Monday, June 14, 2010

Bosan...

Argh!!! Bosannya tidak terkata kalau tiada kerja masa cuti. Pasti ramai pelajar ipt merasakan seperti yang kurasakan jika tidak bekerja.



Memang patut pun perasaan boring melanda, apa tidaknya kalau asyik makan, tidur saja rutin hariannya.



Namun disebalik kebosanan itu pasti ada perkara yang dapat mengisinya. Teringat masa zaman sekolah dahulu. Memang susah nak lekat dirumah, tambah-tambah musim cuti sekolah.



Ada-ada saja aktiviti nak dibuat, memang seronok tatkala terkenangkan zaman “muda-muda” dulu (sekarang pun muda lagi ye..hihi..).



Nasib baik abah seorang yang tegas terhadap anak-anaknya, jika tidak mungkin aku akan pulang lewat malam seperti kawan-kawanku yang lain.



Sejak aku mengikuti dunia tarbiah ni, seolah-olah ikhwah-ikhwah tidak punya masa untuk melakukan perkara yang sia-sia seperti mana aku lakukan.



Hmm...



Murobbi aku saja sudah sangat sibuk dari pemerhatianku. Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai seorang pelajar ipts namun masih punya kesanggupan untuk datang membuat halaqah.



Perjalanan yang mengambil masa hampir 45 minit tidak menghalangnya mentarbiah kami di kmpk.



Teringatla pulak zaman kmpk. Memang banyak sangat kenangan manis disana. Tidak kuarang juga yang pahit. (biasala tu kan, pahit manis tu kan asam garam kehidupan.



Tarbiah!!!



Ini saja solusi buat kita semua muslimin dan muslimat dalam mengurus masa.



Kalau dilihat muwasofat tarbiah terselit jua mengenai pengurusan masa. Kalau ummat islam tau dan memahami situasi mereka sekarang (kejatuhan) maka, pasti tidak punya masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah.



Kenapa pula?



Ha..kalau nak tahu kena la bersiap sedia untuk mengikuti tarbiah dulu.



Tapi tak mengapa, aku bagi tahu sikit. Kalau kita renung sedalam-dalamnya, terlalu banyak masalah umat islam sekarang.



Hampir setiap aspek kehidupan dari ekonomi, pendidikan, rumah tangga, pengurusan manusia dan lain-lain umat islam gagal.



Aku terkejut apabila mendengar satu kuliyyah ketika bulan ramadan tahun 2009, seorang ustaz dari jabatan mahkamah syariah membongkar rahsia berkanan kes penceraian di selangor.



Ternyata angkanya sangat menakutkan.



Terus aku terfikir islam sangat menitik beratkan soal rumah tangga, dari segi pemilihan bakal calon isteri/suami pun diajar.



Tetapi mangapa masih berlaku kes sebegini, kalau satu dua kes tak pa, ni dah hampir 70% yang berkahwin mahu bercerai.



Aduh!, istigfar banyak-banyak..



Ini baru sikit, antum carila lagi ya. Cukup dengan membaca metro sudah membuatkan kita mual membaca isu orang islam yang semakin bermasalah.



Maka sekali lagi aku ingin mengatakan tarbiah!!!



Ini lah permulaanya. Bagi pembaca yang sudi singgah di blog ini, kalau belum punya usrah maka carilah.



Mungkin ini bukanlah segalanya, tapi ingatlah segalanya bermula disini.



Insya-Allah entry akan datang aku akan cuba berkongsi suka duka dalam tarbiah walaupun aku bukanlah perfect dan ternyata banyak lagi kekurangan walaupun sudah mengikut tarbiah.



Namun, aku berjanji pada diriku sendiri akan cuba berubah ke arah yang lebih baik untuk hari-hari seterusnya insyaAllah....

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails