Tuesday, June 15, 2010

Susahnya mujahadah....(1)

Assalamualaikum, bismillahirrohmanirrohim...



Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya kita dapat hidup dalam keadaan senang dan tenang. Kehidupan yang bisa kita yakini dapat membahagiakan kita.



Biasalah kalau ada masalahkan, saya suka kata seorang bijak pandai yang berbunyi “Orang yang mati itu tidak merasakan sakitnya luka, sebab itu jika anda tidak mahu bersusah payah, lebih baik anda mati sahaja.”



Fuh ! memang pedih juga dengan kata-kata bijak pandai ini. Justeru, yang bisa membahagiakan kita adalah diri sendiri.



Terpulang bagaimana hendak meletakkan diri dalam keadaan gembira ‘cane pun’ asalkan masih lagi mengikut kehendak Allah dan perintah Nabi Muhammad SAW.



Allah SWT dah tegaskan dalam quran “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kedalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” (2:208)



Nah, kadang-kadang hidup kita ni jauh daripada *‘KPI’ Allah SWT. Malah sedang mengikut ‘KPI’ yahudi, aduh bagaimana boleh jadi camni?



Yahudi dan nasrani dari dulu lagi tak puas hati dengan kita, tapi kalau baca sejarah balik mereka yang ‘mangkuk’ sebab degil, tak taat, bunuh nabi sendiri dan macam-macam lagi kerosakan.



“Dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka.” (2:120)



Kan jelas ayat diatas ini. Itu yang saya kata orang islam kita sekarang ramai yang ikut cara hidup yahudi ataupun terpengaruh dengan agenda yang dirancang mereka. Pembaca yang budiman sekalian boleh membaca buku tentang freemason. Dalam buku ini, banyak perkara telah dirancang oleh mereka. Kadang-kadang tak terfikir oleh kita. Wallahualam..



Baik, saya bukan nak bercerita tentang yahudi dan perancangan mereka, tapi terlajak pula.huhu..



Kita kembali ke topik asal, “Susahnya mujahadah”. Ya, memang susah hendak mujahadah, apatah lagi nak istiqomah dalam mujahadah.



Namun, inilah syarat untuk kita menggapai khusnul khotimah (pengakhiran yang baik) seterusnya berjumpa dengan Tuhan yang kita sembah ketika hidup dalm keadaan berseri-seri. insyaAllah...



“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) kami, kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan, sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.” (29:69)



Ha, ‘key point’nya disini! Jika kita bersungguh-sungguh berjihad untuk mencari rido-Nya pasti Dia akan tunjuk jalan.



Bagaimana ?



1. Bagi pembaca yang belum pernah atau dah meninggalkan usrah @ halaqah, maka mari mencari balik benda ini. Ia bukanlah segalanya tapi “everything” mula dari sini.



P/S : Carilah usrah yang betul-betul mahu pejuangkan islam bukan pejuangkan dunia dan nama jamaahnya.



Halaqah mengajar kita bersungguh-sungguh dalam membuat kebaikan yang Allah jelaskan dalam kitab-Nya. Kenapa saya kata begitu ? Ini kerana banyak agenda yang tersusun dimana membuatkan kita akan tergerak ke arah amal islami.



Toyyib,



Ciri-ciri halaqah yang baik :



· Dilakukan secara rutin setiap minggu.



· Mempunyai agenda yang khusus seperti tilawah quran, sirah tokoh, hadith, tadabbur, akhbar islami, kajian manhaj yang dikendalikan oleh ahli halaqah sendiri.



· Mempunyai pantauan ibadah @ mutabaah yang di pantau oleh naqib atau murobbi.



· Satu halaqah dikendalikan oleh seorang murobbi.



· Bertahap. Sebagai contohnya ditanamkan dulu asas aqidah sebelum bicarakan perkara lain yang lebih berat. Walaubagaimanapun terpulang kepada kaedah atau skil setiap murobbi untuk mentarbiah mutarobbinya. Ini adalah subjektif !



“Marilah mujahadah”. Memang senang untuk diungkapkan tapi nak buat memang belum tentu.



Situasi alasan yang sering digunakan :



1. Solat tahajud.



“Eh, awal la pulak. Baru kol 5 pagi, tidor sikit lagi lah.” Mungkin ia sering kali berlaku kepada kita. Akhirnya terlepas tahajud, kalau nasib baik subuh dapat diselamatkan di surau @ masjid.



2. Pandangan pertama.



“Ala..pandangan pertama tak pa, lagipun bukan senang.hihi..” Memang pandangan pertama melihat aurat perempuan dimaafkan dengan syarat tidak sengaja, tapi kalau sengaja lihat mana boleh!



Setakat mana mujahadah bergantung pada kemahuan diri kita. Saya menulis entry ini untuk menambahkan lagi semangat untuk bermujahadah.



Moga saya beramal dengan apa yang ditulis kerana Allah benci jika tidak berbuat.



“Wahai orang-orang beriman ! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (61:2-3)

0 comments:

Post a Comment

TeriMa kaSih KeraNa MembAca seHinggA habis

Kepada pembaca sudikanlah diri anda memberi komen-komen yang membina bagi mengembangkan lagi idea-idea yang di sampaikan oleh penulis. Setiap komen anda di dahulukan dengan ribuan terima kasih..

Series! tabung nikah ni. lagipun ada iklan baru..klik jangan tak klik.

hehe..ape lagi..klik la..

pengunjung

Boleh dapatkan Quran di sini !!!

Generated image

Jana pendapatan dengan BLOG. Klik pada gambar

Silakan bertanya jika ada musykilah..

kod-kod makanan yang perlu dielakkan..

E100, E110, E120, E140, E141 E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280,E325, E326, E327 E334 E335, E336, E337,E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495,E542, E570, E572,E631, E635,
E904

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails