Sunday, June 20, 2010

Aku dan Mereka

Assalamualaikum, bismillahirrohmanirrohim..





Salam ukhwah buat pembaca sekalian, moga ukhwah kita sentiasa bertaut kerana Allah walaupun di alam maya.



Segala puji hanyalah buat Allah yang paling layak. Masuk hari ini sudah hari ke tujuh berlalunya mukhayyam nasional 2010. Alhamdulillah, kepenatannya sudah sirna..huhu..



Ini adalah mukhayyam pertama peringkat nasional di ipt pernah saya join untuk management sekarang. Sebelum ini saya pernah menghadiri mukhayyam management lain secara kebetulan kerana baru habis exam.


Ternyata banyak perbezaan yang ketara. Namun bukanlah ini yang saya hendak huraikan, biarlah ia menjadi perbualan dalaman didalam hati saya sahaja. Islam qobla jamaah, prinsip yang saya cuba untuk pegang sungguh-sungguh insyaAllah..



Saya cuba menceritakan perihal mukhayyam ini dalam 3 fasa, iaitu sebelum, semasa dan selepas program. Moga dapat berkongsi pengalaman disini.



Fasa 1 (sebelum pergi)



Saya dapat tahu wajib untuk hadir ke Mukhayyam beberapa minggu sebelum tarikhnya, dapatlah membuat persiapan kata orang. Sebab masa yang diberi cukup kerana memang itulah sepatutnya.



Saya agak runsing memikirkan dimana perlu mendapatkan wang bagi membayar yuran program dan kelengkapan yang perlu dibeli.



Ini kerana duit didalam bank sudah habis kerana keghairahan membeli ebook dan buku berkaitan 'Internet Marketing'. huhu..



Memang gelabah la memandangkan duit yang sudah tiada.



Saat itu, saya terkenangkan kisah yang diceritakan oleh seorang ikhwah dalam pengisiannya. Katanya ada seorang akhwat yang tiada wang untuk ke program, namun dia berusaha mencari duit dengan menjual al-mathurat di stesen KTM (kalau tak silap). Berkat usahanya Allah membantu untuk mencukupkan wang tersebut bagi membolehkan akhwat tersebut ke program. Tetapi wang tersebut hanya dapat menampung perbelanjaan sebelah pergi sahaja.



"Wahai orang-orang yang beriman ! Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (47:7)



MasyaAllah, saya apabila mengenang kisah ini terasa sebak kerana masih ada lagi manusia seperti ini yang sanggup berbuat begini demi dakwah..sob3..



Kalau lelaki mungkin biasa lagi, tapi ni seorang akhwat iaitu seorang perempuan yang ternyata kurang berdaya dari segi fizikal berbanding ikhwah iaitu seorang lelaki.



Saya kadang-kadang hairan dan pelik mengapa akhwat lebih sanggup berbuat berbanding ikhwah. Wahai para ikhwah termasuk diri saya yang menulis ini, mari kita muhasabah berapa banyak usaha yang kita persembahkan bagi membantu agama Allah. kadang-kadang kita masih berkira-kira dalam menginfakkan masa, tenaga, wang ringgit, perasaan dan pelbagai lagi.



Itu yang menyebabkan dakwah akhwat lebih gencar dibanding kita para ikhwah. Subhanallah...



Mari kita lihat kembali sejauh mana kita menghayati quran dan sunnah, sejauh mana kita mengamalkan. Kadang-kadang saya sendiri bercakap perkara yang saya tidak buat, astaghfirullah..ampuniku ya Allah..akanku cuba bermujahadah bermula saat ku menulis ini dan seterusnya. Doakanku ikhwah-ikhwah sekalian. Sob3..



Murobbi ada bertanya melalui meseg, "Akh, cne persiapan mukhayyam ?" saya dengan selamba membalas "Awal lagi.huhu.."


Ni perangai yang tak elok untuk antum contohi sebab membuat persiapan fizikal 'last minute' bakal mengundang di gunung nanti.huhu..



Dalam kesibukan mengexplore internet saban hari bagi mencari sumber ilham melakukan bisnes, tup2 dah tinggal seminggu lagi hendak menghadapi mukhayyam. MasyaAllah saya sudah mula gelabah. "Mati aku camni, ikhwah senior selalu cite kalau mukhayyam nasional ni memang berat. adus..." hati saya bermonolog.



Beberapa hari sebelum mukhayyam, saya balik kampung dan sempat menemani abah ke kebun. Itulah 'exercise' yang saya buat sebelum ke mukhayyam.huhu..



Urusetia meminta supaya peserta melakukan persediaan fizikal seperti :


  • Berjogging selama 30 minit selama 3x seminggu
  • Pumping 30x sebanyak 3x seminggu
  • Skipping berapa entah tak ingat..huhu.

Namun, sehari sebelum ke mukhayyam sempat saya berjogging 3 round padang stadium..huhu..dengan harapan ini sudah memadai..



Aduh, bayangkan tak pernah berjogging hampir sebulan lebih bila mula berjogging balik habis sakit urat..haha..padan muka aku !



Berbekalkan persiapan ini saya optimis dapat mengikuti program tanpa ada masalah..huhu..ckp je lebih.. dalam hati Allah je tau betapa risaunya saya nak menghadapi cabaran gunung brincang dan gunung irau.hehe..chaiyok2 !!!



Dibawah saya sertakan gambar ketika di mukhayyam :




Di sini, segala resepi dikeluarkan..huhu..hentam jelah..asal perut terisi..



Akhi syafiq sungguh semangat..huhu..bgs2..



Saat yang agak tension, tapi tak pe sebab dapat tidur balik..hehe..jzkk urusetia..



Perjalanan yang menakutkan, rumput yang jarang dijumpai.



Wah, dialam apakah sekarang ini..



Akhirnya sampai gakke puncak..fuh..211o m.a.p.a.l=2.35km
Gunung ke-9 tertinggi di semenanjung malaysia.



Penyokong najib nih..haha..



Sekian sahaja untuk kali ini, nantikan entry akan datang..


p/s : Terdapat pengajaran yang sengaja saya selitkan. Perhatikanlah..Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails