Tuesday, June 29, 2010

MUHASABAH DAN KITA..

Bismillahirrohmanirrohim, Assalamualaikum..




Pada entry kali ini saya ingin menulis tentang muhasabah dan kita. Sedikit perkongsian daripada liqo’ yang saya hadiri minggu lepas.




Ikhlas merupakan satu perkara yang sangat penting dalam setiap tindakan kita, apatah lagi kerja dakwah. Kebergantungan kita kepada Allah secara total sangat dibutuhkan saat ini. Jika kalian adalah orang yang bertekad mahu menolong agama Allah pasti akan melalui saat genting di jalan ini.




Saat di uji dengan ikhwah atau akhwat sehalaqah yang tidak berapa berkomitmen, saat anak halaqah tidak konsisten ke program serta memberikan 1001 alasan remeh, mad’u yang tidak ramai ke taklim, mutabaah ‘down’ dan pelbagai lagi pasti akan membuatkan kita futur.




Akhi/ukhti,




Saya ingin mengajak kalian merenung dan mengambil pengajaran daripada sahabat nabi yang utama iaitu Abu Bakar As-siddiq berkenaan kisah haditsulifki.




Tentu kalian lebih arif tentang cerita ini. Kisah ini berkenaan salah faham terhadap Aisyah dan tempiasnya terkena langsung kepada Abu Bakar kerana Aisyah adalah anaknya.




Ketika itu Aisyah tertinggal daripada rombongan para sahabat dan beliau pulang bersama-sama dengan safwan yang juga secara kebetulan.




Kerana kejadian itu Aisyah telah difitnah. Antara orang yang memfitnah ialah Mistah bin Usasah iaitu pekerja Abu Bakar. Abu Bakar langsung tidak mahu memberi gaji kepadanya kerana kelancangan mulut memfitnah anaknya.




Ini merupakan ujian kepada Abu Bakar dan beliau terus mengambil tindakan tanpa banyak bicara.




Kalau keadaan seperti diatas berlaku pada zaman kita suuzun berlaku saya tak heran sangat kerana perkara tersebut bisa terjadi. Umat islam sekarang sudah jauh ketinggalan dari umat islam generasi awal.




Tetapi zaman generasi awal keteguhan iman mereka sangat kuat kepada Allah. Mana mungkin Aisyah melakukan perkara yang dilarang Allah.




Setelah Abu Bakar menjatuhkan hukuman terhadap Mistah bin Usasah, turun ayat Allah tentang peristiwa ini.




“ Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan diantara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi bantuan kepada kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah dijalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (24:22)




Setelah Abu Bakar mengetahui ayat ini langsung beliau memafkan Mistah bin Usasah. MasyaAllah, inilah bukti keikhlasan beliau pada agama Allah.




Abu Bakar sangat memelihara apa yang dikehendaki Allah padanya, walaupun ‘hak’nya untuk menghukum Mistah bin Usasah terpaksa dikorbankan.




Mungkin amat berat untuk kita mengikut apa yang dilakukan oleh Abu Bakar kerana iman yang sangat lemah.




Tapi bak kata sapa entah, kalau tak boleh buat semua maka jangan tinggalkan semua.




Justeru ikhlas adalah unsur yang sangat penting dalam setiap tindak-tanduk kita. Makanya, mari muhasabah kembali tindakan kita yang lalu yang mengikut hawa nafsu.




Ayuh, muhasabah tiap-tiap hari !!!

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails