Sunday, June 20, 2010

Indahnya peribadi mu..

Assalamualaikum, bismillahirrohmanirrohim..


Segala puji-pujian di panjatkan kepada Allah SWT, Tuhan yang Maha Sampurna. Selawat dan salam kita panjatkan buat kekasih-Nya Muhammad bin Abdullah.




Ketika membaca buku tarbiyah dzatiyah (tarbiyah diri sendiri) , saya tertarik pada bab ‘Menjadi Pribadi Sukses’. Penulis memfokuskan pada peribadi insan agung sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad SAW.




Semua sisi kepribadian baginda menunjukkan figur keteladanan sehingga dapat menjadi rujukan bagi siapa pun yang meneladaninya.




Sebagai da’i, Baginda dikenal dengan kelembutan dan ketegasannya yang tepat sasaran, kepiawaian retorika, keunggulan pembawaan pribadi, sertakemampuan diplomasinya.




Sebagai pemuda, baginda dikenal dengan akhlaknya yang mulia, penjagaan martabat dan harga dirimya, kecerdasan dan keterampilan serta kemandiriannya.




Sebagai suami, Rasulullah SAWdikenal kelembutannya, tidak pernah berbuat kasar terhadap isterinya, ketegasan dan ketegaran dalam mengarahkan keluarga, keceriaan dan keharmonisan dalam membangun suasana dan kemesraan nan indah yang ditunjukkannya.




Sebagai ayah, baginda dikenal dengan kasih sayang perhatian, kelembutan dan kebapakannya.




Sebagai komanden perang, baginda dikenal kegeniusan dalam strategi, keberanian dimedan peperangan, serta sikap kepimpinannya dan sebagainya.




Sebagai pedagang, baginda dikenal dengan kejujurannya, sehingga membuat khadijah tertarik kepadanya.




Sebagai majikan, beliau dikenal tidak pernah marahkepada para pelayannya, sebagaimana diceritakan Anas r.a yang selama 10 tahun melayani Nabi SAW tetapi tak pernah sekalipun mendapati Rasulullah SAW memarahinya.




Subhanallah...




Ya Nabi, kami rindu padamu,




Rindu yang tidak terperi,




Walaupun tidak pernah berjumpa,




Namun dari cerita-cerita orang yang cintakan mu,




Jelas di fikiran kami,




Dirimu adalah insan agung sepanjang zaman,




Ya Nabi, akan kami cuba mengikuti langkah mu,




Walaupun kami tau, setiap langkah itu ada cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh,




Rindu untuk ketemu dengan mu ya kekasih Allah,




Moga kita bertemu di akhirat kelak.


0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails