiba syif untuk bekerja. Admin marah kerana pekerja melayu sebelum ni bukannya solat tapi tidur, melepak dan sebagainya. Yang ni pun sengal juga, hmm..bangsa kita! apa nak jadi. Akhirnya, admin terus tutup surau dan tiada tempat untuk solat di dalam pasaraya tersebut. Amat menyedihkan hal ini kerana jika ada surau pun tak solat apatah lagi jika ketika tiada surau, memang habislah orang melayu kita.
Apa yang membuatkan saya marah ketika itu apabila 'supervisor' ni beritahu selepas 4 hari kami bekerja. Haish, katanya lupa nak beritahu. Saya sangka baik dia pergi solat, tapi pekerja melayu lain yang islam ada yang tidak solat jumaat.
Baru saya tahu susah juga jika majikan kita bukan islam, susah untuk menunaikan kewajipan sebagai muslim. Namun, saya tetap memilih ke solat jumaat. 2 orang kawan saya terpaksa solat zohor saja. Minggu depannya kami semua yang kerja sekali dengan saya dapat solat jumaat atas budi bicara 'supervisor' cina kami ni. Dia agak memahami kehidupan dan kewajipan seorang muslim. Ini kerana kami boleh dan di izinkan untuk solat fardhu dengan mudah. Tidak semua majikan yang bukan islam berfikiran sempit, masih ada yang open minded. Jadi, jangan kita benci orang bukan islam yang menjadi majikan kita. Berikanlah kefahaman kepada mereka sebaiknya.
sekian saja dari saya..wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis
Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..
Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.
pengunjung
Link Bisnes
Silakan bertanya jika ada musykilah..
kod-kod makanan yang perlu dielakkan..
E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904
E904
0 comments:
Post a Comment