Thursday, June 17, 2010

Mengenal diri sendiri...


Assalamualaikum, bismillahirrohmanirrohim...



Pada entry kali ini, saya ingin membawa satu topik yang akan membawa pembaca sekalian kaedah mengenali diri. Saya percaya kalian mungkin sudah mengenali diri, tapi kadang-kadang ada perkara yang kita terlepas pandang sebenarnya.



Perkara yang dianggap kecil rupanya adalah besar dan begitulah sebaliknya.





Disini mungkin sedikit perkongsian daripada saya.



Satu hal yang sangat penting untuk kita ketahui, kalau kita nak mengembangkan potensi diri adalah mengetahui kelemahan atau aib yang ada dalam diri.



Umar bin Khathab pernah berkata “Semoga Allah merahmati seseorang yang mau menunjukkan aib kami kepada kami.”



Toyyib,



Salah satu cara untuk mengenali diri adalah dengan membuat SWOT. Kaedah yang popular sebenarnya, di tempat belajar saya juga sering pensyarah menggunakan kaedah ini.



Cara ini juga bukanlah asing dalam islam. Rasulullah saw juga dalam strategi perang dan memantau kondisi iman para sahabat juga menggunakan kaedah ini.



SWOT merupakan kaedah untuk kita mengenal kekuatan, kelemahan, peluang dan hambatan(ancaman).



Jika kita dapat ‘detect’ kelemahan pada diri, mari mengelola ia menjadi kekuatan. Jangan disesali, tetapi , manfaatkan sebagai dorongan untuk memajukan diri.



Contoh paling mudah adalah orang buta. Ia tidak meratapi diri , tetapi memanfaatkan kebutaannya dengan menghafal al-Quran kerana daya ingatannya lebih kuat, jauh dari maksiat mata. Seperti Abdullah Ibnu Maktum seperti dalam surah yang ke -80 iaitu sahabat Rasulullah saw.



Orang yang lumpuh, ia dapat lebih konsentrasi mengolah fikiran, jiwa bahkan tanganya untuk berkarya.



Golongan seperti ini menunjukkan bahawa kecatatan bukan alasan untuk putus asa dengan hidup.



Seperti yang dibuat oleh Syeikh Ahmad Yassin yang tidak asing lagi buat mereka yang cintakan agama. Sosok periadi agung ini sebenarnya lumpuh dan hanya berkerusi roda. Namun dengan ruh jihad yang ada pada dirinya beserta kecintaan mendalam terhadap islam hasil tarbiah ikhwan ini mampu untukmenghidupkan jiwa penduduk palestin untuk bangkit kembali menentang israel.



Bermula dari beliaulah bangkitnya penduduk palestin menerusi perjuangan yang dikenali intifadah yang bermula dengan ‘senjata’ batu. Masya-Allah, moga Allah memberkahi perjuangan mu Syeikh Ahmad Yassin.



Kita yang tidak cacat ni pun tak mampu berbuat sepertinya. Inilah penangan mengenali potensi dan kelemahan diri. Subhanallah..






Yang paling penting bukan bertanya mengapa itu terjadi, tetapi bagaimana dan dari mana kita memandang masalah



Ayuh! Mari mengenali diri.



1. Duduk bersama ulama’



Persoalan, mengapa perlu duduk bersama bersama mereka ? ha, sebenarnya apabila kita duduk bersama dengan orang yang berilmu insyaAllah pasti akan ditunjukkan aib-aib kita.



Maksud saya bukanlah ulama’ tersebut secara direct menyatakan kesalahan kita. Namun, dengan butir-butir nasihat dan hikmah yang diungkapkan pasti kita akan menyedari kesilapan yang dilakukan.



Namun agak sukar dan sulit zaman kini kerana sedikitnya ulama’ yang mukhlis.



Barangsiapa dapat melakukannya pasti keberuntungan yang besar. Maka mari kita buat !



2. Berjumpa serta berborak dengan sahabat yang soleh (ikhwah- bagi lelaki, akhwat-bagi perempuan).



Berkawan dengan orang yang punya kecintaan terhadap islam bakal mendapat pandangan agama yang jelas. Ini kerana, kadang-kadang kita lupa tentang kemungkaran namun jika berteman dengan orang soleh dan jujur mungkin akhlak, tingkahlaku, sikap mereka yang benci dan cuba menjauhi kemungkaran akan membuat kita tersedar kembali, seterusnya berusaha untuk mengubahnya.



Jadi, ‘indirectly’ kita dapat ‘detect’ kelemahan diri sendiri yang mungkin cenderung terhadap kemungkaran.



3. Lapang dada dan menerima cercaan atau pandangan musuh terhadap kita.



Dalam hal ini, tidak semestinya musuh. Kadang-kadang ada juga kawan-kawan yang suka komen terhadap orang lain. Cuba dengarkan saja apa komennya terhadap kita, mudah-mudah kita dapat tahu kondisi diri. Walaupun kadang-kadang pahit untuk ditelan, percayalah ! mana tau, ia akan mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik.



Perbanyakkan mendengar dan mencari informasi kelemahan kita dari orang lain.



4. Berinteraksi dengan setiap golongan manusia.



MasyaAllah, dalam islam ada di ajar tentang cara memilih sahabat.



“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)




Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)



“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)


Sebelum tu, saya mahu menyelitkan tentang ciri-ciri sahabat yang baik :



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”



1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.



2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .



3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.



4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.



5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.



Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”



Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:



1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.



2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.



3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.



4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.



Memang kita kena bijak memilih kawan, tapi apakah kita tidak mahu berkawan langsung dengan golongan yang boleh dikatakan sudah tidak terurus corak kehidupannya (. Oh! Tidak, jangan tidak bertegur langsung.



Setiap umat islam wajib untuk menggalas beban dakwah, jadi kita yang mungkin dapat hidayah lebih awal bersyukurlah dan jelmakan kesyukuran kita dengan mengajak kawan-kawan lain kearah kebaikan.



Maka perlulah kita berinteraksi dengan sesiapa pun untuk mengenali diri sendiri. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat daripada seorang sahabat.



Yang baik kita aplikasikan pada diri, yang buruk berusahalah untuk dijauhi.



Wallahualam..



Moga kalian faham apa yang saya cuba sampaikan..



Jika ada pertanyaan boleh tanya diruang formspring.me-

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails